Mungkin anda yang Hijrah TV cari…

Minggu ini telefon di Hijrah TV terus bertingkah bunyi. Sahut menyahut.

Kami pula bagai sudah menjangka. Lebih 80 peratus panggilan telefon pastinya berkait dengan pencarian bakat baru yang di war-warkan baru-baru ini di Utusan Malaysia.

Seperti yang sedia maklum, sesi uji bakat ini bakal berlangsung 16 Oktober ini bermula jam 10 pagi hingga 5 petang. Sebagai pegawai yang bertanggungjawab dalam urusan uji bakat ini, lemah longlailah saya menjawap setiap persoalan yang tidak henti.

Dek kerana banyaknya, peninglah juga saya menjawap setiap persoalan. Oleh kerana saya bagai tidak mahu mengulang jawap, saya catatkan di sini beberapa soalan yang sering hadir dan jawapan stardard dari saya.

1. Soalan: Apakah pakaian yang perlu saya pakai untuk hadir dalam sesi ujibakat ini.

Jawapan : Paling utama mesti menutup aurat. Kami serahkan selebihnya kepada anda. Anda lebih tahu mana pakaian yang sesuai dan cantik untuk diri anda.

2. Soalan : Saya sudah terlajak 2 tahun dari garis masa umur yang ditetapkan. Bolehkan saya hadir?

Jawapan : Boleh. Hadirlah. Kami menerima anda dengan senang hati. Walaupun kami menetapkan umur calon kepada 18-30 tahun, kami tetap menerima anda yang berumur 31 dan 32 serta mereka yang berumur 17 tahun.

3. Soalan: Adakah tempat parking kereta berdekatan dengan tempat ujibakat dan jika saya terpilih adakah saya akan mempunyai petak parking saya sendiri?

Jawapan : Anda boleh meletakkan kereta di Masjid Negara atau kawasan parking di sebelah Pusat Islam. Tiada petak parking yang disediakan untuk pekerja kecuali CEO dan Pengurus Besar sahaja.

4. Soalan : Saya pernah hadir untuk sesi uji bakat yang lalu. Boleh saya hadir sekali lagi?

Jawapan : Boleh. Apa salahnya.

5. Soalan : Adakah sesi uji bakat ini akan dirakam dan adakah sesi uji bakat akan disiarkan seperi rancangan Akademi Fantasia?

Jawapan : Ya, sesi ujibakat ini akan dirakam tetapi tidak akan disiarkan.

6. Soalan : Saya sering hadir dalam sesi ujibakat. Bolehkah saya memilih masa untuk saya di uji bakat dan bolehkah saya memilih panel penilai kerana saya mengenali kebanyakan penilai-penilai tersebut?

Jawapan : Konsep kami mudah. Siapa cepat dia dahulu akan diuji bakat. Maaf, anda tidak boleh memilih. Pihak pendaftaran akan memilih secara rawak di mana dan oleh siapa anda akan dinilai.

7. Soalan : Apakah soalan yang bakal ditanya?

Jawapan : . Subjek soalan terbuka. Biasanya penilai akan bertanya tentang subjek yang selesa untuk dibicarakan oleh calon.Penilai akan membuat penilaian berasaskan jawapan yang diberikan oleh calon.

8. Soalan : Bagaimana dengan foto? apakah pose yang perlu saya rakamkan?

Jawapan : Kami hanya menetapkan saiz foto tersebut iaitu 3R. Pose-pose tersebut terserah kepada anda.

9. Soalan : Adakah gaji yang ditawarkan lumayan?

Jawapan : Sukar untuk saya jawap soalan itu. Saya tidak tahu.

10. Apakah kriteria pengacara yang dicari oleh Hijrah TV?

Jawapan : Kami mencari seorang calon yang boleh berfikir secara kritis serta pantas dalam membuat penilaian. Kami juga mahukan sesorang yang punyai prinsip hidup yang jelas serta selaras dengan matlamat kami iaitu menonjolkan keunikan dan keindahan Islam. Kami juga mahukan pengacara yang berjiwa besar, punya idea yang luar biasa serta sedia bersusah payah dengan kami untuk membawa dimensi baru dunia penyiaran.

 

SIMS : Jumpa sabtu nanti.

3 Respons to “Mungkin anda yang Hijrah TV cari…”

  1. Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih pada En. Syirfan sebab melalui blog En. Syirfanlah sebagai asbab saya dapat tahu tentang TV Al-Hijrah.. Saya dah buat yang terbaik ketika audition dan selebihnya saya tawakal saja. Para juri adalah profesional dan mereka akan pilih yang terbaik.. Sempat jugalah saya bersalam dengan En. Syirfan sebelum audition tapi yg membuat ujibakat bukan En. Syirfan.. Yang menariknya masa mereka minta perkenalkan diri.. Saya mulakan dengan pantun ini..

    “Jika tidak kerana bulan, masakan bintang terbit tinggi, jika tidak kerana BLOG ENCIK SYIRFAN,masakan saya ada hadir ke mari..”

    hehe.. ketawa akak juri tu.. saya seronok, enjoy dan menganggap ini sebagai medan pengalaman yg cukup menarik utk saya belajar ttg kehidupan melalui audition ini. Terpilih atau tidak itu bukan persoalan, yg paling penting pengalaman baru yg tidak ternilai… Terima kasih sekali lagi kpd En. Syirfan.. Wassalam..

    p.s:- Saya abadikan pengalaman audition TV Al-Hijrah ini dalam blog saya dengan gambar-gambar sekali..Jemput tengok ye.. Blog saya —->

    http://tasbihqasih.blogspot.com/

  2. Saudara Zul,
    Saya ingat saudara. kenapa tak perkenalkan diri. Katalah saya tuan punya tasbihqasih. Pasti saya akan kenal terus.

    Terima kasih kerana hadir. Insyaallah, jika ada ketentuanNYA, Insyaallah. Jika tidak dapat pun, anggaplah ia satu pengalaman dan ia bakal mendewasakan. Insyaallah, uji bakat lain akan menyusul.

    Salam ukhwah

  3. salam encik syirfan..
    saya nur izni yg datang ujibakat pengacara di tv alhijrah pada 16oktober ari tu. (jika encik syirfan ingat, encik syirfan cadangkn agar sy diberi jwtn wrtwn penyiaran, tapi perlu dinilai oleh pihak penilai yg lain terlebih dahulu)..
    Dh hampir sebulan lebih,namun tiada apa2 feedback dr tv hijrah..jadi,adakah sy masih ada peluang utk bekerja di tv alhijrah atau sebaliknya..terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: