Ini surat peletakan jawatan saya!

Memang benar…

Menulis surat untuk peletakan jawatan terasa sukar sekali. Ia bagai menulis sebuah karangan panjang tentang pengalaman sepanjang bertugas di syarikat ini. Lebih sulit, pengalaman itu pula terasa cukup manis bila difikirkan.

Ia benar. Saya sedang menulis surat peletakan jawatan saya. Saya berhasrat untuk mengundur diri dari syarikat yang saya bernaung sekarang. Saya rasa saya harus jujur pada semua. Pada pihak majikan serta pada diri saya sendiri. Saya harus berundur bila saya rasa saya tidak jumpa persefahaman antara saya dan majikan lagi. Saya tidak boleh berpura-pura. Tidak baik rasanya saya mengambil gaji daripada majikan dan dalam masa yang sama saya mengkritik majikan saya. Sebelum itu berlaku, baik saya mengundur diri.

Saya juga harus jujur pada diri saya sendiri. Jujur pada harapan, pada cita-cita dan pada apa yang saya punya hari ini. Mana mungkin saya melunaskan kerja dengan nilai dan pemikiran terbaik jika moraliti saya tidak begitu.

Yap, ia terlalu sukar. Walaupun ada teman baik yang sudah pun menyiapkan draf surat peletakan jawatan, saya masih mengedit draf itu. Bukan saya tidak percaya atau yakin pada susunan tatabahasa mahupun kualiti surat itu, tapi saya mahu ayat yang terbina itu adalah simbol jelas dari hati saya. Saya mahu surat itu dibaca dan pembaca tahu ia adalah tulisan dari hati saya. Saya cuba mengarangnya sebaik mungkin.

Lama. Cukup lama. Syarikat ini beri peluang untuk saya terbang. Saya hadir hampir di lokasi mana yang saya mahu. Lokasi mana yang saya idamkan. Syarikat ini beri saya senjata secukupnya untuk berkarya. Tiada penafian tentang itu.

Terkesan. Cukup terkesan. Syarikat ini juga menzahirkan impian saya untuk memperoleh kejayaan demi kejayaan. Satu persatu. Tiada juga ruang penafian untuk itu.

Lantas, mengapa perlu saya mengundur diri. Itu yang sukar untuk saya zahirkan dengan kata-kata mahukan diterjemah pada sehelai surat yang bernama surat peletakan jawatan. Cukuplah sekadar membawa bilah kecewa ini di arena yang lebih besar. Untuk kenangan. Untuk sempadan membanding diri. Untuk mentafsir masa hadapan.

Namun, ia mesti dilaksanakan juga.

Akhirnya, “ini surat peletakan jawatan saya!”

Noktah

3 Respons to “Ini surat peletakan jawatan saya!”

  1. saya malah belum pernah menulisnya hehehhe

    berkunjung dan ditunggu kunjungan baliknya makasih😀

    Terima kasih kerana singgah. Harap tak perlu menulis surat menakutkan ini… hehe

  2. Gud Luckss!

    Terima kasih daun keladi…

  3. Mohd Yaakob Yusof Says:

    Surat yang diukir bukan tanda pengakhiran tapi satu permulaan untuk saudara menjadi seorang yang berjaya. Semoga kejayaan dan pengalaman yang telah atau bakal tercipta akan dikembalikan kepada generasi akan datang untuk menyambung usaha.

    Akob,
    moga kejayaan jadi milik kita

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: