Arinaz Mazhar Hakim, andaian dan hubungan Malaysia-Brunei

Sejurus mengetahui berita penceraian Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, saya berlegar-legar di laman-laman web untuk mencari cerita disebalik berita yang diumumkan Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Paduka Abu Bakar menerusi slot berita Radio Televisyen Brunei (RTB).

Dari satu laman ke satu laman yang lain, pada penghujungnya saya gagal menemui jawapannya. Namun begitu, saya menjumpai sesuatu yang jauh lebih “kompleks” dari kes penceraian itu sendiri.

Saya dan mungkin ribuan yang lain membawa persoalan yang sama : kenapa Azrinaz di ceraikan? Bukahkan Azrinaz kelihatan sangat gembira dengan kehidupan di istana dan pastinya menimbulkan cemburu hampir pada sebahagian wanita lain di Malaysia dan Brunei.

Sangat memeranjatkan bila pelbagai andaian tercipta lewat komen-komen pembaca terutamanya di blog-blog hiburan. Pelbagai andaian dibuat hanya berasaskan pandangan peribadi dan  analisis mudah.

Maka terbitlah pelbagai versi andaian mengapa penceraian itu berlaku. Ia sangat mengejutkan. Pelbagai tingkah laku Azrinaz diulas bagaikan Azrinaz saban hari dihadapan mereka. Pada saya, jika benarkan Azrinaz begitu, adalah tidak wajar untuk menguruk, menghina, malah mungkin memfitnah dia sedemikian cara. Mungkin betul apa yang diandaiankan, tetapi dia tetap seorang manusia. Pada nilai manusia itu, tidaklah ada kewajaran untuk kita semua berbicara begitu.

Saya sangat selesa dengan kenyataan bertulis yang diedarkan kepada media sejurus pengumuman penceraian itu. Ia sangat islamik bila dinyatakan “(Ia) dipandu dan ditentukan oleh hukum syarak dalam perkahwinan dan perceraian dan juga menepati maksud ayat suci al Quran surah Al-Baqarah daripada sebahagian ayat 229, iaitu menikahi dengan baik (maaruf) dan melepaskan juga dengan baik (ihsan),”

Lewat komen-komen itu juga tergambar satu senario yang agak jelek pada saya. Pembaca dari Brunei – Malaysia saling kutuk mengutuk antara satu sama lain. Bagaikan satu pesta fitnah dan caci maki di laman maya. Saling merendahkan kewarganegaraan lawan masing-masing.

Tiada pun yang dilaporkan menang lewat kutukan-kutukan itu. Hanya yang jelas, terpalit warna kurang cantik pada hubungan harmoni Malaysia-Brunei.

Cukuplah. Mari berbincang isu yang lebih kompleks!

SIMS : Rindu kampung Ayer…

2 Respons to “Arinaz Mazhar Hakim, andaian dan hubungan Malaysia-Brunei”

  1. Siti Fatimah Ahmad Says:

    Assalaamu’alaikum

    Saya setuju dengan pendapat saudara Syirfan. pelbagai spekulasi yang tidak enak dan fitnah melata dengan berleluasanya jika andaian yang dibuat tanpa saksi dan bukti yang kukuh. Seharusnya umat Islam menjaga aib saudaranya dan jangan mudah mengambil kesempatan dari kesempitan orang lain. apa yang berlaku tentu ada sebab musababnya. Jika belum tentu usul ceritanya, maka berdiam diri adalah dituntut oleh Islam.

    Salam mesra dari Sarawak.

  2. Salam Puan Siti Fatimah,
    Berat mata kita yang memandang, pasti berat juga bahu yang memikul kan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: