Mimpi pun keliru…

Entahlah…

Apa yang berlaku ini berdiri atas dasar nikmat atau derita. Gembira atau duka. Ramai kenalan media mula dan telah mengetahui bahawa saya “terpilih” untuk melunaskan 2 penerbitan dokumentari “Suatu Ketika” dalam masa terdekat.

Pada peringkat awalnya saya diarahkan untuk menyiapkan sebuah dokumentari Sybil Katigesu – seorang wira dalam perang dunia ke-2. Tugasan ini wajar selesai 1 Feb. Saya dengan rasa senang hati ingin menunaikan tanggngungjawab sosial saya pasca kejayaan Rosli Dhoby.

Beberapa hari yang lalu, wujud satu permasalahan yang agak kronik untuk sebuah program yang bakal ditayangkan pada Disember. Program itu terpaksa diganti dalam kadar segera.

Akhirnya, saya “terpilih” untuk menyelesaikan satu dokumentari “mee segera” yang MEREKA beri tajuk – Puteri Gunung Ledang. Pastinya saya tidak akan berkata “tidak” walaupun pada logiknya saya ada tugasan lain dan pastinya kerana saya sendiri yang telah hadam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah yang menyatakan cerita PuteriĀ Gunung ledang adalah mitos semata-mata.

Saya kurang rela untuk menyiapkan dokumentari atas cerita mitos pasca kegagalan saya memberi persepsi baru dalam Dokumentari Si Tanggang. Kegagalan itu memberi simbol bahawa bukan mudah untuk bermain dengan perbalahan mitos.

Namun untuk berkata tidak pastinya bukan gaya saya. Saya tetap akan lunaskan juga sebelum 15 Disember. Hingga kini, saya cuma ada 79 hari untuk menyiapkan 2 dokumentari yang bakal diperkatakan, dianalisis dan mungkin ditertawakan.

Mungkin kerana debar itu mimpi malam ini bercampur baur. Tiba tiba Sybil Kartigesu muncul di puncak Ledang bersama sang puteri. Mmmmm, mimpi pun keliru…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: