Arkib untuk Oktober, 2010

Selipar putus

Posted in Hijrah TV on Oktober 25, 2010 by syirfan

i.

Sehingga semalam (ahad / 24 Oktober), sebanyak 50% jemaah haji Malaysia telah pun berada di tanah suci. 60% daripadanya berada di Madinah dan 40% berada di Mekah. Jumlah jemaah Malaysia di Mekah akan bertambah secara mendadak apabila jemaah dari Madinah akan beransur-ansur ke Mekah dan mulai semalam terdapat penerbangan dari Kuala Lumpur yang terus ke Jeddah – Mekah. Ini adalah penerbangan pertama jemaah yang terus ke Mekah.

 

ii.

Saya ada sepasang selipar yang saya rasa agak stylo. Mungkin juga ia ada nilai sentimental kerana dibeli di Surabaya. Separa kulit.

Untuk menunaikan haji, saya memasang rasa – selipar ini akan saya pakai. Pastinya ia selesa dan akan kelihatan kemas dan bergaya. Saya tidak mahu membawa kasut kerana saya kerana mahu membeli kasut di sana dan tidak mahu membawa terlalu banyak barangan peribadi.

Pakailah saya selipar itu ke Kelana Jaya. Selipar lain tidak saya pandang. Saya tahu selipar ini paling stylo.

Apa Allah kurniakan kepada saya?

Sebelum proses pendaftaran, SELIPAR ITU PUTUS dibahagian tengahnya.

Saya tersentak. Maha suci Allah.

Segera saya betulkan niat. Allah beri pengajaran yang terbaik untuk saya.  Walaupun ia masih boleh dipakai, tetapi jelas  ia kelihatan sangat tidak stylo. Padan muka saya.

Pakailah saya selipar yang putus ke Mekah.  Allah Maha Besar.

 

SIMS – Moga semuanya berjalan lancar.

Advertisements

saya pergi dahulu…

Posted in Hijrah TV on Oktober 22, 2010 by syirfan

Saya pergi dahulu..

Maaf atas segala kekhilafan dan kelemahan saya. Doakan segalanya berjalan lancar.

Jika saya pergi tanpa kembali, saya mengharap semua kawan-kawan menghargai setiap detik pertemuan kita sepertimana saya menghargai kehadiran kawan-kawan dalam hidup saya.

Maaf segala segalanya.

Maha suci Allah.

Saya pergi dahulu…

SIMS : Insyaallah, saya akan cuba memaklumkan status terkini jemaah haji Malaysia melalui blog ini.

Bila tiba panggilan itu…

Posted in Hijrah TV, Senyum Tangis 'Aku' on Oktober 21, 2010 by syirfan

Benar. Allah Maha Besar

Lama juga masa yang saya ambil untuk memberi keyakinan pada diri saya sendiri. Niatnya memang ada. Namun bukanlah sepantas ini. Namun, ketentuan Allah cukup istimewa.

Tanpa persediaan yang cukup sempurna, saya dijemput untuk menunaikan haji tahun ini. Semuanya atas tiket TV Hijrah. Berkerja dan dalam masa yang sama berpeluang untuk menunaikan umrah dan Haji.

Subhanallah.

Saya sememangnya punya niat untuk hadir ke sana. Selepas melewati tanah-tanah arab lewat kunjungan kerja saya di benua itu, kunjungan ke Mekah dan Madinah adalah pelengkapnya. Namun, bukanlah sesegera ini.

Tapi saya yakin bahawa Allah punya perancangan yang baik untuk saya. Allah permudahkan segala urusan. Allah beri saya matlamat. Tugas saya kini adalah melaksanakan. Insyaallah, 22 Oktober ini saya terbang ke Jeddah.

Maha suci Allah.

Syukur atas kurnia ini. Moga dipermudah lagi segala urusan. Terima kasih atas segala doa. Moga diperoleh haji yang Mabrur. Insyaallah.

Benar. Apabila tiba sahaja pangggilan itu, siapa kita untuk menafikannya…

“Rabbi yassir wala tuasir”

SIMS : syukur

Mungkin anda yang Hijrah TV cari…

Posted in Hijrah TV on Oktober 13, 2010 by syirfan

Minggu ini telefon di Hijrah TV terus bertingkah bunyi. Sahut menyahut.

Kami pula bagai sudah menjangka. Lebih 80 peratus panggilan telefon pastinya berkait dengan pencarian bakat baru yang di war-warkan baru-baru ini di Utusan Malaysia.

Seperti yang sedia maklum, sesi uji bakat ini bakal berlangsung 16 Oktober ini bermula jam 10 pagi hingga 5 petang. Sebagai pegawai yang bertanggungjawab dalam urusan uji bakat ini, lemah longlailah saya menjawap setiap persoalan yang tidak henti.

Dek kerana banyaknya, peninglah juga saya menjawap setiap persoalan. Oleh kerana saya bagai tidak mahu mengulang jawap, saya catatkan di sini beberapa soalan yang sering hadir dan jawapan stardard dari saya.

1. Soalan: Apakah pakaian yang perlu saya pakai untuk hadir dalam sesi ujibakat ini.

Jawapan : Paling utama mesti menutup aurat. Kami serahkan selebihnya kepada anda. Anda lebih tahu mana pakaian yang sesuai dan cantik untuk diri anda.

2. Soalan : Saya sudah terlajak 2 tahun dari garis masa umur yang ditetapkan. Bolehkan saya hadir?

Jawapan : Boleh. Hadirlah. Kami menerima anda dengan senang hati. Walaupun kami menetapkan umur calon kepada 18-30 tahun, kami tetap menerima anda yang berumur 31 dan 32 serta mereka yang berumur 17 tahun.

3. Soalan: Adakah tempat parking kereta berdekatan dengan tempat ujibakat dan jika saya terpilih adakah saya akan mempunyai petak parking saya sendiri?

Jawapan : Anda boleh meletakkan kereta di Masjid Negara atau kawasan parking di sebelah Pusat Islam. Tiada petak parking yang disediakan untuk pekerja kecuali CEO dan Pengurus Besar sahaja.

4. Soalan : Saya pernah hadir untuk sesi uji bakat yang lalu. Boleh saya hadir sekali lagi?

Jawapan : Boleh. Apa salahnya.

5. Soalan : Adakah sesi uji bakat ini akan dirakam dan adakah sesi uji bakat akan disiarkan seperi rancangan Akademi Fantasia?

Jawapan : Ya, sesi ujibakat ini akan dirakam tetapi tidak akan disiarkan.

6. Soalan : Saya sering hadir dalam sesi ujibakat. Bolehkah saya memilih masa untuk saya di uji bakat dan bolehkah saya memilih panel penilai kerana saya mengenali kebanyakan penilai-penilai tersebut?

Jawapan : Konsep kami mudah. Siapa cepat dia dahulu akan diuji bakat. Maaf, anda tidak boleh memilih. Pihak pendaftaran akan memilih secara rawak di mana dan oleh siapa anda akan dinilai.

7. Soalan : Apakah soalan yang bakal ditanya?

Jawapan : . Subjek soalan terbuka. Biasanya penilai akan bertanya tentang subjek yang selesa untuk dibicarakan oleh calon.Penilai akan membuat penilaian berasaskan jawapan yang diberikan oleh calon.

8. Soalan : Bagaimana dengan foto? apakah pose yang perlu saya rakamkan?

Jawapan : Kami hanya menetapkan saiz foto tersebut iaitu 3R. Pose-pose tersebut terserah kepada anda.

9. Soalan : Adakah gaji yang ditawarkan lumayan?

Jawapan : Sukar untuk saya jawap soalan itu. Saya tidak tahu.

10. Apakah kriteria pengacara yang dicari oleh Hijrah TV?

Jawapan : Kami mencari seorang calon yang boleh berfikir secara kritis serta pantas dalam membuat penilaian. Kami juga mahukan sesorang yang punyai prinsip hidup yang jelas serta selaras dengan matlamat kami iaitu menonjolkan keunikan dan keindahan Islam. Kami juga mahukan pengacara yang berjiwa besar, punya idea yang luar biasa serta sedia bersusah payah dengan kami untuk membawa dimensi baru dunia penyiaran.

 

SIMS : Jumpa sabtu nanti.

Tragedi Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan

Posted in Sebuah negara bernama "Malaysia" on Oktober 12, 2010 by syirfan

Tragedi Kilometer 223, Lebuh Raya Utara Selatan.

12 terbunuh, lebih 40 orang dilaporkan cedera

Apa lagi yang mahu di ulas?

Sudah tiba masanya penilaian kita bukan kepada konsep – “apa yang kita LEBIH” tetapi konsep ” apa lagi yang kita KURANG”

Takziah dan Al Fatihah

SIMS : Tidak sampai hati nak letak gambar-gambar mangsa kemalangan.

Anda punya bakat?

Posted in Hijrah TV on Oktober 10, 2010 by syirfan

Salam,

Jika anda merasakan diri anda punya bakat untuk menjadi pengacara TV, sila hadir untuk sesi uji bakat pada 16 Oktober ini. Maklumat lanjut (klik di sini)

Jumpa di Hijrah!

Pencarian bakat kembali…

Posted in Hijrah TV on Oktober 4, 2010 by syirfan

Pencarian Pembaca Berita / Pengacara TV Al Hijrah diteruskan.

Sesiapa berminat, sila hadir ke Pejabat Al Hijrah TV pada 16 Okt, dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

Maklumat tambahan akan diberikan dalam masa terdekat.