Arkib untuk September, 2010

Malaysia – Indonesia : Masih Bersaudarakah kita?

Posted in Buah Fikiran, Sebuah negara bernama "Malaysia" on September 27, 2010 by syirfan

HUBUNGAN Malaysia-Indonesia retak lagi. Untuk sekian kalinya, nilai persaudaraan antara dua negara istimewa di Nusantara kembali dipersoalkan. Siri bakar bendera dan lontar najis mewarnai episod konfrontasi yang sukar sudah dibilang dengan jari. Dari lembut tarian pendet dan cinta anak raja hinggalah kepada adegan seterika dan tangkapan buruh asing tidak berdokumen.

Kita semua harus akui bahawa hubungan Malaysia Indonesia hampir sama dengan batasan antara dua negara ini. Selat Melaka dan Laut China Selatan yang jadi pemisah turut membawa pasang surut hubungan. Selepas sekian lama juga – adakah kita masih bersaudara?

Hubungan persaudaraan yang terjalin atas nama Melayu Nusantara terus mewarnai latar sejarah. Walaupun hebat dengan pahlawan jawa dan melayu yang dikhabarkan jadi penakluk laut dan darat, kedua-dua negara ini akhirnya terjajah oleh bangsa Eropah – British dan Belanda. Keutuhan nilai “saudara sebangsa seagama” ini terus mencengkam nilai hubungan walaupun dibatasi oleh penjajah-penjajah ini.

Teruskan membaca

Pengumuman : Hijrah TV Mencari Bakat Baru

Posted in Hijrah TV on September 15, 2010 by syirfan

Ini adalah pengumuman:

Ingin saya maklumkan bahawa TV Alhijrah (Al Hijrah Media Corporation) sedang dalam proses mencari bakat baru untuk menjadi pengacara dan penyampai berita.

Jika ada antara anda semua yang merasakan diri saudara saudari berkebolehan, berbakat, hensom, menawan, berketrampilan, dan berilmu hadirlah ke sesi ujibakat ini akan diadakan pada 18 dan 19 September 2010 ini.

Sesi ujibakat ini akan diadakah di :

Kompleks Pusat Islam,
Jalan Perdana,
Kuala Lumpur.
(berhadapan dengan Masjid Negara)

 Sesi ujibakat akan bermula dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

Ujibakat ini terbuka untuk calon-calon berusia 18-30 tahun. Bagi calon wanita hendaklah bertudung dan menutup aurat. Calon-calon diminta membawa bersama biodata serta 2 keping foto 3R.

Untuk maklumat lanjut, calon boleh berhubung terus kepada saudara Zulkarnaen Mokhtar atau saudari Izyan Liyana Khairul Anuar di talian 03-22601877.

Sekian dimaklumkan…

Alexander, Zulkarnain masih hidup…

Posted in Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain on September 14, 2010 by syirfan

Lama juga dokumentari saya dan kawan – kawan – Alexander Bukan Zulkarnain tidak berdendang di Astro Oasis. Saya jangka sepanjang bulan Ramadan yang lalu, dokumentari yang diterbitkan dengan dana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia ini tidak bersiaran ulang.

Hanya majalah Infiniti muncul dengan rencana berkait dengan perspektif baru siapakah  Zulkarnain. Temuramah saya dengan penulis via telefon kemudian diterjemah kepada rencana yang saya anggap mengembalikan kenangan kami semua yang pernah bersusah payah merealisasikan dokumentari itu.

Benar. Saya rasa Alexander Bukan Zulkarnain telah mula dilupakan. Secara perlahan-lahan.

Namun Aidilfitri kali ini benar-benar menghantar saya dalam tajamnya idea dan hujah berkait dengan Zulkarnain yang disebut dalam surah Al-Kahfi. Lelaki istimewa ini benar-benar cukup misteri seperti mana misterinya tembok Yakjuj dan Makjuj.

Entah bagaimana ketika berkunjung di rumah saudara isteri saya, ada antara mereka yang mengenali saya lewat tontonan berulang kali mereka pada dokumentari itu. Kunjungan yang saya harap sebentar sahaja menjadi cukup panjang. Macam-macam yang kami bincang mengenai siapakah Zulkarnain yang sebenarnya.

Saya benar-benar bersyukur kerana dari pemahaman mereka ini, jelas bahawa mereka sedar bahawa memahami siapa sebenarnya Zulkarnain berkait rapat dengan akidah. Bayangkan jika Zulkarnain yang cukup istimewa hingga namanya tercatat dalam Al-Quran itu adalah seorang penakluk yang gila seks, pembunuh, menjajah dan pernah menganggap dirinya anak Tuhan.

Diceritakan juga pada saya rupanya wujud beberapa perkumpulan kecil yang  turut membuat kajian siapakah Zulkarnain yang sebenarnya. Dari ceramah agama, bloggers, dan beberapa orang eksekutif muda mewujudkan tim “Mencari Zulkarnain” dengan cara mereka sendiri.

Saya juga ditegur kerana tidak memberi jawapan sebenar, siapakah Zulkarnain – Lelaki suci dari surah Al Khafi. Namun jawapan saya sama – jika saya beritahu sapakah Zulkarnain itu mengikut kefahaman saya, maknanya berakhirlah ruang ilmu. Saya tidak mahu mengambil tugas sejarawan, saintis, ulama dan sebagainya. Biarkan saya kekal begini – seorang penerbit, penulis, penyelidik dan pengarah yang sentiasa mahu membuka ruang ilmu baru.

Selagi ia dibincangkan walaupun ia sering juga bertelingkah hujah – tidak mengapa kerana ilmu itu sedang berkembang dan diperkembangkan secara kita sedar atau tidak…

Untuk itu saya yakin Alexander, Zulkarnain akan terus hidup…

SIMS – Rindukan Eagen Sea…

Salam Aidilfitri…

Posted in Senyum Tangis 'Aku' on September 13, 2010 by syirfan

Untuk semua pembaca blog ini, izinkan saya menyusun kata – Salam Aidilfitri, maaf atas kesilapan dan kekhilafan sepanjang perkenalan dan pertemuan di dunia realiti mahupun dunia siber. Moga Allah kurniakan keberkatan sepanjang penulisan, pembacaan dan lewat komen-komen di dalam blog ini.

Salam

Syirfan Indra Mitra Surya b Hussin