Bapak Menteri – Saya mahu minum kopi manis tahun ini!

Kopi yang baru saya minum sebentar tadi tiada manisnya…

Bapak Menteri yang saya sayangi… Bagaikan sebuah drama yang diulang tayang, kekurangan bekalan gula dalam pasaran sudah pun berlaku. Seperti yang difahami oleh semua bahawa inilah tanda bahawa musim perayaan bakal tiba. Tanda ini hadir lebih awal dari lagu-lagu raya berkumandang di radio atau semua wanita sudah mula berpuasa (?).

Untuk itu saya pohon dari Bapak Menteri untuk membuat tindakan segera dan waras. Saya rakyat marhaen ini tidak lagi mahu ditipu atau diberi janji-janji palsu seperti tahun lepas – “bekalan gula akan sampai segera”. Tahukah Bapak menteri bahawa “kuih raya” tahun lepas tawar rasanya!

Bapak Menteri yang kami beri undi… Mohon beri tindakan tegas kepada peniaga-peniaga yang menyukarkan kami untuk mendapatkan gula. Mohon beri pemantauan segera. Mohon beri perhatian. Mohon usaha segera. Saya tak mahu mencarut lagi…

Tahun lepas, ada bapak menteri hadir di pasaraya besar dan berkata “lihatlah, bukankah gula ada cukup di pasaraya ini…”. tapi percayalah bapak menteri, pada hari yang sama saya memasuki 20 buah kedai runcit untuk mendapatkan 2 kg gula kasar! Percayalah, saya menyumpah seranah sepanjang usaha mendapatkan 2 kg gula itu.

Bapak Menteri harus tahu bahawa bila Bapak Menteri mahu hadir ke pasaraya tertentu, semua mahu bapak Menteri tersenyum sahaja. Mereka letak bekalan gula sebanyaknya di pasaraya itu, tapi hakikatnya tiada gula di kedai-kedai runcit.

Kalau tidak percaya, cuba Bapak Menteri memakai pakaian marhaen seperti kami dan pergi ke pasaraya tersebut berseorangan. Jika Bapak Menteri boleh membeli 3 kg gula kasar, Bapak Menteri memang orang yang hebat.

Bapak Menteri yang pastinya sibuk… Itu saya yang mengganggu fikiran saya buat masa ini. Mohon maaf ya Bapak menteri. Satu isu kecil yang mungkin kecil bagi Bapak Menteri. Bagi saya ia isu besar kerana – saya mahu kopi yang manis tahun ini!

3 Respons to “Bapak Menteri – Saya mahu minum kopi manis tahun ini!”

  1. entri yg menarik dan mendalam, bro.. berhemah tapi tajam..😀

    Bro…
    Moga tak berlaku lagi peristiwa pening cari gula tahun ini… hehehe

  2. kasihfieha Says:

    hehe..saya pun mahu perkahwinan yang manis tahun ini…

    Fiha,
    Saya doakan moga ia manis…

  3. Saya juga tak mahu kek saya tawar saja…

    Farrah,
    Berdolah menteri membuat kerjanya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: