Arkib untuk Februari, 2010

Kapten Subasa, Puteri dan “Bekeng”

Posted in Kisah sebuah Istana, Senyum Tangis 'Aku' on Februari 28, 2010 by syirfan

Kami punya 3 ahli keluarga baru. 3 ekor kura-kura.

Kura-kura inilah subjek pengalaman baru yang diterokai dan cuba difahami oleh putera-putera dan puteri saya.

Kami beri peluang kepada anak-anak kami untuk memberi nama kepada kura-kura ini.

Untuk Syahmi, dia memberi nama pada seekor kura-kura dengan nama – Kapten Subasa. Nama salah satu watak kartun yang disukainya.

Untuk Syahmina, dia memberi namanya – Puteri. Kura-kura itu cantik katanya.

Masalah bila tiba giliran Syamil untuk memberi nama. Syamil tidak boleh bercakap lagi. Lantas si kakaknya memberi idea, “Adik ini garang. Selalu pukul kakak. Kita bagi nama kura-kura dia – bekeng”. Bekeng mengikut loghat orang Terengganu bermaksud garang.

Kini bersama kami wujudlah 3 watak baru yang akan mengikut kami kemana sahaja. Selain menjaga Syahmi, Syahmina dan Syamil, kami kini terpaksa menjadi Kapten Subasa, Puteri dan Bekeng!

Advertisements

Yayasan Sofa

Posted in Dokumentari : Madrasah Salasilah Rasulullah on Februari 25, 2010 by syirfan

Salam.

Ramai yang masih bertanya kepada saya tentang Yayasan Sofa yang merupakan salah satu subjek yang saya gunakan dalam program Madrasah Salasilah Rasullulah untuk tayangan Ramadhan yang lalu.

Berikut adalah laman web Yayasan Sofa  (klik disini)

Moga anda semua mendapat keberkatan dari apa yang diusahakan.

Resume!

Posted in Senyum Tangis 'Aku' on Februari 25, 2010 by syirfan

Resume.

Cukup lama juga saya tidak menulis dan mengemaskini resume saya. Hanya baru-baru saya kembali menilainya semula.

Selepas membaca dan meneliti gaya dan wajah resume-resume terbaru, barulah saya mengakui bahawa penulisan resume juga sudah jauh berubah. Fungsinya sebagai agen untuk ” menjual diri” kini dipergunakan dengan lebih baik.

Dalam industri yang saya ceburi, resume harus kelihatan “agak sombong”, bergaya, nampak yakin dan memberi persepsi segera yang baik sebaik sahaja dilihat.

Lama juga saya memberi masa untuk mendapatkan look and feel resume saya. Akhirnya, ia siap sedia juga seperti mana saya siap sedia menerima kutukan manja kawan-kawan nanti.

Ada sesiapa berminat pada saya? hahahahaha

Ini surat peletakan jawatan saya!

Posted in Senyum Tangis 'Aku' on Februari 23, 2010 by syirfan

Memang benar…

Menulis surat untuk peletakan jawatan terasa sukar sekali. Ia bagai menulis sebuah karangan panjang tentang pengalaman sepanjang bertugas di syarikat ini. Lebih sulit, pengalaman itu pula terasa cukup manis bila difikirkan.

Ia benar. Saya sedang menulis surat peletakan jawatan saya. Saya berhasrat untuk mengundur diri dari syarikat yang saya bernaung sekarang. Saya rasa saya harus jujur pada semua. Pada pihak majikan serta pada diri saya sendiri. Saya harus berundur bila saya rasa saya tidak jumpa persefahaman antara saya dan majikan lagi. Saya tidak boleh berpura-pura. Tidak baik rasanya saya mengambil gaji daripada majikan dan dalam masa yang sama saya mengkritik majikan saya. Sebelum itu berlaku, baik saya mengundur diri.

Saya juga harus jujur pada diri saya sendiri. Jujur pada harapan, pada cita-cita dan pada apa yang saya punya hari ini. Mana mungkin saya melunaskan kerja dengan nilai dan pemikiran terbaik jika moraliti saya tidak begitu.

Yap, ia terlalu sukar. Walaupun ada teman baik yang sudah pun menyiapkan draf surat peletakan jawatan, saya masih mengedit draf itu. Bukan saya tidak percaya atau yakin pada susunan tatabahasa mahupun kualiti surat itu, tapi saya mahu ayat yang terbina itu adalah simbol jelas dari hati saya. Saya mahu surat itu dibaca dan pembaca tahu ia adalah tulisan dari hati saya. Saya cuba mengarangnya sebaik mungkin.

Lama. Cukup lama. Syarikat ini beri peluang untuk saya terbang. Saya hadir hampir di lokasi mana yang saya mahu. Lokasi mana yang saya idamkan. Syarikat ini beri saya senjata secukupnya untuk berkarya. Tiada penafian tentang itu.

Terkesan. Cukup terkesan. Syarikat ini juga menzahirkan impian saya untuk memperoleh kejayaan demi kejayaan. Satu persatu. Tiada juga ruang penafian untuk itu.

Lantas, mengapa perlu saya mengundur diri. Itu yang sukar untuk saya zahirkan dengan kata-kata mahukan diterjemah pada sehelai surat yang bernama surat peletakan jawatan. Cukuplah sekadar membawa bilah kecewa ini di arena yang lebih besar. Untuk kenangan. Untuk sempadan membanding diri. Untuk mentafsir masa hadapan.

Namun, ia mesti dilaksanakan juga.

Akhirnya, “ini surat peletakan jawatan saya!”

Noktah

Saya bertunang hari ini…

Posted in Kisah sebuah Istana, Senyum Tangis 'Aku' on Februari 22, 2010 by syirfan

Hari ini, 22 februari. Hari yang panjang.

Hari ini, 22 februari. 7 dulang dikirim sebagai tanda.

Hari ini, 22 februari. Satu janji termetri untuk laksana sepanjang hidup.

Hari ini, 22 februari. Saya mengikat makna cinta.

 

Hari ini, 22 feruari tahun 2002, saya bertunang!

Luka yang menyampaikan pesan…

Posted in Senyum Tangis 'Aku' on Februari 11, 2010 by syirfan

Saya tidak tahu menoreh getah. Itu pasti.

Walaupun bapa saya seorang peneroka Felda yang menjadikan getah sebagai sumber rezeki, saya tidak pernah punya kebenaran untuk menoreh getah. Saya hanya tinggal di rumah dan dipesan berulang kali untuk membaca buku dan menjaga adik-adik.

Walaupun begitu, saya punya luka yang masih jelas kelihatan di tapak tangan saya akibat dari pisau getah. Itulah satu-satunya luka yang masih kelihatan hingga kini.

Masa itu telah lama berlalu. Ayah saya tidak pelu lagi hadir dari satu pokok ke satu pokok untuk mendapatkan susu getah. Pohon getah pun telah tiada lagi di kebun kami, namun luka itu masih disitu.

Itulah satu-satunya luka yang menyampaikan pesan hingga kini…

“Not to wear panties on Valentine’s Day!”

Posted in Sebuah negara bernama "Malaysia" on Februari 8, 2010 by syirfan

Saya jangka ia gurauan. Bila diselidiki, ia benar-benar terjadi.

Tika ini, wujud kempen yang jauh berbeza dari kebiasaan. Satu kempen untuk membuktikan CINTA sebenar sang wanita kepada kekasihnya. Kempen ini digelar : “Not to wear panties on Valentine’s Day!”

Arrrrghhhhh, saya hilang kata. Saya  langsung tidak ketemu rasionalnya!