Kepercayaan…

Semalam seorang kawan mengajar saya sesuatu. Sesuatu yang mungkin dilihat sebagai subjek yang biasa tetapi bila dinilai semula, ia satu subjek yang perlu penaakulan yang lebih.

Saya sering membuat pertanyaan perbezaan antara kepercayaan dan keyakinan. Kalau orang bertanya,  saya sering memberi contoh – kita akan percaya bahawa pemanah itu memang seorang memanah yang hebat kerana boleh memanah buah epal yang berada di atas kepala seseorang. Yakin pula merujuk kepada tahap kita untuk merelakan pemanah itu memanah dengan menjadikan sasaran epal yang berada di atas kepala kita sendiri. Adakah kita yakin dia akan memanah tepat buah epal itu?

Kawan saya berkata pada saya semalam – hubungan antara manusia diikat pada tali yang paling halus. Tali itu bernama kepercayaan. Ia boleh putus bila-bila masa dan bila ia terputus, sangat sukar untuk mendapat tali itu semula. Saya akui tentang itu.

Apa pula yang memungkinkan tali kepercayaan itu putus? Ketidakjujuran!

3 Respons to “Kepercayaan…”

  1. salam bang…apa khbar?ermm…dah habis kan dengan madrasah salasilah rasullulah..saya baru berkesempatan menonton hari ini…menarik juga…teruskan usaha menjejaki ahlul bait yang amat dikagumi itu…slmt berpuasa dan salam…

    muhamad syukri dzun nurin

    MSDN,
    Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan… Sangat menghargainya…

  2. sebaliktabir Says:

    Dalam aqidah Islam, percaya dan yakin ini amat ditekankan.

    Cukupkah kalau percaya sahaja tapi tak yakin?

    Wallahu’alam.

    Bro, tapi dalam rukun negara hanya sebut kepercayaan kepada tuhan, bukan keyakinan? macam mana tu…

  3. cukuplah ada kepercayaan jika kita susah mahu yakin, hehe…

    Anakkawi,
    cukupkah kepercayaan itu tuan? hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: