Al-Barakah di TV9

Selepas sekian lama bermain di laman yang sama, FM Production akhirnya bermain pula di laman baru… TV9.

Al-Barakah muncul setiap malam isnin, 9.30 malam bermula malam ini. Al-Barakah adalah program TV pertama yang dilaksanakan hasil kerjasama FM Production dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Al-Barakah wajar sahaja digelar sebuah program majalah, namun Al-Barakah di tangan penerbitnya, Nora mengubah wajah majalah itu sendiri. Ia lebih segar dari sebuah program yang pasti dilabelkan sangat lembab dan lembik akibat ia dikatakan sebuah program yang agak islamik.

Program ini memaparkan koleksi kejayaan yang terhasil dari penat lelah dan huluran bantuan. Asnaf-asnaf dari LZS bangun atas kesedaran untuk berdiri sama tinggi dengan masyarakat yag lain. LZS dengan sedaya mungkin membimbang mereka semua untuk keluar dari kepompong kemiskinan yang cukup menghimpit.

Bersama Akhtar Sahari yang bertindak sebagai presenter. Saya hanya bertindak sebagai penerbit penyelaras

Bersama Akhtar Sahari yang bertindak sebagai presenter. Saya hanya bertindak sebagai penerbit penyelaras

Jika ada yang mahukan program air mata persis “Bersama mu” lupakan. Penerbitnya hanya memaparkan kesedaran, keinginan, penah lelah dan manisnya kejayaan…

Dengan target setengah juta penonton yang diharapkan oleh TV9 pastinya menjadikan penerbitnya tidak beraya sakan tahun ini…

Lupakan tisu malam ini. Malam ini adalah malam untuk menyedari bahawa kita boleh berjaya jika kita berusaha ke arah itu!

9 Respons to “Al-Barakah di TV9”

  1. satu usaha yg bagus. terkadang umum tertanya2 ke mana wang zakat mereka disalurkan..

  2. Tahniah bro, dah tengok malam tadi…tentang Ibu tunggal…
    perkara yang menarik yang perlu diketahui masyarakat umum dan Muslim khususnya.

  3. Good initiative

  4. Salam…
    Rancangan yang bagus…memberi kesedaran pada sy pentingnya mengeluarkan zakat iaitu proses mensucikan harta sepencarian kita. Rancangan ini mmg ada identiti tersendiri…

  5. Pada semua, terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan…

  6. di sebalik tabir al-barakah….

  7. noraitusaya Says:

    Setengah juta itu keterlaluan yer en sims…

  8. Al-Barakah akan membuat liputan di Kursus Hijarahku Bina Insan, Excel Training Resorts Lenggeng, 25 Okt 2009. Program yang dikendalikan oleh Fitrah Power Resources.

  9. mohd.azanam Says:

    saya ingat mendapat copy program tv baraqah bagi episod yang menceritakan kisah hidup hj.mohd.nor dahakim yang beliau mendapat bantuan zakat negeri selangor

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: