Jalan-Jalan Cari Makan di Kota Sana’a, Yamen

Akhirnya dapat juga aku load gambar-gambar terbaru dalam usaha aku mencari tempat makan di kota Sana’a ini. Itu pun bersekang mata di lobby hotel ini.
Ok, seperti yang diketahui, aku pernah hadir ke kota ini. Pastinya aku tahu mana nak cari tempat makan dan apa yang harus di cari.
Tengahari aku mencari Nasi Mandi. Nasi beriani yang dimasak dengan daging kambing. Aku mencadangkan sebuah restoren lama di tengah kota. Namun Che Mat (pegawai yang menguruskan kami) mencadangkan sebuah restoren baru di Hadda – kawasan elit di kota ini.

 Depan Restoren Remas

Restoren Remas adalah restoren ala mamak di Malaysia. Bersih dan cekap. Hanya dia orang tak boleh kira pantas macam mamak kat Malaysia. restoren ini dua tingkat. Tingkat bawah hanya untuk lelaki. Atas perempuan. Maka tidaklah nampak perempuan membuka mulut luas-luas untuk makan daging kambing.
1 jun dubai sanaa 011
Inilah Nasi Mandinya. letak dalam pinggan besar. Daging empuk yang banyak. Dalam 1/8 bahagian kambing normal. orang arab makan berdua ajer sepingganini. Kami cuba makan berempat.
Sedapnya tiada boleh dibandingkan. Tiada nasi di Malaysia yang boleh lawan…
Meleleh oooo…

1 jun dubai sanaa 013

Inilah hasilnya. 4 ekor jin dari Malaysia berjaya menyelesaikanya. Perut nak pecah oooo…

1 jun dubai sanaa 023

Malam, pastinya mencari Mulawwah. Roti sebesar meja dan diletakkan hanya atas sekeing surah khabar.

1 jun dubai sanaa 025

Makan dengan kuah yang digelar majmuk. Kekecang dicampur dengan daging dan mungkin tuna. Sedap. Memang sesuai dengan selera kami. Lawannya pasti teh o pekat bercampur mint. Makan dalam keriuhan Sanaa.

Lepas itu, pastinya mencari teh tarik paling best di dunia. Sebuah kedai usang di Old Sanaa City. Leka menikmati  teh sambil merenung kota-kota lama. Tidak berjaya mengambil gambar disini kerana kedai ini memang tidak ada lampu. Hanya sebatang lilin menerangi kedai.

Apapun, Akmal pasti cemburu dek teh tarik terbaik dunia ini… hahaha. Jumpa lagi.

10 Respons to “Jalan-Jalan Cari Makan di Kota Sana’a, Yamen”

  1. teh tarik kat m’sia jugak yg paling best lah! hehehe…

    Meh datang sini cuba teh tarik yaman… meletup…

  2. Kembara Pena Says:

    Bro, mohon pertolongan. Tolong tanya ustz contact kat indon ngan thailand. Singapore akob dah buat contact sendiri ari tu. Lepas balik thailand terus masuk Singapore balik.

    Kob, dia dah hantar email kan… cuba check. Moga berjaya

  3. wow. macam best jer..🙂

    Memang best bro…

  4. ARRRRRGGGGGGGHHHHHH!!!!!!!!! Jeles……

    Kui, kui, kui….

  5. bucungdotcom Says:

    Nampak sodap, ada tak kat KL agaknya

  6. Kena try teh tarik kat Yemen ni Liz. Confirm tangkap otak punya

  7. jesselane Says:

    tak pe abang akmal. nanti cari teh tarik sedap kat south africa pulak. mesti jumpa. tak pun minta je resepi teh tearik tu abang syirfan, biar kita buat kat sini. daripada dia jeles dok terasa-rasa teh tarik tu kat ujung lidah dia … silap2 dia amik cuti fly ke sanaa, lin menggagau kat sini jaga production. kuikuikui

  8. jesselane Says:

    p/s: postinglah gambar aby saya sekali. agar telerai gak rindu saya kat dia. wakakakakakkakakak

  9. Tak boleh Lin. Nanti Man Kolam pulak jeles

  10. jesselane Says:

    uish … ari tu borak ngan zaidi, dia pun kata teh tarik tu sedap … abang akmal … kita amik cuti jom. tinggalkan huhuhuhu kita fly gi yemen minum teh tarik pastu kita balik wakakakakkakaka ….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: