Benarlah seperti yang diceritakan : Stesen TV baru akan muncul Ramadhan ini…

Benarlah…

Tiada penafian lagi. Sebuah stesen TV baru akan muncul Ramadhan ini.

Stesen TV yang diberi nama Hijrah TV ini di uruskan  Al Hijrah Media Corporation. Stesen ini berkonsepkan “free to air“. Ini bermakna stesen TV ini akan bersiaran seperti RTM, TV3 dan sebagainya. Namun pastinya stesen ini turut akan “menumpang” di ASTRO seperti saluran-saluran free to air yang lain.

Stesen ini juga dijangka akan mula bersiaran Ogos ini sempena bulan Ramadhan. Untuk peringkat awal, hanya beberapa bahagian di semenanjung akan menerima frekuansinya. Hanya menjelang siaran penuh pada bulan Disember, barulah stesen ini akan dinikmati di seluruh semenanjung dan Sabah Sarawak. Namun jika sudah mempunyai saluran Astro, tidaklah akan ketinggalan menikmati saluran ini walau dimanapun anda berada…

Stesen TV yang merupakan syarikat jaminan penuh kerajaan ini  beroperasi sepenuhnya di Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Hijrah TV menawarkan program-program pelbagai genre sama seperti stesen TV yang lain. Beza stesen TV ini terletak pada perisian kandungan yang ditawarkan. Pastinya akan terkesan kerana ia hadir sebagai stesen TV Islam. Apa yang dimaksudkan stesen TV Islam?

12 Respons to “Benarlah seperti yang diceritakan : Stesen TV baru akan muncul Ramadhan ini…”

  1. armadrafar Says:

    Amik berkat bulan Ramadhan….

  2. Majlis Maulidur Rasul SAW & Haul Al-Syeikh Abd Qadir Al-Jilani(MASJID NEGARA)
    Jenis: Pendidikan – Kuliah
    Tarikh: 15hb Mei 2010
    Masa: 5.00 ptg – 9.00 ptg
    Lokasi: Masjid Negara, KL

  3. salam, boleh tak intai-intaikan peluang penghijrahan untuk saya ke sana? sudah agak bosan berada di sini..:P

    ajai

  4. abu bakar bin ali wanan Says:

    Adakah peluang untuk kerja sambilan di sana ?

  5. abu bakar bin ali wanan Says:

    Alhamdulillah makbul jua doa saya selama ini agar suatu hari nanti ada siaran bercorak islam.

  6. abu bakar bin ali wanan Says:

    bila nak di lancarkan ?

  7. En Abu BAkar,
    Insyaallah 1 Nov ini

  8. Tuan Abu Bakar,
    Insyaallah 1 november ini. Doakanlah…

  9. Salam, saya berminat untuk menjadi artawan penyiaran, adakah peluang untuk saya di sana?

  10. Hidayah,
    Hantarkan resume anda ke salinawati@tvalhijrah.com. Jika ada kekosongan dan kepelruan, pasti pihak HR akan hubungi. terima kasih

  11. khalida hessa Says:

    Assalammualaikum, Saya adalah bekas wartawan disebuah akhbar perdana lewat 80an. Ingin bertanya samada di TV Al-Hijrah adakah peluang bertugas sambilan (sudah tentunya bukan sebagai pengacara!). dan sekiranya kita nak proposekan program2 berbentuk agama, kpd siapakah perlu kita usulkannya. Terima kasih Salaam jazakumullahu khayran minha

  12. abu bakar bin ali wanan Says:

    untuk makluman …masih banyak lagi tempat tempat di sekitar lembah klang tidak dapat menerima siaran tv alhijrah, apakah alternatif yang akan di ambil oleh pihak tv alhijrah sendiri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: