Rosli Dhoby kembali hidup…

Rosli Dhoby kembali hidup…

9416_1126697087952_1242912409_30366998_4698716_n

Kali ini hidup bukan lagi dalam kepercayaan keluarga terdekat sahaja, tetapi hidup mekar dalam ingatan masyarakat yang mengetahui suatu masa dahulu pernah lahir seorang pejuang bernama Rosli Dhoby.

Gambar diatas adalah tugasan yang sedang dilaksanakan oleh seorang pelajar Unimas (Farah Othman) dengan judul Final Year Project Edition~ Chronological History of Rosli Dhoby”. Saya tak sabar menanti hasilnya.

Sebuah galeri sejarah memperingati Rosli Dhoby juga sedang giat dilaksanakan oleh seorang guru (Suhana Sarkawi) di Kuching. Sekali lagi saya kian teruja.

Bukan untuk berbangga, tapi saya mula faham bahawa apa yang tersiar di kaca  televisyen boleh mengubah sejarah sebuah negara, sebuah bangsa serta mengubah persepsi yang mungkin telah terjajah sekian lama jika ia dilaksanakan dengan betul.

Penggiat media punya kuasa istimewa untuk menentukan kemana alur pemikiran wajar mengalir. Namun, jika salah arahnya, bisa rosak satu negara…

Sejarah akan terus bersuara dan membantu kita… percayalah…

* Untuk Farah dan Cikgu Suhana- selamat menghadam sejarah!

5 Respons to “Rosli Dhoby kembali hidup…”

  1. sebaliktabir Says:

    abg pernah ajar saya, “kita tak mampu nak ubah sejarah”.
    Tapi kita mampu ubah persepsi masyarakat tentang sesuatu sejarah itu berlaku.

  2. 001beautifulcrazy Says:

    Abg pernah ajar saya.. ubah sejarah diwikipedia.. kakakakaka..

  3. Suhana Sarkawi Says:

    Salam Saudara Syirfan,

    Terima kasih kerana saudara juga telah ‘menghidupkan’ sejarah. Siapa lagi yang mampu dan sanggup berusaha mengenang sejarah negara dan pahlawan yang berjuang untuknya jika bukan kita, rakyat Malaysia sendiri. Mungkin kita tidak berpeluang atau mampu berkorban ebesar mereka, namun kita berjuang memartabatkan bangsa dan negara dengan cara kita yang tersendiri dan dengan jalan yang berbeza.

    Terima kasih atas bantuan saudara dan semua!

    Suhana,
    Itu tugas kita semua. Suhana juga tidak kurang hebatnya…

  4. Sejarah harus dititikberatkan kepada generasi muda kini. Sejarah adalah ulangan. Seharusnya kisah lampau yang telah berlaku benar-benar dijadikan pengajaran.

    Benar… Terima kasih kerana singgah…

  5. Salam… terkejut nama sy ada dlm blog abg syirfan..hehe..
    Minggu lepas Fara bentang thesis fara…:) respon positif dari pensyarah saya.. harap2 sy dpt hasilkan infografiks yang baik untuk projek ni, insyaAllah.. Terima kasih x terhingga abg syirfan,tanpa pertolongan abg syirfan, sy x mungkin dpt kumpul maklumat sebanyak itu..🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: