Rosli Dhoby : Cerita Penerbit 9

Salam perjuangan…

Lama betul saya tidak menjengah blog ini. Kesulitan untuk mendapatkan layaran internet yang baik serta tekanan kerja yang mencengkam menjarakkan saya dengan Magnum Opus,  Rosli Dhoby ; Pejuang atau Pembunuh. Ia benar terjarak dari sudut geografi kerana saya sekarang lelah di kota Cairo untuk menyiapkan satu lagi tugasan untuk siaran Ramadhan tahun ini.

Namun Rosli Dhoby sangat sebati dengan saya. Saya sentiasa ternanti-nanti dan sentiasa teruja dengan komen dan nasihat yang semua sampaikan dari pelbagai medium.

Ada juga yang terkeliru antara tugasan saya dan Wan Hasliza. Saya sebenarnya terlibat dalam penerbitan dokumenteri manakala Wan Hasliza terlibat dalam penerbitan drama. Kami berkongsi idea. Saya menterjemah Rosli Dhoby untuk pemahaman sejarah dan impaknya kepada sejarah yang telah lama dilupakan, Wan Hasliza menterjemah karya itu untuk pengzahiran sejarah dari sudut kreatif  dan memungkinkan wajah sejarah itu divisualkan dengan sebaik mungkin.

Sehingga kini, saya masih tidak berpeluang untuk melihat karya saya atau Wan Hasliza di kaca televisyen lagi kerana saya telah pun ke luar negara pada tika ia ditayangkan di Malaysia. Saya sangat yakin Wan Hasliza telah memberi sebuah drama yang cukup istimewa hingga ada yang menyatakan ia lebih cantik dai PGL. hehe

Harap ada yang merakam setiap siri warkah Terakhir. Bolehlah saya menontonnya kemudiaan hari.

Harap anda semua akan terus memberi sokongan kepada penghasilan karya-karya sebegini. Saya secara jujur menghargai setiap komen yang anda berikan.. Terima kasih daun keladi.

Salam dari Dewan Malaysia Abbasiah, Mesir.

7 Respons to “Rosli Dhoby : Cerita Penerbit 9”

  1. bro, mesti tak sabar nak update blog kan? rilexxxxx
    balik nanti update entry banyak-banyak, biar kami semua menangis kejelesan huarghhhhhhhhhhh

  2. Lynda Hj Taiban Says:

    Sesungguhnya WTRD is th best series yang pernah saya tonton..TQ atas sumbangan ini kerana dengan ada nya karya yang berkualiti ini telah membuka mata dan hati masyarakat termasuk diri saya untuk lebih mengenali insan istimewa bernama Rosli Dhoby ini. Rosli Dhoby deserves to be honoured.

    Harapan saya moga ada yang akan tampil untuk menyelesaikan misteri di mana sebenarnya jasad beliau di tanam dan dibawa balek ke tempat asal.

    Al-Fatihah untuk allahyarham! Kamek bangga dengan pengorbanan kitak!

  3. ne wasiat terakhir rosli dhobi surat terakhirnya

  4. sebaliktabir Says:

    Selamat kembali nanti bro Syirfan..saya menunggu nih!

  5. Assalamualaikum

    Tahniah atas hasil kerja yang begitu bermutu…mengingatkan kita betapa tinggi sebuah pengorbanan untuk kemerdekaan…al fatihah untuk arwah Rosli Dhoby, Bujang Suntong, Morsidi dan Awang Ramli.

    Moga ada ada usaha untuk membuat inkues terhadap detail-detail perbicaraan mereka dimana banyak fakta telah diubah oleh pihak british

  6. kasihfieha Says:

    Gud Lucks bro..wish u all the best!

  7. Salam..

    Tahniah diucapkan kepada tenaga kerja ‘Warkah Terakhir’ yang disiarkan di Astro Citra.. Saya telah menonton dari episod pertama siri ini sehingga selesai episod akhir. Penghayatan yang dibawa oleh watak Rosli Dhoby & yg lain-lain sangat berkesan.. Saya dapat hayatinya sepanjang cerita ini. Pengorbanan Rosli Dhoby tidak harus disia-siakan oleh semua kerana pengorbanan yg beliau buat akan mengingatkan kita bahawa betapa sukar dalam membuat keputusan untuk membebaskan kita semua dari dijajah.. Semoga dengan cerita begini dapat membuka mata semua rakyat khas nya pemuda-pemudi bahawa kita harus menjaga keamanan negara kerana pengorbanan yang dibuat tidak mungkin dapat kita lakukan.

    Tahniah sekali lagi dan teruskan usaha dalam memartabatkan maruah negara..

    -aPRedNosed-

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: