Kartika dan kekalutan kita

gambar Metro

gambar Metro

Kartika Sari Dewi Shukarnor,  pada 20 Julai lalu dijatuhkan hukuman maksimum enam sebatan dan denda RM5,000 terhadapnya selepas dia disabitkan kesalahan meminum arak.

Menariknya – dia bersedia untuk menerima hukuman itu.

Kini, pelbagai pihak muncul memberi pelbagai variasi komen dan nasihat. Antara betul atau salah nasihat dan komen itu, itu cerita lain… Sepanjang mengikuti kes ini semua kita melihat satu senario kalut yang cukup memualkan.

Kekalutan makin jelas bila Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Ismail Yahya pula tiba-tiba menyatakan bahawa penahanan dan hukuman sebatan dikenakan kepadanya sebagai melampaui batasan.

“Dalam kes ini, Kartika hanya boleh dipenjara sekiranya gagal membayar denda RM5,000, tetapi saya difahamkan dia sudah menjelaskannya. Justeru, (dengan pembayaran denda) hukuman sebatan terhadapnya tidak boleh dijalankan,” katanya.

Hari ini, kekalutan makin memuncak!

Hukuman sebat ke atas Kartika , ditangguhkan pada saat akhir.

Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Sharifuddin Zainal Ariffin berkata, hukuman tersebut ‘tidak dapat dapat dilaksanakan sekarang’.

Kalut lagi – Kartika pula membuat laporan polis kerana pihak terbabit gagal melaksanakan hukuman tersebut.

Kes ini sepatutnya jadi contoh dan pedoman tentang betapa indahnya menginsafi kesilapan. Kini, Apa yang kita boleh pelajari dari kes ini adalah semata-mata kekalutan!

3 Respons to “Kartika dan kekalutan kita”

  1. Tengok pula, apa tindakan terhadap para artis yang terang-terang juga meneguk arak.

    betul…. sokong….

  2. sebaliktabir Says:

    entahlah bang..sedangkan ada menteri yang terang-terang bagi pandangannya sendiri… kita ni kalut dengan undang-undang yang kita ciptakan sendiri…. Salam Ramadhan..bila nak buka puasa sama?😀

  3. ezil alexandria Says:

    depa ni nama jer menteri… belajar tinggi.tapi akai pendek… yg dok gubal undang syariah tu buat hapa. ikut jerlaa yang rasulullah dah ajar. (takut sultan pahang lak kena tangkap tonggang)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: