S.I.M.S

Syirfan Indra Mitra Surya b. Hussin- S.I.M.S. Berasal dari Bahau, Negeri Sembilan. Mula mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Lui Timur. Kemudiaannya ke Tuanku Muhammad School (TMS). Bergraduat di Universiti Putra Malaysia pada tahun 2000 dalam bidang Linguistik Melayu dan Penulisan Kewartawanan.

Mula terlibat dalam industri penyiaran sejak tahun 2000. Bermula di RTM selaku penulis skrip dan kemudiannya penerbit rancangan. Menjelajah dari stesen TV dan Production House- Menerokai daerah kecil dan negara-negara besar- Memahami gaya hidup dan pelbagai ras budaya. Menulis lebih dari 1000 buah skrip untuk dokumentari atau bual bicara. Menghasilkan dokumetari-dokumentari pelbagai jurnal. Antara yang terbesar seperti Ginseng Untuk Dunia dan Subuh Berdarah Di Kuala Krau.

Akhirnya 2006, mula bertugas di FM Production Sdn. Bhd, terlibat dalam penerbitan Expose, Expose Mistik, Atlas Nusantara, Epik dan sebaginya. Jawatan terakhir di FM Producton sebagai  Manager (Editorial / Content).

Tahun 2007, berjaya mencatat nama sebagai wartawan Malaysia pertama menjejak kaki ke wilayah bergolak Dagestan, Rusia. Kejayaan ini terakam dalam program Ziarah 2- Rusia.

Turut terlibat dalam penerbitan dokumentari Khas Kisah Ina: Balada Gadis HIV sebagai pengarah dan penerbit. Dokumentari ini berjaya menimbulkan kontroversi berkaitan dengan isu pelacur yang dibawa.

Dalam tahun 2007 dokumentari “Keris” untuk National Geographic juga berjaya dihasilkan selepas bertindak sebagai penulis skrip dan penerbit.

Mengembara sekitar Russia, Greece, Mesir, Yamen, Iran, dan India serta bertindak sebagai penerbit dan penulis skrip untuk projek mega dokumentari “Alexander Bukan Zulkarnaian”.

Menunaikan tugas sebagai Penerbit / Penulis skrip dan Pengarah untuk “Madrasah Salasilah Rasullulah” di Mesir, Yaman dan Syria,

Sedang menyiapkan satu lagi adikarya sejarah – Sybil Kartigesu

35 Respons to “S.I.M.S”

  1. Tahniah… Usaha dan kesungguhan anda dalam kerja-kerja anda ini memberi manfaat kepada semua dan diberi kerberkatan olehNya. Teruskanlah berkarya dan teruskan perjuangan anda. Daripada sahabatmu anak felda/TMS in memori. Ape email kau ha.

  2. Salam…
    Lama tak dgr berita dari ko…nasib baik ko sms raya,kalau tak mmg hilang terus ko dari phonebook aku.hehehe… apa pun semoga berjaya bro..sekurang²nya ko dah buktikan pada member² lain kejayaan ko sekarang ni.Insyaallah senang² kita jumpa.

  3. Bro,
    gua juga boleh dihubungi di syirfanindra@yahoo.com

  4. azizah a.k.a jijah Says:

    woow..impressed and amazed.
    ..u did good job…anyway abangsyirfan ingat saya lagi ke..satu angkatan kelab Jentayu KKD dulu..

    please contact by email

  5. azizah a.k.a jijah Says:

    sorry not KKD but KK6

  6. Azizah…
    Mana mungkin saya terlupa saat penting dalam kehidupan saya. Mustahil juga saya lupakan semua yang hadir dalam hidup pada tika itu. Selamat kembali bertemu. Sudi-sudilah melayari blog ini.

  7. Alhamdulillah…besar kejayaan yg abg kecapi..dan rasanye besar lg pengorbanan yg abg lalui kan..sy doa’kan yg terbaik utk abg sekeluarga…

  8. Terima kasih Annazs…
    Doa saya juga mengiringi keluarga tuan…

  9. Kita pernah berada dalam satu daerah, Bahau.

    Dunia kecil jika kita tidak cuba menggeledahnya. Kagum dengan jauhnya perjalanan saudara.

    Semoga apa yang dipaparkan bermanfaat jua kepada semua. InsyaAllah.

    *Sedang menanti “Alexander Bukan Zulkarnaian” esok.

  10. Bayan, terima kasih kerana sudi singgah. Bahau? suatu masa dahulu banyak burung bayan di sana. Lama juga nak cari burung-burung bayan itu. Tak sangka jumpa disini. hehehe. Salam perkenalan…

    Sudi-sudilah menonton “Alexander Bukan Zulkarnain – The Making” 9 Jan. Terima kasih sekali lagi.

  11. Salam…

    Sebolehnya saya mahu ikuti rancangan Alexander Bukan Zulkarnain itu setiap Jumaat di Astro Oasis. Tapi memandangkan sekarang saya sibuk bekerja, nampaknya saya tak dapat ikuti rancangan itu diawal episod.

    Walau apapun saya memang suka menonton rancangan travelog seperti program Ziarah2. Semoga usaha anda ini sentiasa diberkati dari Allah…

    Terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya…

  12. Areefah,
    Terima kasih atas sokongan. Kami berusaha untuk menerbitkan program ini dalam bentuk DVD. Moga ia membawa kesan besar kepada semua.

    terima kasih

  13. Tuan Syirfan,

    Saya ucapkan tahniah atas pencapaian tuan dalam bidang penyiaran khususnya dokumentari. Individu seperti tuan tentu dapat memberikan manfaat kepada masyarakat khususnya dalam memastikan ilmu dan maklumat segar disalurkan melalui wahana media. Media tidak lagi menjadi instrumen yang sering dilihat merosakkan sebaliknya ia menjadi satu instrumen yang membina, mengembangkan minda, menggugah pemikiran dan mencipta kesedaran.

    Usaha tuan ini besar. Moga mendapat bantuan Yang Maha Esa. Jika ada ruang kita bekerjasama, saya amat-amat berbesar hati dan mengalu-alukannya.

    Semoga kita semua ada sumbangan yang bermanfaat kepada masyarakat.

    Terima kasih.

  14. Salam, saya minta izin untuk masukkan blog tuan ke dalam blog saya ye

  15. Ikram…
    Segalanya untuk agama dan bangsa. Moga pertemuan nanti bawa kebaikan.

  16. Tiada masalah arrefah…

  17. Sekalung tahniah buat mu saudara syirfan!!! Aku bangga kerana aku pernah mengenali insan kreatif sepertimu…

    teruskan kecemrlangan mu…
    JAmal (ex tms)

    Tq, tq. keep in touch. syirfanindra@yahoo.com

  18. anizan jazit Says:

    salam,
    Apapun tahniah diucapkan kepada org sekampung yang berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa. teruskan usaha yang baik demi agama bangsa dan negara.

    terima kasih orang kampung… hehehe

  19. Syirfan, seperti yang i kenal u dulu….kreatif dan penuh dengan semangat baru yan berkobar-kobar. tahniah atas usaha gigih dan membanggakan. Semoga kita bakal menjadi pasukan yang sama-sama memartabatkan bahasa, budaya dan agama di mata dunia. Insya-Allah.

    Selamat maju jaya dalam segala lapangan yang diceburi.

  20. Syirfan, one more thing….bangga juga bila ramai graduan macam kita akhirnya berjaya dalam bidang yang tak siapa pernah sangka! Teruskan usaha ya! All the best!

  21. woww…
    tak sangka kawan aku nie betul-betul meminati bidang penulisan.Setelah aku bca blog nie aku rasa kau memang layak.Aku nak beri satu cadangan setelah kau membuat kaji selidik ke negara orang apa kata kau cuba mengkaji pulak tentang MELAYU…. see yaa

  22. ali tarim Says:

    salam ramadan…saya difahamkan 20 ogos khamis dokumentari madrasah saya akan keudara…adakah ia benar?kerana saya ingin maklumkan kepada keluarga saya…..sekian

  23. Assalamualaikum, saya minat & tertarik menonton dokumentari Rosli Dhoby & Madrasah Salasilah Rasulullah yang diterbitkan oleh saudara. Tahniah! Dokumentari2 sejarah sebegini memang bagus & bermanfaat.

    Boleh saya minta emel saudara? Saya ada sebuah permintaan, cadangan & kerjasama dengan saudara. Sebenarnya saya telah lama menyimpan hasrat ini. Saya berhasrat hendak membuat & mengacarakan sebuah dokumentari sejarah. Kalau boleh kita bekerjasama dalam hal ini.

    Sebenarnya saya berhasrat hendak buat & mengacarakan dokumentari mengenai kehidupan ulama2 seluruh dunia. Kira macam jejak ulamalah. Kita jejak tempat2 yang ada kaitan dgn kehidupan ulama itu. Kalau saudara mahu tahu saya seorang penulis buku. Lebih kepada yang berkaitan mengenai biografi2 ulama. Saya masih penulis baru lagi.

    Judul buku saya ialah Lembaran Hidup Ulama’ terbitan Hijjaz Records Publishing. Buku tersebut masih baru lagi. Kita boleh buat dokumentari tersebut berdasarkan buku saya tersebut. Penggambaran dokumentari tersebut saya bercadang hendak buat mula awal tahun depan. Kita mula mengembara ke seluruh dunia di tempat2 yang ada kaitan dengan kehidupan ulama. Terutama Syria, Jordan, Madinah & Indonesia.

    Harap kita dapat bekerjasama dalam merealisasikan hasrat & impian saya ini. Ataupun saudara boleh emel kepada saya. mauswah@alwahy.com

    Sekian,
    M.A.Uswah,
    Penulis buku Lembaran Hidup Ulama’
    http://tamanulama.blogspot.com

  24. adikmu ( belalang) Says:

    salam….
    “tiada bicara selain mengharap agar ikatan rasa buat kesekian lama kembali segar. adikmu ini amat mengimpikan saat saat mengenal apa itu bicara akal dan nilai budi yang sama-sama kita lalui segar dalam ruang masa. Ingat!!! Dalam setiap gerak tari itu, akarnya dilupa jangan. ” 0132080349

  25. Assalamualaikum….

    Saya berminat untuk menyertai aktiviti sosial di lorong haji taib. Bagaimana boleh saya berhubung dengan saudara? tolong respon ke email saya.

    Terima kasih

  26. Assalamualaikum…

    saya baru belajar buat blog dan saya terjumpa blog nie,
    mmg best, sy ske baca entry2 yg ade…bila baca psl penulisnye, ternyata seorang yang berjaya…tahniah dan teruskan usaha anda…kami semua menyokong… =)


    Yana,
    Terima kasih. Saya juga telah berkunjung ke blog saudari. Moga terus sukses ya…

  27. zainal azman haji bidin Says:

    3 julai, 2010 8.00 mlm baru-baru ni satu pentomen dipersembahkan di hadapan YB Menteri Dalam Negeri sempena mengenang pejuang negara. Pentomen itu bertajuk “Subuh Berdarah Di Kuala Krau”. Ramai yang menangis menghayati persembahan tersebut. Dato’ Rais Yatim pun turut menonton.

  28. 3 julai, 2010, 8.00 mlm baru-baru ni di Dewan Merdeka PWTC, satu pentomen bertajuk “SUBUH BERDARAH DI KUALA KRAU” dipersembahkan di hadapan YB Menteri Dalam Negeri, Dato’ Sri Hishamudin Husin dan YB Menteri Penerangan, Dato’ Sri Rais Yatim sempena program mengenang pejuang negara. Ia adalah anjuran Persatuan Bekas Polis Malaysia. Cukup hebat persembahan tersebut. Ramai penonton yang menangis menghayati persembahan tersebut.

  29. Saudara Zainal
    HArap karyanya memberi kesan besar kepada sejarah dan perspektif. TAjuknya pun sama dengan karya saya sebelum ini. hehehe. kebetulan mungkin

  30. Izyan,
    Nampaknya karya saya yang dulu-dulu masih ada kesinambungannnya.. hahahaha. moga bawa kebaikan

  31. sarah zainal Says:

    salam.tuan sy amat berminat utk mdptkn karya tuan-subuh bdarah d kuala krau.juga ingin sgt mengetahui pensejarahan sbnar subuh bdrah d k krau kerna sb ank jati phg sy ingn mngetahui lbh lanjut pjuang2 yg terlibat waktu itu,o ye kopral wok tu berasal dr mane?tkasih

  32. bagaimana sy blh hubungi encik Syirfan Indra Mitra Surya b. Hussin?

  33. Nadia,
    tinggalkan no telefon. Saya akan hubungi nadia.

  34. salam.
    saya taip perkataan ‘belasungkawa’ utk mengetahui maknanya dan yahoo memberikan laman saudara sebagai cadangan. lain yg dicari, lain pula yg berjumpa.

    terjumpa laman ‘travelogue’ yg menarik ni.
    seronok baca catatan pengalaman disamping sejarah2 yg diberikan sekali.
    insyaAllah, akan jadi pengikut laman saudara ni.

    wassalam …

    (terus ‘bookmark’ laman ni )

  35. Assalammualaikum. Syukur Alhamdulillah.Sungguh bertuah saudara dpt menjadi warga kerja Hijrah TV. satu peluang besar menjalankan kerja anda sebagai seorang khalifah. Mohon bertanhya bagaimanakah boleh saya atau bekas-bekas wartawan dpt mencari pekerjaan ataupun menyumbangkan apa-apa bahan ke stesyen TV Al-Hijrah. Bolehkah saya dpt emel saudara SIMS. Terima Kasih. Salam Jazakumullahu khayran minha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: