Edisi orang GAGAL…

Sejauh mana kita bersedia untuk menerima kegagalan? Sejauh mana kegagalan akan memberi kesan negatif kepada mangsanya?

Saya ada seorang kawan. Saya kira kawan baik walaupun kami tidak pernah meluahkannya dalam komunikasi kami. Kami juga sangat jarang bertemu namun masing-masing menghormati dan sangat teruja dengan pencapaian masing-masing.

Kawan saya ini sering saya rujuk hampir setiap perkara yang melibatkan falsafah dan rancangan masa depan. Hujung minggu lalu, kami sekali lagi bertemu.

Ada beberapa perkara serius yang kami bincangkan, namun pada penghujung perbincangan saya bertanya satu soalan yang agak logik – macam mana kau boleh bangun dari setiap kegagalan?

Kawan saya ini gagal dalam pendidikan di Universiti. Mulanya dia mengambil jurusan yang sangat baik – hasilnya dia gagal. Dia bertukar jurusan. Satu jurusan yang agak sederhana – dia gagal lagi.

Saya kira dia akan tumbang terus. Bayangkan gagal dan gagal. Saya telah tamat pengajian, dia masih gagal dan kemudiannya berhasrat untuk bertukar universiti dan sekali lagi memulakan semester pertama pada masa saya sudah pun bekerja.

Edisi kegagalan dalam pendidikan berhenti seketika. Dia gagal pula dalam rancangan untuk mendirikan rumah tangga. Gagal pada saat-saat akhir. Gagal dan kecewa.

Dia hilang  beberapa tahun…

Kini dia kembali. Kegagalan banyak merubah hidupnya.

Tika ini saya boleh ketegorikan dia sudah berjaya. Pada soalan tadi, dia memberi jawapan…

“Syirfan, kegagalan hanya pelengkap. Selagi kita tidak gagal, selagi itu kita tidak boleh kata kita telah berjaya kerana gagal itu perlu untuk memastikan kita cukup kuat untuk bergelar seorang yang berjaya.”

Nota : Entry ini aku buat pada masa aku rasa aku sedang menuju ke arah itu…

12 Respons to “Edisi orang GAGAL…”

  1. Usah patah semangat encik. Gagal adalah kembar kejayaan. Benar kata dia, selagi kita tidak jatuh atau gagal, mana boleh kita kata kita sudah berjaya. penanda arasnya hati kita. Sejauh mana kita nilai kegagalan itu.

    Semoga encik tabah dan terus berusasa. kata-kata ini juga untuk saya yang asyik gagal yakinkan diri bahawa saya boleh lebih berjaya.

    Saudari,
    Moga kejayaan itu milik kita!

  2. thanks pd sahabat abg tu.. satu motivasi juga utk diri sendiri tika ini..

    Liz,
    Moga liz juga kian tabah dan makin kuat!!!

  3. bro… cerita gagal ni banyak… aku pernah gagal… ko pun pernah gagal…kawan-kawan kita pun pernah gagal… tapi cuba ko kumpul kan masing2 duk semeja… semua dah berjaya..macam kau…hahaha

    Bro,
    Kau lagi hebat!

  4. sebaliktabir Says:

    bro.. aku juga pernah gagal..itu sudah tentu bro tau..🙂
    teringat pesanan seseorang bro…

    “Hebatnya seseorang itu bukanlah kerana sebanyak mana kejayaannya, tetapi sejauh dan sebanyak mana rintangan yang telah diharungi dan ditempuhinya…”

    orang tau kita berjaya, tapi orang lebih nak tau perjalanan kita untuk mencapai kejayaan itu. bukan ke ada orang berjaya kerana titik peluh mak bapak dia…hebat ke???

  5. kegagalan adalah akhir.. bila kita diam dititik itu

    kegagalan adalah awal.. bila kita terus melangkah maju
    maka bergeraklah terus, tak ada satupun benda dimuka bumi yang boleh diam sampai ke sel terkecil..

    maka aku pun bergerak lah.. bersamamu tentu saja😀

  6. gagal itu sebenarnya hanyalah nama suatu ‘tempat’ untuk berehat mengeringkan keringat .. sesiapa sahaja boleh ‘singgah’ di situ sementara ‘hari masih berjalan’.

  7. Syirfan, kita beli kejayaan dengan harga paling mahal…

  8. loko9691963 Says:

    Pernah pergi satu ceramah slot kejayaan
    Penceramah berkata : Saya jumpa seseorang, dia berkata dan terus bertanya..
    “Saya tak nak tanya bagaimana kamu berjaya, saya nak tanya berapa kali kamu gagal untuk berjaya?
    Ceramah lainnya.
    10 kali gagal, yang kesebelas mungkin milik kita.
    Ceramah dari saya. huhu
    “Sama2 kita menuju, mencipta, menghadapi dan mengharungi erti kejayaan”

  9. kasihfieha Says:

    gagal….gagal…gagal .Manisnya …kegagalan itu tak dapat di luahkan bila kita mencapai kejayaan!

  10. Benar… Gagal atau berjaya bezanya hanyalah tafsiran…

  11. Benar Fiha… Adakah fiha telah berjaya menterjemahnya?

  12. terima kasih atas artikel ni. aku juga sudah hampir2 patah semangat dalam meneruskan pembelajaran. tapi disebabkan artikel ni, aku akan cuba. aku masih belum gagal. yeah. terima kasih semua.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: