Rosli Dhoby : Cerita Penerbit 7

Salam dari Hadramaut,

Dokumentari Rosli Dhoby nampaknya membuat blog saya dikunjungi tanpa henti. Syukur, saya rasa kesan dari drama Rosli Dhoby dan promo tak henti. syukur.

Saya dan editor kesayangan saya (zaidi) nampaknya tak berpeluang untuk menonton 7 jun ini. Kami sekarang terperangkap dalam gunung batu dan rumah tanah – Hadramaut Yaman. Kami dalam proses menyiapkan rancangan untuk ramadhan nati.

Moga semuanya gembira dan puas. Kami menanti komen dengan penuh besar hati.

Beransur dulu, internet di sini sangatlah mengecewakan. Untuk entry ini sahaja saya sudah mengambil masa 2 jam.

Salam, bye.

10 Respons to “Rosli Dhoby : Cerita Penerbit 7”

  1. tang editor kesayangan tu cakap slow sket. nanti nampak sangat semua program abang … editor kesayangan tu yang edit. kehekehehekehkehekheke

  2. 001beautifulcrazy Says:

    Saya sudah tengok Ep Rosli Dhobie .. seminit yang lalu .. bagus bangat..

  3. jesselane Says:

    salam. sebentar tadi, tepat kul 6.30pm bersiaranlah Suatu Ketika … Rosli Dhoby: Pejuang atau Pembunuh?

    Alhamdullilah, sebaik sahaja tamat siaran, sms masuk tak sudah-sudah. Semuanya mengucapkan tahniah atas garapan Rosli Dhoby. Ada yang mengaku kata tak sanggup nak tukar channel sebab tak mau terlepas peluang untuk menonton.

    Salam dari Zul 121, Wan Din, Abang Bol, dan beberapa orang teman saya di Sandakan, Sarawak dan ntv7.

    Antara yang mereka ucapkan, I feel inspired! dan berbekas dihati. Ada juga yang menangis kerana Rosli Dhoby tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya.

    Tahniah dari mereka semua.

    Tahniah saya juga untuk Zaidi. Berbaloi jugalah dia bergaduh ngan saya kerana Rosli Dhoby. (gaduh sebab tak dapat nak dating) huhuhuhu.

    Keep up the good job.

  4. Siti Fatimah Ahmad Says:

    Assalaamu’alaikum…

    Saya sudah menyaksikan dokumentari Rosli Dhobi : Pengkhianat atau pejuang ? pada 7 Jun yang lalu. Sebagai warga Sarawak, saya amat berbangga kerana pejuangannya dan begitu terharu kerana pejuangannya mendapat pengiktirafan ramai pihak. Syabas. Secara jujurnya…masih ingin mengetahui lebih lanjut lagi pejuang muda kebanggaan Sarawak ini.

  5. saya rasa bersyukur kerana ada anak melayu yang sanggup mengangkat semula kisah Rosli Dhobi ini ke layar perak untuk tatapan & pengajaran untuk semua.

    Semasa kecil, arwah saya selalu bercerita tentang keberanian Rosli Dhobi & para sahabatnya (Bujang Suntong, Morshidi Sidek & Awang Ramli).

    Terima kasih untuk perjuangan anda yang berusaha untuk menerbitkan dokumentari ini.

  6. salam tuan…apa yg tuan ketengahkn dlm dokumentari tersebut memberi impak yg mendalam kepada saya..syabas sy ucapkan kpd tuan..(tringat dgn buku mat rimau, pejuang rukun 13 seangkatan dgn Rosli Dhoby)..

  7. Salam Tuah Jebat.

    Selamat bekerja & selamat kembali.

  8. Saya terlepas documentari ini. Takde ulanagan or any other way for me to watch it?

  9. jesselane Says:

    gagak merah, siaran rosli dhoby akan diulang tayang sepanjang minggu dalam bulan ini. jangan risau, pasti boleh tengok.

  10. Generasi Abg Gudam Says:

    Tiada apa yang mampu saya katakan lagi…sejak dengan adanya dokumentari terbitan anda dan drama terbitan Wan Hasliza, ingatan saya terhadap perjuangan Rosli Dhoby sentiasa bermain di jiwa dan minda saya..saya seolah-olah telah dirasuk dengan semangat beliau dan rakan-rakan rukun 13 yang lain seperti Awg Rambli, Morshidi Sidek dan Bujang Suntong…sebelum ini pun saya telah tetunggu-tunggu sekiranya ada pihak yang sanggup menerbit / mengarah kisah beliau..akhirnya harapan saya termakbul jua…alhamdulillah…
    Sekali lagi, tahniah buat saudara!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: