Produk Terbaru Kami : Madrasah Salasilah Rasulullah

Premisnya mudah:

1. Menafikan bahawa madrasah Islam bukan tempat melahirkan pengganas!

2. Pendidikan Islam bukan pendidikan lapok!

3. Islam itu cantik dan sempurna!

Ramadhan ini, pastinya di ASTRO OASIS, akan muncul kelainan. Tiada lagi kembara (jalan-jalan cari makan dan sejarah). Pasti muncul – Madrasah Salasilah Rasullullah.

Untuk merealisasikannya, tim saya dan Yaakob akan mencari madrasah-madrasah terpilih yang dibina oleh keturunan Nabi Muhammad SAW untuk menilai semua premis-premis yang dinyatakan.

Yaakob dan timnya telah bergerak berputar di Asia Tenggara dan tim saya akan bergerak awal pagi ini ke Timur Tengah. Kami akan merealisasikan 26 episod untuk tayangan sepanjang Ramadhan.

Ia pastinya perjalanan yang berliku. Untuk itu, saya dengan rasa rendah diri akan membuka satu lagu kategori (Dokumentari : Madrasah) untuk menempatkan catitan harian serta suka duka kami diperantauan.

Jika sudi, singgahlah di laman ini buat seketika…

12 Respons to “Produk Terbaru Kami : Madrasah Salasilah Rasulullah”

  1. bucungdotcom Says:

    Bro,
    Aku setuju sangat dengan premis yang kau line up tu. Will surely become a very interesting programme to digest in!

    Terima ksih bro… harap semuanya sukses ya…

  2. Salam….wah..nampaknya ada tayangan travellog baru untuk Ramadhan nanti…kalau boleh ceritakanlah pengalaman anda sepanjang pengambaran..Insyaallah saya akan tonton dokumentari Rosli Dhoby…(kalah sempat smpi rumah)…

  3. Wah… bagus nya jika ada Madrasah Salasilah Rasulullah di Malaysia suatu hari nanti? sila Rujuk http://www.asyraaf.net/v2/ untuk salasilah Rasulullah di Malaysia.

    Haslina, terima kasih atas perhatian…

  4. Salaam Ramadhan Kareem.. saya tak berkesempatan utk melihat karya tuan, baru tadi saya melihat iklan madrasaha salasilah di rumah mentua saya dan tertarik dgnnya lalu saya buat search.. saya tiada astro di rumah, oleh itu bagaiman caranya saya utk mendapatkan koleksi siri ini? ada rancangan untuk di buat koleksi vcd/dvd?
    terima kasih & wassalamu’alaykum

    Khairul,
    Belum ada lagi CD/ dvd berkenaan program ini di pasaran. Jika ada nanti saya akan email tuan. Terima Kasih

  5. Salam,ana suka tengok madrasah salasilah Rasulullah.
    Ana harap dapat tengok program ini yg shooting kat Mesir.

  6. Saya suka dengan prog ni, menarik, anak murid saya ingin tahu dengan dokumentari keluarga Alkaff di singapura tempoh hari sebab dia antara keturunan Alkaf juga, macamana nak tgk balik

  7. salam,

    Tahniah atas dokumentari Madrasah Salasilah Rasulullah… saya sangat suke tonton n sekarang saya cube kongsi pengalaman2 pelajar2 tu dalam blog saye n dengan kawan2… boleh ye… TAhniah skali lagi koz merancakkan lagi program2 ilmiah di media,,, semoga Allah memberkati usaha kalian dan saya harap saya juga akan mampu melakukan perkara yang sama atau hampir sama…insya allah.. =) ~ student fakulti sains, UM

    Cik Anies,
    Terima kasih. Moga kebaikan itu dapat kita kongsi bersama.

  8. saya ingin meminta senarai nama nama madrasah salasilah di malaysia.

  9. salam dimanakh pesantren yg ada diatas bukit yg cantik tu ana terlepas siarannya
    r

  10. zaki zain-
    Darul Habib, Indonesia. Hubungi saya kalau mahu maklumatnya. terima kasih

  11. zul zakaria Says:

    tuan,
    saya amat berminat untuk mengetahui lebih lanjut ttg Darul Habib. Camna saya boleh menghubungi tuan?

    salam

  12. Tuan Zul,
    Saya boleh dihubungi di syirfanindra@yahoo.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: