Arkib untuk Jun, 2009

Rosli Dhoby : Cerita Penerbit 9

Posted in Dokumentari : Rosli Dhobi, Senyum Tangis 'Aku' on Jun 21, 2009 by syirfan

Salam perjuangan…

Lama betul saya tidak menjengah blog ini. Kesulitan untuk mendapatkan layaran internet yang baik serta tekanan kerja yang mencengkam menjarakkan saya dengan Magnum Opus,  Rosli Dhoby ; Pejuang atau Pembunuh. Ia benar terjarak dari sudut geografi kerana saya sekarang lelah di kota Cairo untuk menyiapkan satu lagi tugasan untuk siaran Ramadhan tahun ini.

Namun Rosli Dhoby sangat sebati dengan saya. Saya sentiasa ternanti-nanti dan sentiasa teruja dengan komen dan nasihat yang semua sampaikan dari pelbagai medium.

Ada juga yang terkeliru antara tugasan saya dan Wan Hasliza. Saya sebenarnya terlibat dalam penerbitan dokumenteri manakala Wan Hasliza terlibat dalam penerbitan drama. Kami berkongsi idea. Saya menterjemah Rosli Dhoby untuk pemahaman sejarah dan impaknya kepada sejarah yang telah lama dilupakan, Wan Hasliza menterjemah karya itu untuk pengzahiran sejarah dari sudut kreatif  dan memungkinkan wajah sejarah itu divisualkan dengan sebaik mungkin.

Sehingga kini, saya masih tidak berpeluang untuk melihat karya saya atau Wan Hasliza di kaca televisyen lagi kerana saya telah pun ke luar negara pada tika ia ditayangkan di Malaysia. Saya sangat yakin Wan Hasliza telah memberi sebuah drama yang cukup istimewa hingga ada yang menyatakan ia lebih cantik dai PGL. hehe

Harap ada yang merakam setiap siri warkah Terakhir. Bolehlah saya menontonnya kemudiaan hari.

Harap anda semua akan terus memberi sokongan kepada penghasilan karya-karya sebegini. Saya secara jujur menghargai setiap komen yang anda berikan.. Terima kasih daun keladi.

Salam dari Dewan Malaysia Abbasiah, Mesir.

Advertisements

Rosli Dhoby : Cerita Penerbit 8

Posted in Dokumentari : Rosli Dhobi on Jun 10, 2009 by syirfan

Syukur…

Nampaknya dokumentari ini bawa sinar baru. Saya dihujani dengan mesej dan komen di blog ini. Tak sempat lagi saya hendak mejawap kerana tekanan internet yang sangat mengecewakan.

Namun, jauh di sudut hati, saya mengingati setiaap kata yang dilemparkan. Bila saya mendapat tempat yang baik untuk berinternet, saya akan mebalas mesej2 yang diberikan.

salam perjuangan. Moga apa yang dihajati oleh Rosli Dhoby tersempurna sudah…

 

salam dari hadramaut

terperangkap…

Posted in Dokumentari : Madrasah Salasilah Rasulullah, Senyum Tangis 'Aku' on Jun 10, 2009 by syirfan

Aku kini terperangkap di tengah kota tanah – Hadramaut. Sukar sungguh rasanya. Kepanasan melebihi 50 darjah celcius betul-betul membakar ubun-ubun.

Rindu pun membakar aku… arghhhhh!!!!

Rosli Dhoby : Cerita Penerbit 7

Posted in Dokumentari : Madrasah Salasilah Rasulullah, Dokumentari : Rosli Dhobi, Senyum Tangis 'Aku' on Jun 5, 2009 by syirfan

Salam dari Hadramaut,

Dokumentari Rosli Dhoby nampaknya membuat blog saya dikunjungi tanpa henti. Syukur, saya rasa kesan dari drama Rosli Dhoby dan promo tak henti. syukur.

Saya dan editor kesayangan saya (zaidi) nampaknya tak berpeluang untuk menonton 7 jun ini. Kami sekarang terperangkap dalam gunung batu dan rumah tanah – Hadramaut Yaman. Kami dalam proses menyiapkan rancangan untuk ramadhan nati.

Moga semuanya gembira dan puas. Kami menanti komen dengan penuh besar hati.

Beransur dulu, internet di sini sangatlah mengecewakan. Untuk entry ini sahaja saya sudah mengambil masa 2 jam.

Salam, bye.

terbang….

Posted in Dokumentari : Madrasah Salasilah Rasulullah, Senyum Tangis 'Aku' on Jun 4, 2009 by syirfan

Salam…

Sebentar nanti kami akan terbang ke Hadramaut, Yaman. Kira-kira satu jam dari bandar Sanaa. Jika menggunakan jalan darat, ia akan mengambil masa 9 jam.

Kami hanya dibenarkan untuk membuat perjalanan udara oleh pihak Kementerian Penerangan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Ini berlaku kerana krisis perpecahan antara Yaman Utara dan Selatan sangat kritikal kini.

Hairannya, isu perpecahan ini tidaklah mendapat perhatian antarabangsa. Malah tidak ada laporan berita tentang hal ini. Inilah uniknya Yaman. Baik buruk hanya berlegar dalam negara mereka sahaja walaupun saban hari ada pembunuhan berlaku.

Harap semuanya selamat di Hadramaut. Moga kota lama itu boleh menawarkan perkhidmatan internet yang baik… hehehe

Jumpa di Hadramaut!

Bagaimana untuk mengurat awek arab Yaman di Sana’a?

Posted in Dokumentari : Madrasah Salasilah Rasulullah, Senyum Tangis 'Aku' on Jun 3, 2009 by syirfan

 

Lain macam tajuk entry aku kali ini. Namun aku  tetap hendak tulis kerana ini adalah satu cara yang aku baru  tahu kewujudannya.

Seperti yang diketahui, awek-awek arab ini menggunakan purdah. Yang Nampak hanyalah matanya. Sangat sukar didekati kerana mamat-mamat arab sangatlah cemburunya. Namun awek-awek arab ini sangat selesa untuk berkawan dengan orang Malaysia. Ini diceritakan oleh si pakar.

Untuk itu, hubungan yang membawa kepada perkahwinan antara lelaki Malaysia dan perempuan Arab Yaman sangat sukar dilaksanakan. Ini kerana, walaupun lelaki itu sangatlah machonya, mereka tidak boleh terus pergi ke perempuan arab itu dan terus menyatakan hajat untuk berkahwin mahupun berkawan. Si Lelaki harus menunggu signal yang betul dari awek-awek tadi. Namun si pakar tidak memberitahu apakah signal yang dimaksudkan.

Namuun, ada satu signal jelas yang boleh disampaikan oleh awek tersebut kepada kita. Apa yang kita perlukan ialah telefon!

Mari aku ajarkan. Ilmu ini diturunkan oleh si pakar.

Pertama, aktifkan Bluetooth. Pastikan nama phone itu diletakkan dengan nama Malaysia. Contoh : “syirfan Malaysia”. Ini memudahkan mereka mengenal pasti kita ini yang mana satu. Selain itu boleh juga nama yang lebih hebat seperti “macho man Malaysia”. Yang penting ialah nama “Malaysia” itu. Aktifkan dan tunggu.

Jika rezeki baik, awek tadi akan member signal dengan menghantar MMS, lagu dan seumpamanya menerusi Bluetooth kita tadi. Jika dapat signal ini, bermakna mereka bersedia untuk berkawan. Selebihnya, si pakar tak mengajar.

“Takkan itu pun nak ajar jugak… pandai-pandailah!”

 

Nota : tidak diketahui siapa antara kami yang mengaktifkan Bluetooth. hehehehe

Siapa “Kami”?

Posted in Dokumentari : Madrasah Salasilah Rasulullah, Senyum Tangis 'Aku' on Jun 3, 2009 by syirfan

Dalam entry aku sebelum ini, aku banyak kali menggunakan perkataan “kami”. Mungkin ramai yang tak tahu siapa “kami” yang aku maksudkan. Oleh kerana entry mengenai projek Madrasah Salasilah Rasullullah ini akan berlanjutan lama lagi, baik kiranya aku perkenalkan siapa “kami” yang aku maksudkan…

Zaidi – Bertindak sebagai editor untuk projek ini. Selain itu, dia jga bertindak sebagai penolong pengarah. Zaidi adalah editor yang paling power di FM Production. Aku dan Zaidi memang banyak berkejasama. Hampir semua projek besar aku, Zaidi mesti terlibat. Dari Ziarah Rusia, Rosli Dhobi, Alexander Bukan Zulkarnain hinggalah ke projek terbaru ini.

Khair – Bertindak sebagai  jurukamera. Seorang yang sangat membantu. Pastinya, dia yang terbaik dari beberapa segi. Kami punya pemikiran “visual” yang hampir sama. Projek terakhir aku dengan dia adalah dokumenteri Si Tanggang. Itu pun setahun yang lalu.  Gembira berkerja dengan beliau.

Aswad – Jurukamera kedua. Masih muda. Single trang tang-tang. Rajin. Mengikut semua arahan. Banyak idea. Lama sungguh aku tak berkerja dengan dia sampai lupa, projek terakhir yang mana kami berkejasama.

Ustaz Salahuddin – Pegawai dari Yayasan Safa. Bertindak sebagai pemudah cara. Orang yang sangat kelakar. Tak kering gusi bila bercerita dengan dia. Ustaz hanya akan bersama kami di Yaman.

Selain itu, kami juga dibantu dengan beberapa  orang pelajar di Yaman.

Itulah “kami” yang sering aku maksudkan….