Aku kembali di Lorong Hitam Itu!

Lorong hitam telah wujud sekian lama. Lorong yang dicela masyarakat. Di sepanjang lorong gelap itu, terjana industri ‘jual tubuh manusia’ yang merupakan antara pekerjaan yang terawal dalam sejarah ketamadunan manusia.

Setelah sekian lama, lorong gelap itu masih begitu… bezanya, dulu kita panggil mereka pelacur, kini – pekerja seks!

Katalah apa sahaja, mereka di lorong gelap ini tidak akan menafikan hakikat bahawa perkejaan mereka ini adalah pekerjaan yang kotor lagi menjijikkan. Namun itulah warna kehidupan yang sangat sukar untuk dimengertikan.

Aku pula tidaklah terlalu janggal untuk merada disini. Di lorong gelap di tengah kemeriahan dan warna-warni Kuala Lumpur. Bertegur sapa dengan mereka dan kadang-kadang mendengar cerita derita mereka adalah antara khidmat aku di lorong gelap ini. Memang aku agak dikenali oleh pekerja seks di Lorong Haji Taib. Sukar untuk menasihati mereka, namun kehadiran aku disana membawa mesej bahawa mereka tahu bahawa mereka masih dilayan seperti seorang manusia.

Agak lama juga aku tidak bertemu mereka. Selepas “tsunami” Kisah Ina: Balada Gadis HIV, aku gagal untuk memberi kemaafan kepada mereka yang hanya bertopengkan kemanusiaan tetapi binatang di belakang. Baru-baru ini aku kembali ke lorong itu…

Tak banyak perubahan yang berlangsung disini. Hanya suara kakak Afidah, seorang NGO di kawasan ini mengbangkit rasa kasihan, “Syirfan, 2 orang kakak awak meninggal HIV baru-baru ini…”

Berpusing-pusing di lorong gelap itu sambil menghulur bungkusan makanan pada mereka cukup menginsafkan aku. Hidup ini terlalu sukar untuk diduga. Salah satu langkah, derita sepanjang hidup…

Sudah lama juga aku terlibat dengan aktiviti NGO di kawasan ini. Pada mulanya ia melibatkan tugasan kerja. Kini ia bertukar menjadi tanggungjawab sosial.

Minggu ini aku ada tugasan besar. Satu tugasan untuk membawa cahaya baru di Lorong Hitam itu…

^ Ada sesiapa berminat untuk terlibat sama?

5 Respons to “Aku kembali di Lorong Hitam Itu!”

  1. sumbangan yg murni syirfan..teruskan

    Zana,
    Nani join sekali yer…

  2. nak ikut lehhhhhh

    bro, jom. Kali ni bawa PM kita turunlah bro. pasti gempak!

  3. Harleny Abd Arif Says:

    Mereka juga insan seperti kita. Bezanya kehidupan kita lebih baik daripada mereka yang tersilap langkah ini seperti kenyataan saudara, “salah satu langkah, derita sepanjang hidup…” Tetapi tidaklah wajar khalayak terus melemparkan penghinaan kepada mereka kerana mereka juga punya perasaan.

    Usaha saudara mendekati mereka dilihat sebagai suatu pendekatan untuk mengetahui dan memahami masalah yang membelenggu kehidupan mereka. Mungkin apabila menyebut perkataan “mereka” khalayak di luar sana tidak merasa dekat apatahlagi cuba menyelami hati insan ini. Tetapi cuba bayangkan sekiranya, “mereka” itu terdiri daripada keluarga kita sendiri (mungkin anak, adik-beradik, ibu atau sesiapa sahaja yang terdekat). Apakah kita akan membiarkan mereka terus menjadi penghuni setia Lorong Hitam itu?

    Tidak ada kesudahannya dengan hanya melemparkan tanggapan atau persepsi negatif terhadap mereka. Apa yang paling utama adalah mencari jalan/ usaha ke arah menanganinya. Walaupun agak mustahil untuk membendung sepenuhnya, tetapi usaha pihak yang prihatin mampu mengurangkan kadar mereka yang terlibat dengan masalah sosial tersebut.

    Menyampaikan pengajaran kepada khalayak bukan hanya dengan memaparkan nilai positif dalam sesebuh penceritaan. Hal demikian kerana, khalayak juga dapat membuat penilaian berdasarkan nilai negatif untuk dijadikan pengajaran atau iktibar dalam kehidupan. Moga paparan kisah, “Aku kembali di Lorong Hitam itu!” dapat membuka mata masyarakat di luar sana betapa ianya adalah satu tanggungjawab sosial yang besar serta perlu ditangani bersama.

    Moga usaha saudara dan pihak2 yang prihatin mampu membawa sinar baru di Lorong Hitam itu…

    Saudari,
    Terima kasih atas keperihatinan. Moga segala usaha kita diberkati…

  4. penuh inspirasi postingnya, very nice. salam perkenalan dari saya di seberang

    cik ruanghati berbagi…
    Terima kasih. Moga terbina bersabahatan merentasi lautan…

  5. Moga “Lorong Gelap” itu dilimpahi dengan cahaya2 yang berkat dan menarik.

    Kadang2, terfikir tentang warna2 kehidupan manusia. Ada yang warnanya terang sehingga mudah dikenali, dan ada yang warnanya gelap sehingga amat sukar disukai @ diterima. Yang menjadi pilihan ramai, warna2 yang cerah dan amat menonjol, sehingga warna2 tersebut lupa akan diri sendiri.

    Saya amat terharu dengan sifat prihatin saudara tentang nasib sahabt2 di lorong gelap (lupakan perkataan “mereka”). Di hati ingin membantu, tapi tak mampu buat masa kerana jarak perjalanan agak jauh ke sana. Hanya doa yang mampu saya sumbangkan dan harap masih belum terlewat, sebab saya baharu terjumpa blog yg menarik ini.

    Cadangan saya moga lebih banyak isu2 menarik di kalangan remaja dan anak2 kita di bawah umur (minority) didedahkan kerana dunia makin berubah ke arah mereka ini……..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: