kulit kambing…

Pada zaman dahulu ada seorang raja yang memerintah negara Antah Beratah. Suatu hari raja ini berjalan-jalan mengelilingi kotanya. Tiba-tiba, kakinya luka akibat terpijak batu yang tajam.

Terus hadir dalam kotak fikirannya untuk melaksanakan suatu projek yang luar biasa hebatnya. Raja ini mahu membaiki semua jalan-jalan di kotanya. Biar semua rakyat mengkagumi usaha yang akan menyebabkan tiada lagi orang yang luka akibat terpijak batu yang tajam di dalam kotanya.

Maka diperintahkan kepada semua, “kumpulkan kambing-kambing dari baka terbaik. Dapatkan kulitnya. Kulit-kulit ini akan melapisi jalan-jalan sekitar kota”.

Maka riuhlah kota itu untuk mengumpulkan kambing-kambing dari baka terbaik untuk dikorbankan agar kulit-kulit kambing ini dapat digunakan.

Dalam kesibukan raja melihat kambing-kambing dari baka terbaik, hadirlah seorang kanak-kanak dan terus berkata kepada rajanya, “Mengapa perlu tuanku mengorbankan kambing-kambing ini untuk melapisi jalan-jalan di kota ini? Bukankah apa yang tuanku perlukan ialah dua potong kulit kambing yang boleh dijadikan sepatu untuk melapisi kaki tuanku?”

***

Ramai yang mahu mengubah dunia, tapi tidak mahu mengubah dirinya sendiri…

4 Respons to “kulit kambing…”

  1. BUdak CoMeL Says:

    kerana orang tidak mahu mengubah dirinya telah merasakan bahawa dia sudah sempurna…

    Betul Budak Comel.. Heheheh

  2. Cantik cerita ni…

  3. Menarik..bijak sungguh anak ini..

  4. Azzah,
    Moga kita dapat fahami maksudnya. Kita juga kadang kala lupa kan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: