“Rosli Dhoby” bawa pulang piala…

Festival Dokumentari Malaysia 2009 membawa makna baru… 94 dokumentari bertanding dalam gelanggang..

Rosli Dhoby : Pejuang atau Pembunuh tiba-tiba menjadikan aku ketar dalam malam anugerah tersebut. Tak lalu makan, serta tak selesa.

Aku benar-benat terperanjat apabila Rosli Dhoby dicalonkan dalam 6 kategori dari 10 kategori keseluruhan. Benar. Saya benar-benar takut. Antara memang atau tidak dan jadi isu nombor dua. Saya benar-benar takut dengan pencapaian ini. Rosli Dhoby merupakan dokumentari yang dicalonkan paling banyak kategori.

Bermula dengan Skor Muzik terbaik  dan Suntingan terbaik. Kredit ini sepenuhnya wajar diberikan pada Zaidi (editor dan penolong pengarah) yang tanpa jemu membuat kajian dan ujian. Gagal, gagal dan gagal. Akhirnya, Rosli Dhoby bersiaran dengan penuh emosi pasca sentuhan muzik dan suntingannya.

Rosli Dhoby juga dicalonkan dalam Sinematrografi terbaik. Wajah-wajah krew yang terlibat dalam penggambaran muncul satu persatu dalam kotak ingatan. Masih aku ingat basah peluh mereka melayan kerenah aku yang mahu memulakan pengambaran seawal pagi hingga santak azan subuh. Masih aku ingat lagi Intan yang terjelepok tidur di tangga keletihan.

Rosli Dhoby turut tercalon dalam kategori Skrip terbaik. Ini mungkin pencapaian tertingggi aku. Lebih menakutkan dalam kategori skrip terbaik, skrip Alexander Bukan Zulkarnain juga dicalonkan. Dari 5 pencalonan, aku pegang 2 pencalonan. Ia sememangnya saat aku mengingati wajah-wajah mereka yang tanpa jemu mengajar dan memberi sentuhan ajaib tentang makna sebuah penulisan skrip. Dari RTM yang mengajar aku menulis hingga Astro yang menajamkan lagi pena aku – semuanya buat aku sebak. Rasanya baru semalam skrip aku di tong sampahkan… Kredit untuk skrip Rosli dhoby ini wajar aku serahkan pada Jaya dari Astro yang sangat-sangat keras untuk menjadikan Rosli Dhoby sebuah karya istimewa.

Pengarah terbaik dan Dokumentari Ilmiah terbaik menjadi cagaran seterusnya. Untuk semua ini, kredit aku serahkan pada Aman (penyelidik dan Penolong Penerbit) yang tak pernah mengecewakan dalam kajianya serta Intan (Penolong Penebit) yang sentiasa mengiakan setiap arahan. Terima kasih juga pada Abang Bol Hassan (anak saudara Rosli Dhoby) yang tak pernah berkata “tidak” pada saya. Terima kasih pada semua kawan-kawan di FM Production yang memberi ruang kepada karya ini. Terima kasih pada tenaga kerja di Astro yang mengizinkan Rosli dhoby bersuara.

Pada penghujungnya, “Rosli Dhoby” tersenyum kerana memenagi anugerah Dokumentari Ilmiah Terbaik serta menjadi salah satu dari 4 dokumentari yang bakal merebut anugerah Dokumentari terbaik Malaysia di Festival Filem Malaysia awal bulan hadapan.

Bila sang wartawan bertanya pada aku sebaik sahaja memenangi anugerah ini tentang perasaan dan harapan peribadi untuk memenangi dokumentari terbaik Malaysia awal bulan depan, aku dengan yakin berkata “dengan anugerah Doku Ilmiah terbaik, dicalonkan dalam 6 kategori serta saya dikelilingi oleh kawan-kawan yang pasti bersama dan menyokong saya dalam penerbitan yang lain, saya sudah menang. saya tak perlu berharap lagi. masa depan masih jauh. Anugerah ini hanya sebuah permulaan kecil. Doalah masa depan yang lebih cerah…”

Aku rasa, makam pahlawan di Sibu wangi malam tadi…

12 Respons to ““Rosli Dhoby” bawa pulang piala…”

  1. HWAAA.. ikut senang dan bangga syirfan!
    Alhamdulillah..

    nakjaDimande
    Terima kasih atas sokongan. Sangat menghargainya…

  2. bucungdutcum Says:

    Congrats bro – Flying colors again

    Bro,
    Terima kasih. Bila nak belanja minum teh tarik?

  3. 001beautifulcrazy Says:

    TAHNIAH!!!!!!!!!

    Ina,
    Ini semua kejayaan kita bersama.

  4. salam.

    tahniah buat bro syirfan. semoga anugerah memacu lagi semangat.🙂

    Tq, Moga kita semua sama-sama sukses…

  5. sebaliktabir Says:

    TAHNIAH !!!!!!!😀
    TUMPANG GEMBIRA…

    bro, terima kasih atas doa dan harapan…

  6. salam Syirfan,

    Tahniah buat sdra..:-)

    Saya harap saya berpeluang menontonnya.

  7. Congrates bro. Proud of you. keep the award winnings program coming

    Bro, kejayaan kita bersama…

  8. … maksud saya; dalam satu kompilasi DVD..

    Saya usahakan agar CD Rosli Dhoby sampai ke meja tuan.. Terima kasih

  9. Aman the researcher Says:

    Thanks Bro…2 tahun yang memenatkan dan menjadikan hari2 kita gila.Saya sentiasa ingat kejayaan ni.Maybe kita akan ke satu level lagi.Harap saya boleh jadi research topik lain>Hidup Rosli Dhobie!!


    Aman, awak layak menikmati kejayaan ini…tahniah

  10. tahniah atas kejayaan…dokumentari tersebut sememang berada dikelas tersendiri…moga terus menghasilkan produk luar biasa di masa akan datang

    Tq bro… Sangat menghargainya..

  11. Salam…tahniah buat semua…
    Insya Allah, setiap apa yg kita lakukan dgn ikhlas, pasti Allah janjikan ganjaran wpun sebesar hama…

    Terima kasih kembali…

  12. Tahniah.. macamana nak download dokumentari tu.. nak tayang kat Skul..

    Suhana,
    Hubungi saya di talian 013-6668671

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: