Siapa “Kami”?

Dalam entry aku sebelum ini, aku banyak kali menggunakan perkataan “kami”. Mungkin ramai yang tak tahu siapa “kami” yang aku maksudkan. Oleh kerana entry mengenai projek Madrasah Salasilah Rasullullah ini akan berlanjutan lama lagi, baik kiranya aku perkenalkan siapa “kami” yang aku maksudkan…

Zaidi – Bertindak sebagai editor untuk projek ini. Selain itu, dia jga bertindak sebagai penolong pengarah. Zaidi adalah editor yang paling power di FM Production. Aku dan Zaidi memang banyak berkejasama. Hampir semua projek besar aku, Zaidi mesti terlibat. Dari Ziarah Rusia, Rosli Dhobi, Alexander Bukan Zulkarnain hinggalah ke projek terbaru ini.

Khair – Bertindak sebagai  jurukamera. Seorang yang sangat membantu. Pastinya, dia yang terbaik dari beberapa segi. Kami punya pemikiran “visual” yang hampir sama. Projek terakhir aku dengan dia adalah dokumenteri Si Tanggang. Itu pun setahun yang lalu.  Gembira berkerja dengan beliau.

Aswad – Jurukamera kedua. Masih muda. Single trang tang-tang. Rajin. Mengikut semua arahan. Banyak idea. Lama sungguh aku tak berkerja dengan dia sampai lupa, projek terakhir yang mana kami berkejasama.

Ustaz Salahuddin – Pegawai dari Yayasan Safa. Bertindak sebagai pemudah cara. Orang yang sangat kelakar. Tak kering gusi bila bercerita dengan dia. Ustaz hanya akan bersama kami di Yaman.

Selain itu, kami juga dibantu dengan beberapa  orang pelajar di Yaman.

Itulah “kami” yang sering aku maksudkan….

2 Respons to “Siapa “Kami”?”

  1. shafina muftahudin Says:

    salam ziarah..ramadhan yg lepas sempat melihat dokumentasi Madrasah AL Ikhwan di kedah (turut mengajar menjagaan kuda disamping ilmu agama)..berminat utk menghantar anak2 saudara yg baru menjadi anak yatim ke sana..puas menggoogle mencari alamat pengasasnya utk dihubungi..boleh bantu saya dapatkan alamat atau no .tel madrasah tersebut.terima kasih

  2. Shafina Muftahudin,
    saya telah menghantar no tersebut di email puan. tq

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: