Zalina Maizan, Pashmina dan Tanda Kemanusiaan…

Berita Mahkamah dalam akhbar Utusan hari ini nampak biasa sahaja. Namun ada cerita manusia disebalik berita ini. Tahniahlah pada Zalina Maizan yang membawa nilai kemanusiaan dalam ruang mahkamah itu.

Mungkin si ibu seorang pengedar dadah, namun si anak tiada dosa dengan dunia…

Untuk isteriku , Zalina Maizan – kita beli pashmina baru…

Ambiya baru bersalin hadapi tuduhan dadah

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Dengan tangan yang bergari, wanita itu cuba mengimbangi bayinya yang baru berusia dua minggu ketika berjalan menuju ke sebuah kerusi di sebelah kandang tertuduh.

Dalam kepayahan, dia memangku anaknya yang mula kelaparan sebelum garinya dibuka buat sementara bagi membolehkan wanita itu memberi susu botol kepada bayi yang masih merah itu.

Kelibat wanita warga Myanmar, Ambiya Mohamad, 37, yang juga salah seorang tertuduh dalam kes mengedar dadah menyebabkan semua pihak di dalam Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjadi sayu.

Naluri keibuan wartawan Bernama, Zalina Maizan Ngah mula tersentuh sebaik mendengar rengekan bayi yang tidak selesa dan kesejukan di dalam mahkamah menyebabkan dia menyelimuti bayi itu yang masih di pangkuan ibunya menggunakan sehelai selendang ‘pashmina’ miliknya.

Bapa bayi tersebut, Lim Siau Seng, 29, kelindan lori seorang warga tempatan turut didakwa bersama dalam kes itu hanya mampu tersenyum tanda ‘terima kasih’ atas belas ihsan wartawan berkenaan.

Turut didakwa dalam kes mengedar dadah, seorang lagi warga Myanmar, Arafah Abu, 30, dan pekerja kontrak warga tempatan, K. Vigneswaran, 23.

Ambiya, bekerja sebagai pembantu kedai makan sebelum ditangkap dan Arafah pula pemegang status pelarian Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (UNCHR).

Dia sedang mengandung dua bulan ketika ditangkap pada April lalu dan melahirkan bayi itu dua minggu lalu semasa masih ditahan reman di Penjara Kajang.

Kesemua mereka didakwa mengedar 3.15 kilogram heroin pada pukul 5 petang, 3 April lalu di tempat letak kereta, Jalan Manis 6 di hadapan Maybank Taman Segar, Cheras di sini.

Pertuduhan ke atas mereka dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Mereka diwakili peguam bela Nagarajan Peri manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mazelan Jamaludin.

Kes itu yang disebut di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Zainal Azman Ab. Aziz hari ini ditangguhkan sehingga 15 Januari depan kerana laporan kimia belum siap.

Sejurus prosiding selesai, beberapa langkah sebelum memasuki lokap mahkamah, Ambiya berpaling semula kerana ingin memulangkan selendang wartawan Bernama yang masih menyelimuti anaknya.

Bagaimanapun, Zalina memberi isyarat supaya menyimpan selendang itu.

Sambil memegang erat pashmina dan anaknya, Ambiya memberikan senyuman sebelum masuk ke lokap.

5 Respons to “Zalina Maizan, Pashmina dan Tanda Kemanusiaan…”

  1. waduhhh … bergenang gak seketika. kim salam kat wife abang yer. nanti kalau ada assignment dimana-mana, lin pun akan belikan pashmina untuk wife abang syirfan.🙂

  2. 001beautifulcrazy Says:

    Baby tu tak salah – cian dia – Nasib ada Kak Zalinakan…

  3. aku boleh terlupa pashmina tu apa…apapun tabik buat puan zalina, harap lepas ni boleh beri pashmina pada suaminya yang kesejukan di bilik editing heheheh

  4. salam untuk Zalina, kisah yang dalam dari sebuah pashmina. **besok syirfan belikanlah satu yang bagus sebagai gantinya🙂

  5. menitik air mata….kami semua pun turut sama bangga dengan kak zan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: