Anda punya bakat?

Salam,

Jika anda merasakan diri anda punya bakat untuk menjadi pengacara TV, sila hadir untuk sesi uji bakat pada 16 Oktober ini. Maklumat lanjut (klik di sini)

Jumpa di Hijrah!

11 Respons to “Anda punya bakat?”

  1. Insya Allah saya Effendy umur 28..dan kawan saya Irfan nak hadir nak hadir… pengalaman saya sebagai mc, deejay, event manager , fasilitator, motivator cukup banyak menjangkau lebih 10 tahun.. berpuluh-puluh kertas kerja, kertas konsep telah dihasilkan.. cuma sayangnya saya tiada diploma… ada STPM sahaja.. tapi sbenarnya STPM adalah setaraf dgn diploma..saya di semester akhir ijazah undang-undang sbg pelajar luar kampus/separuh masa… aktif bersama pusat latihan pidato profesional malaysia.. saya tetap nak mencuba sbb TV Al-Hijrah suatu konsep yg cukup2 menarik dan jika saya terpilih saya nak ucapkan terima kasih pd En. Sims.. dan saya yakin kelebihan yg saya ada akan membantu TV Al-Hijrah..cumanya saya paling tinggi belajar STPM… ada masa lawatilah blog saya di http:/tasbihqasih.blogspot.com .. saya pengikut setia blog tuan dah dah linkkan blog tuan di blog saya di ruangan blog favourite mix.. syukran…

  2. Tuan Affendy,
    Terima kasih atas keprihatinan. Moga segala usaha kita diberkati.

  3. en syirfan,
    pagi tadi sy ada hubungi tv hijrah. pihak tv hijrah maklumkn pd sy, bahawa utk ujibakat 16 okt ni, fokus utk penyampai berita sebab, ujibakat 18 n 19 september hari tu, fokus kpd pncarian bakat pengacara. jadi sy nak kepastian drpd en syirfan, sebab di blog encik syirfan menyatakan “Jika anda merasakan diri anda punya bakat untuk menjadi PENGACARA TV, sila hadir untuk sesi uji bakat pada 16 Oktober ini.” Terima kasih.

  4. Izni,
    Pencarian kali ini turut melibatkan pencarian pengacara TV. Hadirlah Sabtu ini.

  5. jika dah hadir 18 september hari tu, boleh dtg lagi x utk ujibkt 16 okt ni? sebab saye tak pasti status sy sbg calon ujibakat hari tu, sama ade dalam pertimbangan/ada peluang/disenarai pendek atau sebaliknya.. mcm mane ye en syirfan?

  6. Izni,
    Hantarkan nama penuh anda di syirfan@tvalhijrah.com. Saya boleh checkkan status anda. Kalau mahu hadir sekali lagi untuk mematangkan diri, silakan.

  7. Ok, sy dah hantar nama penuh. thanks en syirfan

  8. Izni,
    esok saya tengokkan. Terima kasih

  9. Assalamualaikum..
    Nama saya Wan Mohd Firdaus dari Ipoh Perak. Saya turut juga hadir dalam sesi pertama ujibakat pada 18 september yg lepas, jadi sekarang saya masih lagi belum menerima apa-apa panggilan dari pihak Tv Al Hijrah. Berikutan yg pihak Tv Al Hijrah akan mengadakan sesi yang kedua, jadi kalau boleh saya ingin tahu juga samaada nama saya dalam pertimbangan/ada peluang/disenarai pendek atau sebaliknya? Boleh ke saya menghantar nama penuh saya ke email En.syirfan seperti yang dilakukan oleh saudara Izni?

    Soalan saya yang kedua, saya sebenarnya lebih berminat untuk manjadi penyampai berita dan beikutan dengan itu, mmg saya berhajat untuk menghadiri ujibakat yang kedua in? Jadi adakah ujibakat kali ini berbeza En.Syirfan disbbkan ujibakat yang lalu kalau kebiasaannya jikalau untuk menguji bakat dalam penyampaian berita, selalunya akan diberi texs untuk dibaca. Kerana pada sesi pertama itu tiada pula texs yang diberi..diharapkan En.Syirfan dapat memjawab persoalan saya ini, sekian terima kasih..

  10. Salam Wan,
    Saya pasti nama saudara tidak disenarai pendekkan. walaupun bagaimana pun, kami sedia untuk menerima saudara sekali lagi. Mungkin kali ini saudara boleh mengubah cara penampilan dan cara penyampaikan sesuatu.

    Untuk sesi yang lalu juga kami ada membuat uji bakat untuk pembaca berita. Namun begitu penilaian pembaca berita ini sangat ketat. Pastinya penilaian utama adalah suara. Saya pasti penilai membuat kesimpuan suara saudara tidak sesuai untuk menjadi pembaca berita untuk masa ini. Itu sebabnya mereka tidak memberi teks untuk dibaca. Untuk pengetahuan, pembaca berita harus mempunyai lenggok bahasa yang unik dan kemas serta mempunyai base yang istimewa. Biasanya calon untuk pembaca berita berkebolehan untuk VO pada mana-mana program.

    Untuk pengetahuan juga penilai merupakan penerbit-penerbit yang biasa melaksanakan VO ini. Mereka tahu menilai suara VO itu sesuai untuk program atau tidak. Jika sesuai barulah penilaian seterusnya untuk pembaca berita. Moga faham situasi ini.

    Cadangan saya, saudara boleh hadir dan terus mencuba. Industri ini pengukuhannya adalah pengalaman. Ada yang beberapa tahun memcuba baru berjaya. Terus mencuba dan tak rugi pun setiap pengalaman. Terima kasih. Ketemu sabtu ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: