Arkib untuk Mac, 2011

Bilik Media Mahkamah Jalan Duta

Posted in Uncategorized on Mac 14, 2011 by syirfan

Tiba-tiba saya berada di bilik media Mahkamah Jalan Duta!

Dek kerana malas menunggu isteri yang sepatutnya menjemput saya di stesyen Putra, saya mengambil keputusan untuk menunggu beliau di tempat kerjanya, Mahkamah Jalan Duta.

Dapatlah saya menyelinap masuk ke bilik yang saya ketegori dimana “segala rahsia perbicaraan” berkumpul di sini. Biliknya kecil sahaja tetapi saya rasa mampu memuatkan lebih dari 30 wartawan dalam keadaan sendat dalam satu satu masa.

Tika saya hadir, mereka sibuk dalam tugasan masing masing terutamanya membuat laporan kes Teo Beng Hok yang sedang sibuk dibicarakan. Apa yang boleh saya katakan, mereka inilah wartawan wartawan istimewa. Pada hujung jari mereka setiap cerita dan berita di dalam kamar bicara akan disampaikan kepada semua.

Merekalah yang saya rasa punya kuasa eksekutif untuk menceritakan sesuatu kes yang mereka layani setiap hari di kamar bicara. Jika mereka menambah sedikit sahaja rempah dalam laporan mereka, yang jahat akan kelihatan sangat jahat, yang baik akan kelihatan sangat sangat baik dan mungkin juga mengubah pandangan masyarakat secara total terhadap sesuatu itu.

Jangan terperanjat jika otai-otai wartawan mahkamah ini lebih pandai dari peguam. Maklumlah setiap hari berada di kamar bicara.

Namun mereka juga harus sangat jujur. Mereka harus melaporkan apa yang mereka lihat dan teliti sambil memegang rahsia. Apa yang boleh disampaikan dan apa yang tidak boleh disampaikan.

Jujurnya saya tak mampu jadi wartawan seperti mereka. Saya sentiasa mahu bercerita dan pastinya banyak nanti rahsia mahkamah terbongkar.

Lewat petang sudah, namun mereka masih leka di depan monitor. Saya pula terkulat kulat menunggu… Hehehe

Posted with WordPress for BlackBerry.

Naik Bus dan Teknologi Terkini

Posted in Senyum Tangis 'Aku' on Mac 14, 2011 by syirfan

Catatan ini ditulis tika dalam perjalanan dari Kemasik ke Kuala Lumpur. Kali ini menaiki bus selepas meninggalkan anak anak dan kereta di Kemasik.

Dalam kebosanan meneroka BlackBerry (BB) ini. Rupanya BB ini membolehkan saya menghantar entry dengan mudah. Ingat boleh berFB jer.

Positifnya, terbuka satu lagi ilmu teknologi baru dan tiada lagi alasan untuk tidak mengemaskini blog.

Posted with WordPress for BlackBerry.