Jika Ayah Tiada…

Jika Ayah Tiada…

(Pesan ayah yang akan memulakan  kembara)

 

Syahmi,

Jika kau bangun dari tidur kau lihat ayah tiada

Pandanglah pada dapur

Disitu ayah tinggalkan kedewasaan.

 

Syahmina,

Jika kau bangun dari tidur kau lihat ayah tiada

Pandanglah pada bilik tidurmu

Disitu ayah tinggalkan kerinduan

 

Syamil,

Jika kau bangun dari tidur kau lihat ayah tiada

Pandanglah pada ruang tamu

Disitu ayah tinggalkan harapan

 

Sayangku,

Jika kau bangun dari tidur kau lihat ayah tiada

Lihatlah rumah kita

Disitu ayah tinggalkan cinta!

 

Ayahmu – Syirfan

11 Respons to “Jika Ayah Tiada…”

  1. sebaliktabir Says:

    wah…syahdunyer…..
    jika aku tiada, kau takkan lagi terima komen-komen ini..
    dan 10 tahun lalu, jadikanlah ia kenangan untuk selamanya…🙂

  2. semoga selamat pergi dan juga selamat kembali.. jaga-jaga selesema babi.

  3. 001beautifulcrazy Says:

    Kalau saya tidak ada… cubalah sedaya mungkin mengalahkan akop di diamond game tu… saya sentiasa menyokong abg untuk menang.. muahahahahha…

  4. bucungdotcom Says:

    Kau nak kemana pulak bro

  5. beruntunglah syahmi, syamina, syamil dan juga ibu mereka
    karena ayah pergi meninggalkan harta yang tak ternilai

    dulu waktu ayahku pergi, dia tak tinggalkan kata seperti ini
    tapi memang benar, ada cinta dia tinggalkan dirumah kami
    dan hanya Alfatiha yang bisa kusampaikan
    sepenuh hati..

  6. tidak tahu kenapa.. aku terus senyap diam membaca entri ini.. sungguh aku tidak tipu.

  7. kasihfieha Says:

    selamat jalan..selamat semuanya! Amin

  8. salam.

    ingin sekali kumadahkan sajak sehebat ini utk anakku.. tp kena tukau lirik la pulak.. hehehee..

    Tukar ajer bro…hehehe. dengan izin…

  9. jika ayah tiada…

    tiada lagi yang mengangkat syahmi yg seberat dua guni beras 10 kg…
    syahmi: “tak pe..abang gemuk hensom, kan yah?”

    jika ayah tiada..

    tiada lagi yang menemani mina yang sering lena walau matahari dah meninggi..
    Syahmina:”bangun pagi..tido lagi..tido lagi..tido lagi, ayah pun sama gan adik kan?”

    jika ayah tiada..

    tiada lagi yang sudi tukar lampin syamil walau hanya dilempar ketepi katil dek kerana mata terjatuh dikaki..
    Syamil: hanya memandang dengan mata bulatnya sambil tersengih walaupun dah pukul 3 pagi!

    jika ayah tiada..

    siapa nak beratur bayar bil air, letrik, astro, internet, telefon, repair keta, teman swimming..tapi paling penting..teman shoping..
    umi: “sogo sale! mines pun banyak baju! jusco pun ok..ada secret recipe”
    opss..tak pe..makusu ada..hehe..love u..

    Sayang,
    Love u …

  10. noraitusaya Says:

    Kalau abg, rindu la dengan tulisan yang macam ni… Kalau saya tak der macamana ek?

    Nora,
    Susah nak cakap tu…

  11. Marlissa Says:

    HUH???????????????????????????

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: