Tuhan sedang menduga…

IMG_0092

Lama benar saya tidak menjengok laman blog ini. Tugasan untuk melangsaikan “Madrasah Salasilah Rasullulah” benar-benar menyulitkan masa dan akal saya. Walaupun ia sebuah perjuangan peribadi, namun cabaran dan tekanan untuk melangsaikan 26 episod kali ini benar-benar berdarah. Dalam hati saya berkata “tuhan sedang menduga…”

Penggambaran untuk program kali ini bermula 1 Jun yang lalu.  Cabaran pertama di Yaman dikejutkan dengan ancaman perang di sana. Tiada pilihan lain, kami semua harus melunaskan tugasan di sana antara mahu atau tidak. Tuhan sedang menduga…

Panas membakar di Tarim. Namun keperitan yang sebenar bila hanya mampu menyiapkan 2 episod di sana. Rangka awalnya 4 episod. 2 episod lagi hanya mampu disiapkan 50 peratus. Selebihnya dihalang untuk disiapkan atas alasan yang masih sampai kini saya pertikaikan. “Sabarlah, ini tanah yang diredoi” kata kawan. Saya setuju. Tuhan sedang menduga…

Di Mesir semuanya nampak cantik di kertas. Wajah baru program yang menampilkan “look and feel” yang sungguh berbeza untuk ramadan kali ini berjaya diselesaikan dengan mata kuyu dan lutut menggigil kerana keletihan dan tidak cukup tidur. “Tidak mengapa, kita banyak dosa dengan tuhan. Tuhan sedang mencabar kita dalam perjuangan ini…” Saya akur. Tuhan sedang menduga.

Di Syria, saya benar-benar dicabar. Kementerian Dalam Negeri Syria menggesa kami memberhentikan penggambaran atas alasan telah wujud satu kemungkinan – semua madrasah di Syria akan ditutup. Penggambaran baru bermula, bagaimana mungkin saya pulang tanpa visual dan cerita di tangan? Terpaksalah saya dan kawan-kawan menggunakan kemahiran masing-masing secara total. Pada tika polis perisik mengikuti kemana saya dan Cameraman 1 pergi, Cameraman 2 bergerak ke arah lain untuk penggambaran. Itulah kami yang berusaha juga untuk melunaskan tugasan. Akhirnya, hanya satu sahaja episod yang gagal dilaksanakan kerana kedudukan keselamatan kami yang kami yang  mendebarkan. Tak rela tidur dalam sel penjara bawah tanah. Semua ini kami terima dengan tenang. Tuhan sedang menduga.

Namun cerita di Syria belum cukup mencabar saya. Saya dihukum pula dengan laporan N1H1 di Malaysia. Isteri saya berkemungkinan suspek n1h1! Bagaimana mungkin saya berkerja di sana pada tika isteri deman teruk sedang mendapat pengesahan di Hospital Kuala Lumpur? Tuhan sedang menduga…

Tidak cukup dengan itu, 2 anak saya juga demam panas. Keduanya berkunjung ke HKL. Isteri menghantar khabar “jangan risau. kami ok!” Bagaimana mungkin saya sabar? Tuhan sedang menduga.

Hari-hari akhir di Syria makin melonglaikan saya. Panggilan telefon dari isteri yang menyatakan anak kecil kami jatuh tangga dan sedang berkejar ke Hospital Putrajaya membuat saya hilang pedoman. Mahu saya saya terbang ke Kuala Lumpur pada tika itu dan meninggalkan kawan-kawan yang sedang berjuang untuk menyiapkan Madrasah Salasilah Rasullulah. Apa rasa hati saya mendapat gambar anak kecil yang berumur 8 bulan kami yang luka berdarah di muka. Apa rasa hati saya bila mengenang sejauh mana susahnya isteri yang dalam pemantauan sebagai suspek N1h1 mengendong anak di Hospital. Tuhan sedang menduga.

Di rumah, saya jangka semuanya telah berakhir. Hari kedua di rumah, pada tika saya belum lagi tidur semenjak pulang dari Syria dikejutkan dengan anak sulung saya luka ditangannya terkena kaca. Darahnya yang mengalir antara jari-jari saya membuat saya menjerit beberapa kali nama tuhan. 7 Jahitan di tangannya membuat saya sesal. Tuhan sedang menduga.

Saya jangka perjuangan ini selesai bila saya telah berada di Kuala Lumpur selepas 2 bulan dalam kembara. Dalam operasi menyiapkan skrip dan editing Madrasah tidak juga melegakan saya. Banyak cerita yang berlaku hingga saya mahu muntah. Saya sudah tidak tahu apa itu kekuatan dan apa itu kelemahan. Saya cuba menjana kekuatan tapi  persekitaran saya tidak mengizinkan. Putera sulung yang saya perlu bawa ke hospital untuk membersih luka selang 2 hari sangat sukar saya untuk saya laksanakan akibat beban kerja dan masa yang benar-benar cemburu. Saya kian pasrah. Tuhan sedang menduga.

Beberapa hari lalu putera kecil saya meragam. Badannya merah dan deman. Saya dan isteri kembali berlari ke Hospital. Darahnya di ambil. Doktor kata “mungkin denggi…”. Hati saya berkata “sampai bila dugaan ini akan berakhir”. Bila anak saya makin pulih setelah mendapat rawatan saya kembali berfikir “mungkin banyak dosa aku pada tuhan”. Perjuangan menyiapkan Madrasah mesti aku teruskan. Tuhan memang benar-benar sedang menduga…

Kini, hari-hari yang saya lalui terasa berat benar. Tiada lagi cuti semenjak pulang. Setiap saat adalah emas pada saya. Tekanan demi tekanan sampai. Dalam hati berkata “biarlah, mereka tidak mengetahui..” Tapi saya yakin, tuhan menguji itu ada sebabnya. Perjuangan menyiapkan Madrasah Salasilah Rasullulah harus juga saya laksanakan… Ini janji kerana ini perjuangan peribadi saya.

Namun saat-saat hujung ini saya sering tertanya pada diri saya sendiri- “Berbaloikan perjuangan ini?”

10 Respons to “Tuhan sedang menduga…”

  1. ibukumbang Says:

    Amalkan ayat ke 200 surah Ali-Imran. Sabar ye abang syirfan!

  2. bisa syirfan.. semua bisa lalui ujian
    teruslah berjuang..

  3. allah tidak akan memberi seseorang hambaNya sesuatu dugaan kalau dia tau orang tu tak leh nak handle… be strong..

  4. kasihfieha Says:

    Fuh! hanya mereka yang tabah dan sabar dapat melalui semua ini! Syabas Abang Syirfan.Insyaallah dugaan Tuhan itu pasti dibalas dengan kemanisan kejayaan!

  5. salam…en syirfan…minat saya dengan hasil kerja anda..baru semalam saya menonton ziarah 2 ulangan..anda begitu berbakat sekali dalam bidang penerbitan..tahniah..dan selamat maju jaya…SUKSES SELALU
    Dari saya,

    Muhamad syukri dzun nurin
    http://syukury.blogspot.com/

  6. bucungdutcum Says:

    Pasti ada hikmahnya, yang besar bakal menanti

  7. salam en.syirfan..saya amat meminati hasil kerja anda…dan ingin saya perkenalkan anda pada rakan blooger yang lain…walau anda diketahui sudah dikenali..tapi saya amat berminat nak menulis tentang anda…diharap anda dapat memberi kerjasama pada rakan blogger yang lain…terima kasih..salam perkenalan,salam ziarah pegerat ukhuwah

    wslm

  8. lain macam dugaan ni, ingat rosly dhobi? sebab byk dugaanlah leh menang, ntah2 Madrasah pun camtu, siapa tahu kan?

    tapi mcm biasalah, berat mata memandang, berat lagi badan gua!

    semoga sukses buddy!

  9. salam tuah jebat

    Allah menduga kerana Allah sayang pada hambaNYA.

  10. Keikhlasanmu berjuang semata-mata kerana Allah akan membuahkan hasil yang manis dipenghujung nanti.Maybe… u should leave the words ‘ perjuangan peribadi’ kerana ana rasa you have started something pure for our religion and not only yourself.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: