Hari-hari bersama pemandu TEKSI!

Seperti biasa aku menaiki teksi. Hari ini pemandunya seorang anak muda. Sangat agresif. Ceritanya hebat-hebat. Cita-citanya tinggi. Teksinya bersih. Bayaran – RM 6. Sempat dia menghulur kad nama.

Seperti biasa aku menaiki teksi. Hari ini pemandunya seorang lelaki Cina. Senyap sepanjang perjalanan. Sampai sahaja, segera dia berlari membuka pintu. Bayaran – RM 6.

Seperti biasa aku menaiki teksi. Hari ini pemandunya seorang lelaki Melayu. Ceritanya berkisar kerisauannya pada anak-anak remaja Melayu yang hilang jati dirinya. Risau sungguh dia. Perjalanan biasa jadi panjang bila dia sengaja menggunakan jalan yang lebih jauh. “Boleh kita bercakap panjang sikit “- katanya. Bayaran – RM 6.

Seperti biasa aku menaiki teksi. Hari ini pemandunya seorang wanita. Ibu tunggal. Ceritanya sekitar susahnya mendidik anak di tengah bandar. Terasa lelahnya. Bayaran – RM 6. Aku hulurkan RM 10 dan aku mohon supaya wang baki itu digunakan untuk membeli makanan ringan untuk anaknya. Matanya bergenang. Selepas itu, setiap kali aku menaiki teksinya, dia hanya akan mengenakan bayaran – RM 5.

Seperti biasa aku menaiki teksi. Hari ini pemandunya seorang lelaki yang agak berumur. Ceritanya sekitar pening-pening lalat politik Malaysia. Muzik di radionya luka bersama. Tergambar kecewanya. Bayaran – Berilah berapa pun. Aku hulurkan RM 6.

Seperti biasa aku menaiki sebuah kereta. Bukan Teksi. Pemandunya seorang lelaki muda. “Tak ada duit bang. Buat teksi sapu”. Bayaran – RM 6.

Seperti biasa aku menaiki teksi. Hari ini pemandunya seorang lelaki India. Tak banyak bercakap tapi radionya terlalu kuat dengan lagu bahasa ibundanya. Bayaran – “Biasa berapa u bayar?”. Aku serahkan RM 6.

Seperti biasa aku menaiki teksi. Hari ini seorang lelaki melayu. Agak berumur. Berkopiah putih. Ceritanya agak pelik. Semua orang dunia ini salah pada hatinya. Politik bodoh, negara bodoh, kementerian bodoh, pemandu-pemandu Malaysia bodoh. Tak ada yang baik. Salah semua. Sepanjang perjalanan, 3 lampu trafik merah tidak diendahkannya. Pemanduannya menakutkan. Dalam hati aku dah bersumpah tak nak naik lagi teksi ini. Bayaran – “RM7!”.  “Eh, biasa saya bayar RM 6 ajer, kenapa hari ini RM 7?” aku bertanya. “Memang RM 7!. Bayar ajelah. Beza seringgit pun nak kira” dia agak menghedik. Aku bayar RM 7. Bukan nilai tambah RM 1 itu mengecewakan, tapi aku kecewa kerana DIA sepatutnya jadi pemandu teksi yang benar-benar mengenali diri dan kerjayanya!

Esok mungkin aku akan naik teksi lagi…

4 Respons to “Hari-hari bersama pemandu TEKSI!”

  1. hari ini aku manaiki taxi.., pemandunya seorang syirfan🙂
    tak banyak bercakap, hanya telusuri nilai-nilai disepanjang jalan..

    Puan,
    terima kasih kerana sudi singgah… Moga bawa kebaikan untuk semua…

  2. sebaliktabir Says:

    semua pemandu teksi itu guru dalam kehidupan…
    menarik ceritanya ..terasa semua itu dekat dengan kita…
    apa sudah jadi dengan pakaian yang tidak lagi menggambarkan siapa kita…kecewa dengan “kopiah” itu…

    Bro…
    Saya benar-benar kecewa!

  3. noraitusaya Says:

    Beruntung abg naik teksi hari-hari, banyak jumpe orang baru… Kite yang gi ofis naik kete sendiri ni, asik-asik jumpe ina… amina… intan.. fiha jer…

  4. Hmmmm….macam2 ragam.sya pun dah lama xnaik teksi,tak berapa tau sangat kerenah diorg.Jumpa yang baik hati ok laa,jumpa yang hati hitam nasib badan!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: