Tarim – Kota Rahsia

hadramaut sanaa 310

Berpeluang sekali lagi menjejakkan kaki di Yaman tidaklah teruja seperti dapat menjejak kaki sekali lagi ke Moscow, Alexandriah, Thesaloniki atau pun St. Peterburg. Namun, bila takdir bersuara, aku tiba-tiba jadi seram sejuk.

Pada peringkat awal, kami dijangka hanya akan menjelajah Kota Lama Sanaa ataupun singgah di Dzafar dan  Maarib. Namun tiba-tiba Yaman dilanda petaka. Yaman akan dijangka akan mengalami peperangan. Malangnya Dzafar dan Maarib akan jadi lokasi peperangan.

Hanya wujud dua pilihan untuk masa itu. Pertama, keluar dari Yaman segera atau pergi ke lokasi yang mustahil akan diganggu gugat oleh peperangan. Selepas perbincangan, kami semua setuju untuk ke lokasi yang dikatakan tidak akan terlibat dalam peperangan. Dalam akal kami, tugasan untuk menyiapkan Madrasah Salasilah Rasullulah ini mesti dibereskan.

hadramaut sanaa 405

Tertanya juga, Yaman Utara dan Yaman Selatan sedang merangka perang – namun kenapa lokasi yang bakal kami kunjungi tidak akan disentuh dalam peperangan?

Dengan USD 100 setiap seorang, kami membeli tiket kapal terbang untuk ulang alik. Pada asalnya kami mahu mencabar diri dalam perjalanan darat sekitar 15 jam. Namun atau nasihat kenalan disana yang menyatakan bahawa laluan darat akan membawa kami melalui zon perang, kami akur.

Lokasi utama kami adalah kesebuah kota – Tarim.

Kota Tarim terletak dalam negeri Hadramaut. Tarim juga terletak dalam daerah Seiyun di selatan Yaman. Tarim adalah Bandar kesayangan keturunan ahli keluarga Rasulullah sepertimana Madinah. Kota ini di katakan diasaskan pada kurun ke 4 sebelum masihi.

Bandar Tarim menyimpan pelbagai rahsia yang tersirat dan juga dikenali sebagai Bandar Al-Siddiq.  Penduduk Tarim merupakan kumpulan penduduk terawal membai’ah Saidina Abu Bakar Al-Siddiiq sebagai khalifah Islam yang pertama.

Lantaran itu, Saidina Abu Bakar telah mendoakan kesejahteraan penduduk Tarim dengan tiga permohonan. Pertama, supaya Bandar tersebut berada dalam keadaan makmur. Kedua bekalan air tidak akan putus hingga kiamat dan ketiga kota Tarim didiami oleh ulama yang soleh dan akan terus bertambah setiap masa.

 Itu sebabnya dikatakan pada suatu masa dahulu, Tarim mempunyai  10 ribu wali Allah.

hadramaut sanaa 514

Tarim adalah kota ilmu. Kota yang melengkapkan makna Islam. Tiada apa yang dikejar disitu kecuali ilmu. Tiada polis, tiada perompak. Semuanya bergerak atas satu urusan – kerana ALLAH.

Kota Tarim sememangnya sunyi sepi menjelang jam 8 pagi hingga 12 tengahari. Inilah uniknya kota Tarim. keadaan panas membawa keunikan tersendiri. Di kota yang jarang menerima hujannya ini, jam 8 hingga 12 tengahari merupakan waktu yang panas. Mereka tidak keluar rumah pada waktu ini. Kebanyakan mereka tidur pada waktu ini.

Mungkin juga mereka sudah mengantuk kerana mereka bangun seawal jam 3 pagi untuk menunaikan Subuh.

 Selebihnya, Pekan Tarim sunyi…  sepi..

Apabila azan kedengaran, mereka bergerak ke masjid bagaikan soldadu perang dipanggil untuk menunaikan perang. Segera, pantas dan tiada yang terkecuali.

Masa selebihnya adalah untuk pendidikan. Terlalu ramai pelajar agama yang memenuhi setiap ruang Kota Tarim. Saban hari  sentiasa ada kelas agama. Setiap sudut, setiap masjid dan setiap Madrasah. Kami yang hadir terasa diri terlalu kecil. Tiada yang bergerak atas urusan dunia…

Dari realiti itulah baru kami faham mengapa Tarim tidak mungkin terkena bedilan mortar atau hujan peluru. Antara Yaman Utara atau Yaman Selatan faham, jika Tarim musnah, maknanya mereka baru sahaja memusnahkan kota Islam dan menafikan doa Saidina Abu Bakar…

Mampukah menanggung dosa sebesar itu? Maka tinggallah Tarim sebegitu…

Satu Respons to “Tarim – Kota Rahsia”

  1. salam.

    terima kasih sudi berkongsi info yg berguna ini.

    Kembali Bro. Moga ada manfaatnya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: