Rosli Dhoby : Cerita Penerbit 5

Bila kita mengucapkan ” Aku sayang kamu atau aku cinta kamu…”. sejauh mana atau sedalam mana makna pada bait kata yang diucapkan?.

Adakah maknanya “cinta”?

Untungnya aku bila  cuba mendokumentasikan Rosli Dhoby, aku ketemu satu elemen ‘cinta’ yang  boleh dikatakan tuntas. Inilah yang menzahirkan makna ” Aku sayang kamu atau aku cinta kamu…” secukupnya.

Rosli Dhoby yang kita ketahui meninggal dunia pada umur 17 tahun. Dialah pejuang paling muda di Sarawak. Namun, dia juga manusia biasa. Dia juga jatuh cinta.

Cintanya berbalas. Wanita itu diberi nama Ani bt Ali. Cinta mereka diranumkan dengan surat dan jelingan. Namun, ia cukup bermakna.

Apabila Rosli Dhoby ditangkap dan dihukum gantung sampai mati, Ani Ali masih terlalu muda waktu itu. Namun hatinya hanya pada Rosli.

Itu yang dia pilih. Itu yang dia cinta. Hanya seorang, tiada lain.

Buktinya….

IMG_3163

sehingga kini, Ani bt Ali masih belum berkahwin… Adakah itu tandanya ‘cinta’?

Aku sangat bernasib baik kerana dipermudahkan untuk bertemu, bercerita dan menganalisis rasa Ani Ali atau kini dikenali sebagai Hajah Ani Ali.

Ini adalah pendedahan pertama di televisyen Malaysia! Cerita sejarah dari watak yang masih hidup tentang Rosli Dhoby.

Nantikan rentetan kisah cinta seorang pejuang muda di Astro Prima – 7 Julai ini…

8 Respons to “Rosli Dhoby : Cerita Penerbit 5”

  1. sindarella.. Says:

    at last..i can see who is this so lucky lady..this is wat we called “cinta mati”..

    Salam,
    Adakah kita punya cinta sekuat itu? Moga sudi menonton…

  2. MiAkSiBu Says:

    mcm knal jak eh..huhu

  3. koreksyen… 7 jun.bkn 7 julai🙂 x sbr plak nak tgk dokumentari ni esok hari rupanya…

  4. bla main dokumentari tok ? ?
    ada ulangan x x ? ?

  5. […] Drama dalam bahasa Sarawak ini  juga menceritakan tentang percintaan Rosli Dhoby dengan seorang gadis bernama Ani, dimana percintaan mereka dihalang keluarga kerana mereka masih muda. Dan walau mereka tidak sempat disatukan.. Err, speechless.. Tengok lah kat sini sendiri.. […]

  6. tabahnya hati seorang pencinta……..

  7. miak sawak.. Says:

    kepada nek hajah ani…..kmk bangga ngan ktk…..ya baruk cinta sejati…..cinta sampai mati……idup nek jah ani…..

  8. Salam. Aku baru saja tengok WARKAH TERAKHIR, Sedih jugak kisah nya…
    Begitu kuat semangat juang Rosli Dhoby xdapat dipadam..Sanggup tinggal kan keluarga,kekasih n teman untuk kemerdekaan Sarawak…Moga Roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama SYUHADA…InsyaAllah… Al-Fatihah.
    Kpda Hajah Ani insyaAllah, Pak Rosli nunggu d Syurga..

    Mr Cabang3
    Pada tika 17 tahun, Rosli Dhoby sudah berfikir untuk negara. Dimana kita tika itu?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: