Malaysia – Indonesia : Masih Bersaudarakah kita?

HUBUNGAN Malaysia-Indonesia retak lagi. Untuk sekian kalinya, nilai persaudaraan antara dua negara istimewa di Nusantara kembali dipersoalkan. Siri bakar bendera dan lontar najis mewarnai episod konfrontasi yang sukar sudah dibilang dengan jari. Dari lembut tarian pendet dan cinta anak raja hinggalah kepada adegan seterika dan tangkapan buruh asing tidak berdokumen.

Kita semua harus akui bahawa hubungan Malaysia Indonesia hampir sama dengan batasan antara dua negara ini. Selat Melaka dan Laut China Selatan yang jadi pemisah turut membawa pasang surut hubungan. Selepas sekian lama juga – adakah kita masih bersaudara?

Hubungan persaudaraan yang terjalin atas nama Melayu Nusantara terus mewarnai latar sejarah. Walaupun hebat dengan pahlawan jawa dan melayu yang dikhabarkan jadi penakluk laut dan darat, kedua-dua negara ini akhirnya terjajah oleh bangsa Eropah – British dan Belanda. Keutuhan nilai “saudara sebangsa seagama” ini terus mencengkam nilai hubungan walaupun dibatasi oleh penjajah-penjajah ini.

Nilai rasa derita yang dikongsi sama dan usaha untuk membawa Merdeka itu kian merapatkan nilai saudara itu. Nasionalis kedua negara melaungkan kata yang sama – kita harus bersatu untuk kebebasan.

Bezanya bangsa penjajah lebih bijak. Mereka sudah melihat jauh dari nilai kebebasan dan merdeka itu. Mereka sedar bahawa jika kedua negara ini mempunyai hubungan yang dikatakan bersaudara itu cukup kuat, pastinya bangsa dari sebelah timur ini akan menguasai dunia. Dunia timur ini ada segala.

Apa yang bangsa Eropah lakukan? Mereka meragut nilai sejarah dan masa depan dengan membawa kebudayaan, nilai keilmuan dan hampir apa sahaja termasuk ekonomi pulang ke negara mereka. Mereka tinggalkan kita semua dengan keraguan. Keraguan bertambah selepas Malaysia Indonesia di pecahkan. Malaysia di bawah selian British, Indonesia di bawah selian Belanda. Uniknya mereka tidak membina tembok besar seperti mana terjadi di Jerman barat dan timur.

Rupanya Perjanjian Inggeris Belanda 1824 lebih dari sebuah perjanjian biasa. Ia merupakan perjanjian yang meragut nilai “saudara” itu lebih kejam. Kedua negara dibentuk dan diarahkan dengan gaya yang berbeza. Hasilnya juga pasti berbeza. Rakyat Malaysia dan Indonesia pastinya mempunyai penilaian yang berbeza pada setiap isu dan hasil. Tidak lama, kita sudah pun melihat hasil perjanjian itu pada tika ini. Pada tika kita masih hidup.

Kita harus melihat hubungan Malaysia Indonesia lebih dari retorik politik atau metafora budaya. Kita semua harus akui bahawa walaupun bersaudara, kedua negara punya matlamat yang sama tetapi pendekatan yang berbeza. Walaupun bersaudara, persaingan tetap akan berlangsung. Pasti ada yang alah dan pastinya wujud pemenang.

Oleh kerana berkongsi bahasa, bangsa dan agama yangsama, maka makin komplekslah persaingan. walaupun bermain dalam regu yang sama, pasti ada yang mahu dilihat lebih hebat.

Kemodenan pula hadir menambah tekanan. Malaysia yang dilihat beruntung dari sudut ekonomi menjadi pusat tumpuan. Berlakulah migrasi secara besar-besaran. Bagi rakyat Indonesia, semua itu harus dikongsi sama. Bukahkah kita bersaudara?

Mungkin ia agak berbeza di Malaysia. Dengan standard yang kononlah lebih tinggi, rakyat Malaysia hanya mahu jadi tuan. Proses inilah yang menjadi barah. Apa yang berlaku kini adalah kesan panjang dari semua ini.

Bagi rakyat Indonesia, Malaysia terlalu kejam dengan rentetan isu yang berlaku. Bagi rakyat Malaysia, migrasi rakyat Indonesia terlalu ramai hingga berlakunya masalah sosial yang juga berturutan. Lambakan pekerja asing tanpa dokumen juga sangat meresahkan.

Bagi pihak pemerintah kedua negara, mereka kuranglah melatah. Mungkin kefahaman bersama atas isu-isu itu. Hubungan “saudara” pastinya jadi sandaran. Masalahnya ialah masyarakat bawahan yang sentiasa berlagu songsang.

Untungnya rakyat Malaysia tidak ambil kesah. Mungkin kerana media Malaysia lebih terkawal. Namun selama mana semua ini akan terkawal?

Apa solusi kita? Adakah cukup bergantung pada nilai “saudara” itu? Atau kita semua sudah hilang rasa dan makna saudara itu? Atau lebih tajam – masih bersaudarakah kita?

SIMS – Pendapat peribadi

2 Respons to “Malaysia – Indonesia : Masih Bersaudarakah kita?”

  1. hey, dari dulu aku sudah bilang
    aku tak peduli dgn semua itu

    aku masih saudara syirfan
    always..🙂

  2. Nakjadimande,
    Kita memang kekal begitu dan terus begitu. Tetap saudara!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: