cerita dari tanah yang diberkati…

Malam ini, Madrasah Salasilah Rasullulah membawa cerita tentang seorang anak muda Malaysia yang mengabdikan diri pada ilmu di Ribath Tarim, Hadramaut.

Inilah yang meletakkan Mohd Zulfadli b. Mohd Rafaie atau lebih selesa dipanggil  Ali menjadi anak melayu yang istimewa. Merantau jauh dan tegar berdiri di kota lama Tarim. Bila kawan-kawan lain menikmati bangunan moden mencakar langit, Ali menikmati bangunan usang yang dibina dari tanah.

Pada tika kawan-kawan sebaya merantau di negara 4 musim, rela membakar diri dalam kehangatan cuaca di kota yang terlalu sukar menerima hujan.

Namun dia tinggal bukan di kota sebarangan. Dia tinggal di kota yang pernah menempatkan 10,000 wali Allah. Dia tinggal di kota yang pernah didoakan oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.

Dia tinggal di kota yang menempatkan makam para syuhada Badar. Dia tinggal di kota yang menempatkan keturunan Rasulullah.

Dia tinggal di kota yang  dijanjikan dengan air yang tidak putus-putus hingga hari kiamat…

Saksikan keistimewaannya…

2 Respons to “cerita dari tanah yang diberkati…”

  1. aku tak bisa saksikan program itu syirfan..
    tapi dari ceritamu aku tahu bahwa semuanya pasti istimewa

  2. pembaca setia Says:

    assalamualaikum wbt,
    saya nak ucapkan tahniah atas rancangan ini, memang saya tunggu2 setiap episodnya
    harapan saya cuma satu, agar rancangan ini diadakan setiap tahun, terdapat banyak madrasah2 yang boleh saudara jelajahi, hatta di tanah air kita sendiri insya Allah

    saya juga nak cadangkan agar dapat keluarkan VCD atau DVD, saya teringin utk memiliki koleksi berharga sebegini

    terima kasih, semoga sentiasa dlm rahmatNya

    Pembaca setia. Terima kasih kerana sudi menonton dna menghargainya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: