Rosli Dhoby – Cerita Penerbit 4

suatu ketika logo2

Suatu ketika pun muncul…

Semalam aku  dan blogger Ainur hadir ke Matic untuk pelancaran kempen SUATU KETIKA.

Mungkin ramai yang dah perasan promo tentang Suatu Ketika yang hadir di PRIMA dan CITRA. Atau ada yang sudah terperasan dengan promo Rosli Dhobi (dokumentari dan drama) yang kini sangat kerap muncul di ASTRO.

Ada yang terkeliru – apa itu Suatu Ketika?

Suatu Ketika adalah satu kempen menerusi apa yang dikenali sebagai ‘inovasi kandungan’ yang cuba dibawa olah Astro. Secara kasarnya, menerusi Suatu Ketika, penonton akan menghayati sejarah yang dipaparkan menerusi wajah baru dokumentari (yang akan ditayangkan di Prima) dan cerita sejarah yang sama diberi sentuhan kreatif dan diterjemahkan dalam drama bersiri (yang akan ditayangkan di Citra).

Suatu Ketika bukan sahaja menyiarkan tentang Rosli Dhoby tetapi beberapa tokoh lain, tragedi dan kawasan yang hingga kini masih terasa kesannya. Ini termasuklah Mahsuri, Senoi Praq, Mokhtar Dahari, Melaka, JRA, dan beberapa tajuk lain. Rosli Dhoby terpilih sebagai dokumentari pertama untuk disiarkan.

Dokumentari kedua juga ‘malangnya’ diterbikan, diarah dan di tulis skripnya oleh aku. Nanti aku cerita panjang tentang dokumentari kedua ini. Selepas ini akan dituruti oleh penerbit/pengarah/penulis skrip tempatan yang tidak kurang langsung hebatnya.

Balik semula ke pelancaran Suatu Ketika. Majlis ini dilancarkan oleh Dato Joseph Salang Gandum, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Turut hadir sebagai tetamu ialah Tahar Joni (sepupu Rosli Dhoby) dan Bol Hassan (anak saudara Rosli Dhobi).

Oleh kerana aku terlupa membawa camera, tidaklah dapat aku tunjukkan sekeping gambar pun tentang kemeriahan pelancaran yang turut diramaikan dengan wartawan, artis dan penggerak belakang tabir dokumentari dan drama tempatan. Jujur – aku bangga dengan pencapaian dan idea ini.

Lebih dari setahun dokumentari Rosli Dhobi ini ditangan aku. Susah, senang. Ditekan, tertekan. Semuanya ada. Tidak ada dokumentari yang aku hasilkan mengajar terlalu banyak kecuali dokumentari ini. Ia benar-benar berbekas.

Wajah baru dokumentari ini menginsafkan aku tentang banyak benda. Tentang harapan dan perspektif dokumentari untuk masa hadapan. Walaupun majlis ini lebih sekitar memberi puji dan menerima puji, aku lebih takut dengan tahap baru yang semua letakkan. Inilah adalah dokumentari baru Malaysia. Tahap baru. Ingat, kita tidak boleh turun dan tahap ini!

Dokumentari ini adalah adi karya baru. Persoalannya, adakah kita akan berjaya mengekalkannya?

Bila En. Zainir Aminullah, Pengarah Eksekutif Astro menyatakan “Ini adalah dokumentari yang amat baik”, aku menjadi kaku seketika…

Kredit juga aku serahkan pada Wan Hasliza, pengarah drama Rosli Dhoby. Kami tidak pernah berjumpa sehingga petang semalam. Kami hanya bertemu lewat pemikiran, falsafah penerbitan dan derita sejarah.  Perbualan singkat kami sekitar kata – “Tahniah, Terima kasih. Gembira dapat berkerja dengan gambar-gambar cantik awak” dan ” Terima kasih kerana membuat kerja  saya nampak lebih baik”. Salam, senyum seketika dan meredar. Saling mengkagumi – mungkin?

Sepanjang majlis ini aku lebih selesa melayan hati dan perasan serta mata yang tidak lagi dapat lelap semalam kerana editing. Namun, sebaik sahaja promo Rosli Dhoby menggegar Mini Auditorium Matic, aku berkata kepada Jaya Mahajan, Penerbit Penyelaras dari Astro Entertaiment, “Jaya, i want to cry…”

Jaya membalas – “Syirfan, please cry with a big smile!”

15 Respons to “Rosli Dhoby – Cerita Penerbit 4”

  1. sebaliktabir Says:

    Wah….terkesan benar !
    terasa apa yang bro lalui…
    keep it up !

    Tq Bro,
    Jgn lupa menontonnya 7 Julai nanti…

  2. well done!

    Tq Liz…

  3. Salaam..

    bro, i pun sedih gak bila part kwn baik rosli dhoby nangis kat ujung2 doku tu!

    tahniah bro!😉

    Bro,
    Terima ksih banyak2 kerana bersama mempromosi tokoh istimewa ini. Sudah menontonnya? di mana yer?

    Pujian juga harus diberikan pada Wan Hasliza. Tanpa visual dramatik beliau, karya ini tidak akan berwarna sebegitu… Terima kasih sekali lagi. Mohon berilah komen bila menontonnya 7 Julai nanti.

  4. Bolhassan Bin Ainnie Dhoby Says:

    Assalamualaikum, Saudara Syirfan,

    TAHNIAH dan SYABAS!!!

    Bagi pihak keluarga Allahyarham Rosli Dhoby, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas usaha saudara untuk menghasilkan dokumentari Rosli Dhoby yang amat luar biasa. Mohon maaf sekiranya ada kekurangan dari pihak keluarga kami semasa saudara berada di Sibu. Hanya itu yang mampu saya bantu saudara. I SALUTE U. Teruskan perjuangan mu.

    Salam,
    Semua ini adalah usaha KITA! terima kasih kembali

  5. Sh.Nooralisya Wan Shazali Says:

    Bangga gilak kamek ( termamat bangga) dgn adanya dokumentari, biography pejuang Sarawak, Rosli Dhoby, I’ve been reading his Biography when I was 14 years old ( 19 yrs back) , Its a bless that akhirnya ada produksi datang tampil untuk menghasilkan dokumentari berkenaan dengan Pahlawan Sarawak. Tahniah kepada semua yang terlibat. Salam kepada keluarga Rosli Dhoby ikhlas dari kamek.

    Proud to be Sarawakian,
    ALYSHA

  6. a’kum Saudara Syirfan.

    Tahniah atas usaha anda membawakan kisah pejuang muda Sarawak ini ke suatu tahap yang membolehkan kami, generasi muda Malaysia, terutamanya yg dari Sarawak menilai dan mengamati pengorbanan yg dibuat Allahyarham Rosli Dhoby. AL-Fatihah buat pejuang2 tanah tercinta Bumi Kenyalang. Amin…

  7. Generasi Abg Gudam Says:

    Tahniah saudara Syirfan..satu masterpiece yang hebat dan sangat berkesan di jiwa dan minda.
    Salam untuk keluarga Rosli Dhoby..semoga Roh Allahyarham Rosli Dhoby, Awg Rambli, Morshidi Sidek dan Bujang Suntong dicucuri rahmat….Al-Fatihah..

  8. kasihfieha Says:

    Hebat!..setelah melalui getir kepayahan,perubahan demi perubahan,pertikaian demi pertikaian ,duka dan airmata..lahir juga dokumentari ini untuk di hayati semua..bukan hanya perjuangan Rosli tetapi juga watak penting penerbitnya yang berjuang memerah keringat dan idea..Tahniah!

  9. Generasi Abg Gudam Says:

    Sekarang saya tengah menunggu, sekiranya ada vcd/dvd drama Warkah Terakhir ini nanti, saya mesti beli….

  10. Generasi Abg Gudam Says:

    Kalau tiada perjuangan mereka ini, kita mungkin tidak mengecapi nikmat kemerdekaan sekarang ini..mungkin keadaan-nya tidak sama…

  11. […] bahawa penghargaan yang tinggi harus dianugerahkan kepada garapan usaha hasil kreativiti saudara Syirfan dan Wan Hasliza kerana berani dan penuh semangat dalam mengenengahkan dokumentari atau drama pendek […]

  12. TahanCing Says:

    Aku amat tersentuh dgn drama ni. Thanks so much!!
    Tak sangka berkualiti sungguh!

  13. Lynda Hj Taiban Says:

    Tahniah buat semua…u r the best…Warkah Terakhir akan tetap selalu di hati…

    AL-Fatihah buat Rosli Dhobi dan rakan2. Semoga rohnya disusri rahmat. AMIN

  14. Salam…saya adalah seorang guru sejarah di MRSM Batu Pahat. Dalam Bab 6 Tingkatan 3 kami ada mengajar tentang Rosli Dhobi. Malangnya saya tidak berkesempatan untuk menonton karya anda di kaca TV tetapi pelajar2 saya ade menontonnya dan memberikan respond yg baik. Tahniah kerana mendokumenkan sebuah SEJARAH!

    Salam Cikgu Razaifah.
    Saya hanya melunaskan tanggungjawab pada sejarah dan pastinya pada kenangan lalu – tika ada seorang guru sejarah mengajar saya melihat masa hadapan. Saya doakan cikgu juga mampu memberi sesuatu pada anak bangsa. Hubungi saya di syirfanindra@yahoo.com jika cikgu mahukan copy dokumentari itu untuk bahan pembelajaran. Moga sukses dan selamat menghadam sejarah.

  15. anda mempunyai gambar rosli dhoby ketika beliau ditangkap dan gambar lain-lain ..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: