Cerita dari Masjid Amru Ibnu Al-Ash Asafirah

IMG_5196

Dia bergelar Syeikh pada usia yang sangat muda. Bidang Kepakarannya adalah perbandingan agama. Dari susuk tubuh saya sendiri mengakui dia terlalu muda untuk mempunyai gelar Syeikh. Namun itulah keistimewaa Syeikh Alaq.

Lahir dalam keluarga ulama dan pendidik terbilang dari Universiti Al-Azhar, Syeikh Alaq meneruskan kesinambungan warisan keluarganya. Dengan ilmu yang ada, dia menyampaikan segala ilmu dengan penuh sabar dan yakin bahawa itu adalah pilihan terbaik.

IMG_5177

Bila hadir mengikuti aktiviti hariannya, saya sendiri terkejut. Dia mendambakan diri pada pendidikan anak-anak kecil di Iskandariah. Dia jadi ibu pada anak-anak kecil ini. Bila kami yang hadir di masjid ini melihat kegigihan beliau, kami yakin bahawa Syeikh Alaq bakal menjadikan rancangan kami menarik.

Dia bukan sahaja menjadi guru agama. Dia juga guru muzik. Dia juga jurulatih bola. Malah, dia juga merupakan kawan kepada anak-anak kecil ini. Dia adalah syeikh besar untuk anak-anak kecil…

IMG_5218

Inilah cerita unik yang bakal muncul dalam Madrasah Salasilah Rasullulah malam ini. Cerita dari Masjid Amru Ibnu Al-Ash Asafirah, Iskandariah, Mesir.

13 Respons to “Cerita dari Masjid Amru Ibnu Al-Ash Asafirah”

  1. tak bisa tonton, baca tulisan syirfan tentang itu semua sangatlah membuat aku senang.. terimakasih syirfan..🙂

  2. Salam…
    Alhamdulillah kesemua episod dalam Salasilah Rasulullah ini sudah saya tonton. Menariknya tentang episod ini terutama perjalanan pelajar dalam mencari setitis ilmu di rantauan. Saya tertarik dengan pelajar yang berada di Yaman. Bawak motosikal lama macam Bratt Pit dalam filem Benjamin Button! Macho…Yang canggihnya bagi pelajar yang menuntut di Singapura dan Mesir. Semua teknologinya lengkap tak seperti belajar pondok di Thailand. Sampai mak saya pun tak ‘miss’ tengok rancangan itu. Allahamdulilla semoga perjuangan ini diteruskan hingga ke mati

  3. salam wbt.
    ada tengok cerita dari masjid ni semalam, tapi seperti namanya ditaip ‘Syeikh A’la’ kat Tv. nama beliau Syeikh Alaq ek abg syirfan? syeikh ni menyenangkan hati dengan senyuman. seronok betul tengok dia share masa dengan anak² yatim, nyeberang jalan, bawak main sama², isi waktu kongsi ilmu dgn semua tak kira usia. kat negara kita susah betul nak jumpa orang begini kan. mungkin ada, tapi tak taulah. seperti masih ada gap antara org biasa dgn org tahap ulama. atau mungkin kerana ulama negara kita banyak yg berusia agaknya..

  4. sy amat suka dgn sheikh ni..cara die melayan anak kecil, menghormati org2 tua..teringin nk jupe bila ada rezeki ke sana

  5. sakinah binti jalil Says:

    alhamdulillah,siaran tentang sheikh alaq ini berjaya membuka hati saya agar menjadi seperti beliau.walaupun baru berusia 24 thn beliau dijangkakan akan menjadi ulama yg besar dlm masa 3 thn lagi.saya ingin menjadi seperti beliau dan kini menjadi tokoh cemerlang saya.tahniah dan syabas sheikh alaq.

  6. sakinah binti jalil Says:

    beliau seorang yang menghormati orang tua ,mengasihi kanak 2 ,sering mengdakan aktiviti 2 di masjid,membawa kanak 2 bersiar-siar ,sering berceramah dan seorang yang mantap ilmunya dan tiada tolok bandingnya.SUBHANALLAH sesungguhnya saya cukup kagum dengannya dia juga sangat berhemah dan sopan santun ketika berbicara.saya berharap agar rncangan madrasah salasilah ini diteruskan,wasalam.

  7. alhamdulillah..beliau mg guru yg sgt baik..sy mngikuti pengajian nya dr pagi dan slepas asar..alhamdulillah..beliau mg gigih..

  8. Mawaddah,
    Yap. Dia memang istimewa. Mawardah di Alexandria ke sekarang? jika jumpa, sampaikan salam saya. Assalamualaikum…

  9. Insya Allah..ya..sy d alexandria skrg..mc giat dalam stiap aktiviti yg beliau jalankan..alhamdulillah..bahasanya mudah d fahami..dan bnyak mmbantu sy krn sy juga pelajar tahun satu d sini..:)

  10. Nor Muhaimin Naim Ibrahim Says:

    Assalamualaikum,rasa terharu dengar cerita tentang syaikhuna alaa.tapi sebenarnyer dia lebih dari yang dijangkakan.ilmunyer yang bertepatan dgn akhlak dan adabnyer.skrg para mahasiswi Iskandariah juga telah menjadi anak muridnyer.InsyaAlllah satu hari nanti kami akan menjemput beliau dtg ke Malaysia.InsyaAllah biiznillah

  11. syekh a’la memang seorang yg tinggi ilmunya..baik hati dan mengasihi knk2..byk m’bantu kami dlm pljrn..terima ksh..syeikh..jasamu dikenang..smg allah m’berkatimu..smg d’p’mudahkn khdpn seharian

  12. em..alhamdulillah…skrng ni syeikh sdg sakit..same2 kte doakan moga Allah menyembuhkan Syeikul alaq ye….

  13. Salam Afiqah,
    Saya juga dapat khabar yang syeikh sakit. KAlau ada rezeki memaang saya hendak terbang ke sana menemui syeikh untuk melengkapkan janji kami. Doalah bersama… Mohon beritahu perkembangan terkini tentang syeikh ya. salam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: