Syamil, luka…

1 231

Ayah harus akui bahawa kau anak yang paling ayah rindui. Meninggalkan kau pada usia 6 bulan dan ayah hanya akan kembali pada umurmu 8 bulan membuat ayah benar-benar rasa bersalah.

Ayah akan hilang 2 bulan dalam pembesaranmu.

Terasa benar hati ayah bila umi menghantar mesej menyatakan kau telah boleh duduk dengan baik. Sewaktu ayah tinggalkan kau dulu, kau hanya mampu mengiring sahaja.

Lebih terasa bila di Syria umi menghantar mesej bahawa kau dah mula merangkak. Ayah benar-benar terpukul rindu, anakmu. Ayah tak mampu melihat rangkakkan mu yang tertama.

Namun hari-hari akhir ayah di Syria benar-benar berbekas di hati ayah. Kalau mampu, ayah mahu sahaja terbang segera ke rumah cinta kita. Ayah mahu melihat kau dihadapan mata ayah. Ayah mahu mendakap kau sesegera mungkin.

Mesej umi yang menyatakan kau jatuh tangga membuat ayah cukup rungsing. Ayah tak mampu berfikir lagi.

6736_1151360634565_1544125413_369789_4626613_n

Tertanya-tanya juga, mengapa kuat benar dugaan ini. Lelah ayah dalam kerinduan, ketakutan…

Mesej umi yang menyatakan X-Ray yang buat menyatakan kau hanya cedera di luar sahaja tidak cukup memuaskan hati ayah. Lama ayah terbuai dalam kerisauan.

Oh, anakku Syamil… percayalah kau akan kembali pulih. Senyumlah, kerana senyumanmu mampu mengubah dunia ayah dan umi…

*** Nota : Putera Syamil Zafran jatuh tangga di bahagian belakang rumah. Beliau luka di bahagian muka. Syukur keputusan x-ray menyatakan tiada luka dalaman atau pendarahan yang serius.

6 Respons to “Syamil, luka…”

  1. alhamdulillah, tiada yg serius.

    cuba memahami dan menelusuri jiwa ayah yg berjauhan.. anak ku juga kini berjauhan, waima dgn jarak 8 jam perjalanan (berkereta) shj..

  2. semasa kecil kita dulu juga begitu.. sering jatuh dalam belajar berjalan.. sering terluka saat bermain.. begitu masa kanak-kanak
    semoga semua segera pulih kembali, amin

  3. Ya Allah .. mata dia tuuu … bulat yang amat! Geramnyeee .. macam mata karektor kartun je!

    Mujur tak ada apa2 yang serius berlaku pada Syamil.

  4. Alhamdulillah… tiada yang serius… malaikat sentiasa menjaga kanak2 kecil…

  5. sedeh la baca post nih….

  6. kasihfieha Says:

    jatuh ,luka,cedera…adalah pengalaman pertamanya ,dia sebenarnya belajar erti sakit..supaya dia akan mengelakkannya jika dia bermain bersendirian …dia sebenarnya belajar erti hidup, agar bila dia terjatuh,terluka lagi nanti ,dia sudah biasa ,dia sudah kental,dia mampu menahan kesakitan.

    Semoga Putera Syamil membesar bersama semangat ,dan ketahanan! Biar dirinya terluka atau diluka, dia akan kembali bangkit dari kesakitan dan kelukaan ! Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: