Bagaimana untuk mengurat awek arab Yaman di Sana’a?

 

Lain macam tajuk entry aku kali ini. Namun aku  tetap hendak tulis kerana ini adalah satu cara yang aku baru  tahu kewujudannya.

Seperti yang diketahui, awek-awek arab ini menggunakan purdah. Yang Nampak hanyalah matanya. Sangat sukar didekati kerana mamat-mamat arab sangatlah cemburunya. Namun awek-awek arab ini sangat selesa untuk berkawan dengan orang Malaysia. Ini diceritakan oleh si pakar.

Untuk itu, hubungan yang membawa kepada perkahwinan antara lelaki Malaysia dan perempuan Arab Yaman sangat sukar dilaksanakan. Ini kerana, walaupun lelaki itu sangatlah machonya, mereka tidak boleh terus pergi ke perempuan arab itu dan terus menyatakan hajat untuk berkahwin mahupun berkawan. Si Lelaki harus menunggu signal yang betul dari awek-awek tadi. Namun si pakar tidak memberitahu apakah signal yang dimaksudkan.

Namuun, ada satu signal jelas yang boleh disampaikan oleh awek tersebut kepada kita. Apa yang kita perlukan ialah telefon!

Mari aku ajarkan. Ilmu ini diturunkan oleh si pakar.

Pertama, aktifkan Bluetooth. Pastikan nama phone itu diletakkan dengan nama Malaysia. Contoh : “syirfan Malaysia”. Ini memudahkan mereka mengenal pasti kita ini yang mana satu. Selain itu boleh juga nama yang lebih hebat seperti “macho man Malaysia”. Yang penting ialah nama “Malaysia” itu. Aktifkan dan tunggu.

Jika rezeki baik, awek tadi akan member signal dengan menghantar MMS, lagu dan seumpamanya menerusi Bluetooth kita tadi. Jika dapat signal ini, bermakna mereka bersedia untuk berkawan. Selebihnya, si pakar tak mengajar.

“Takkan itu pun nak ajar jugak… pandai-pandailah!”

 

Nota : tidak diketahui siapa antara kami yang mengaktifkan Bluetooth. hehehehe

10 Respons to “Bagaimana untuk mengurat awek arab Yaman di Sana’a?”

  1. Nasib baikla kau tak bermain api di negara sendiri….

  2. bucungdotcom Says:

    Ini ilmu banyak bagus. Boleh try ni boleh try ni

  3. nampaknya ade yg tak sabar2 tgu abg balik mesia nih.. kekeke…

  4. sebaliktabir Says:

    dah macam kesan guna radar nih bro…
    kiranya kena ‘scanning’ dulu la macam scan virus.. hehehe😀

  5. salam.

    adeihhh ada tips lak.

  6. Kembara Pena Says:

    Bro dah try belum…

  7. kasihfieha Says:

    macam mana nak mengurat pakwe arab plak bang?

  8. Bro, mesti cun awek2 kat yaman kan? apa lagi post kan la gambo aweks2 tu kat blog ni…

  9. wah…. kelakar betul la… ape2 pn saya doakan siapa yang ingin mencube cara di atas nie berjaya …k

    A’aishah pun boleh mencuba.. hehhe. Terima kasih kerana singgah.

  10. Kalau cuba comfem k xfrust????????????????????????????????????

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: