Biji Getah dan Kenangan…

Assalamualaikum ya ahli kubur

Saya kembali mengunjungi tanah perkuburan itu.

Sunyi seperti kebiasaannnya. Rumput lalang pun sudah kembali meninggi. Hampir setinggi batu nisan. Ada beberapa kubur baru mengambil tempat.

Terkesan juga pada retina mata beberapa batang pohon getah yang menjadi saksi bisu di tanah perkuburan ini telah ditebang. Mungkin akarnya mengganggu.

Musim panas menjadikan daun-daun getah kuning, kering dan gugur. Satu lanskap yang cantik.

Saya kembali menjengah kubur itu. Sangat terasa di hati. Daun-daun kering cuba menyapa. Di atas kuburan, beberapa biji getah jelas kelihatan.

Ahh, biji getah!

***

Biji getah terhasil dari pokok getah yang matang. Matang maksudnya sudah boleh ditoreh dan akan menghasilkan susu getah atau lateks. Biji getah yang pelbagai warna dan corak akan gugur sendiri dari pokok.

Biji getah ini berkulit keras dan licin. Dari situlah bermulanya – laga biji getah.

Saya dan Bakhtiar sama sahaja seperti kawan-kawan lain. Maklumlah kami berbesar dalam dunia penoreh getah. Laga biji getah pastinya salah satu permainan kami. Dua biji getah dilagakan. Kalau biji getah itu pecah, kalah. Begitu juga sebaliknya.

Pelbagai tipu muslihat dicipta untuk menjadikan kulit biji getah itu keras dan sentiasa jadi juara. Namun, biji getah yang terbaik adalah biji getah yang baru gugur.

Jika mahu yang lebih baik, dapatkan biji getah yang gugur tetapi tidak sempat menjamah tanah. Itulah cabarannya.

Saya dan Bakhtiar sering menunggu biji getah gugur. Berebut untuk punya biji getah paling keras.

Suatu hari, pada waktu kami menung-menung di kebun, sebiji buah getah gugur betul-betul di atas kepala Bakhtiar. Sebelum biji getah itu jatuh ke tanah, saya sempat menangkapnya.

Saya telah memegang biji getah yang belum jatuh ke tanah!

Persoalannya, siapa pemilik biji getah itu? Ia gugur di atas kepala Bakhtiar tetapi saya yang menangkapnya agar tidak jatuh ke tanah?

Akhirnya, kami memutuskan – biji getah itu milik bersama. Bertukar pemilik setiap hari. Bagai dijangka, biji getah itu jadi juara sahaja. Juara bersama.

Kami jadi sangat rapat tika itu. Hanya kerana biji getah.

***

Sambil membersihkan kubur, akal saya jauh meneroka kenangan.

Lenalah kau sahabat. Kita bakal ketamu lagi nanti.

Al-Fatihah untuk kau sahabat baik- Allahyarham Bakhtiar Ibrahim.

4 Respons to “Biji Getah dan Kenangan…”

  1. alFatihah.

    ya, biji getah = kenangan berlaga buah getah.. lewat 20-25 tahun dulu..

    Yus,
    Kita berkongsi kenangan?

  2. Salaam…

    Tersentuh jiwa saat membaca paparan kisah lalu…kunjungan ke pusara seorang insan yang pernah bergelar teman sepermainan. Moga arwah ditempatkan di kalangan hambaNya yang beramal soleh…Amin.

    Harleny,
    Sekadar mengembalikan kenangan dan dalam masa yang sama mengingatkan kematian. Amin

  3. noraitusaya Says:

    Sentap.. al fatihah untuk arwah. Knp dia meninggal?


    Nora,
    Kemalangan jalan raya…huhuhuh

  4. Saya juga ada main berlaga buah getah ni …30 tahun lebih dahulu ..huhu

    Tapi teknik saya cari buah yang gagah adalah cari buah yang beruas 4 atas pokok…ataupun guna teknik masukkan timah cair atau lilin batik🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: