Archive for the Buah Fikiran Category

Lama.Lupa!

Posted in Buah Fikiran, Senyum Tangis 'Aku' on Mei 27, 2013 by syirfan

PASSWORD!

“Treat your password like your toothbrush.

Don’t let anybody else use it, and get a new one every six months”

Clifford Stoll

Sebenarnya ia kesan dari kemalasan yang membiak-biak. Melata-lata. Tiada penafian dan tidak perlu dinafikan. Oleh kerana terlalu bermalasan untuk mengemaskini lama ini, akhirnya saya – lupa password blog ini!

Selepas siri mencari (sebenarnya mencuba nasib) itu gagal, terpaksalah saya mengalah dengan memohon untuk reset password yang lama dan menggantikannya dengan password yang baru. Walaupun nampak macam tidak ada masalah, tapi terasa juga peluh dingin menampar dermis akibat ketakutan – kehilangan terus laman ini.

Syukur. Ia sukses dan kembalilah saya mengetuk kata-kata untuk memastikan ia tidak bersawang lagi. Mungkin saya akan kembali bermalasan di laman ini, tapi saya tidak pernah lupa. Ia laman yang memberi saya harga kepada sebuah perjuangan. Walaupun tidak mahal, tetapi ia bernilai pada saya. Sangat bernilai.

Azam saya untuk kembali beraksi di laman ini.

Saya berniat untuk kembali beraksi… hehe

SIMS

Malaysia – Indonesia : Masih Bersaudarakah kita?

Posted in Buah Fikiran, Sebuah negara bernama "Malaysia" on September 27, 2010 by syirfan

HUBUNGAN Malaysia-Indonesia retak lagi. Untuk sekian kalinya, nilai persaudaraan antara dua negara istimewa di Nusantara kembali dipersoalkan. Siri bakar bendera dan lontar najis mewarnai episod konfrontasi yang sukar sudah dibilang dengan jari. Dari lembut tarian pendet dan cinta anak raja hinggalah kepada adegan seterika dan tangkapan buruh asing tidak berdokumen.

Kita semua harus akui bahawa hubungan Malaysia Indonesia hampir sama dengan batasan antara dua negara ini. Selat Melaka dan Laut China Selatan yang jadi pemisah turut membawa pasang surut hubungan. Selepas sekian lama juga – adakah kita masih bersaudara?

Hubungan persaudaraan yang terjalin atas nama Melayu Nusantara terus mewarnai latar sejarah. Walaupun hebat dengan pahlawan jawa dan melayu yang dikhabarkan jadi penakluk laut dan darat, kedua-dua negara ini akhirnya terjajah oleh bangsa Eropah – British dan Belanda. Keutuhan nilai “saudara sebangsa seagama” ini terus mencengkam nilai hubungan walaupun dibatasi oleh penjajah-penjajah ini.

Teruskan membaca

Arinaz Mazhar Hakim, andaian dan hubungan Malaysia-Brunei

Posted in Buah Fikiran, Sebuah negara bernama "Malaysia" on Jun 17, 2010 by syirfan

Sejurus mengetahui berita penceraian Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, saya berlegar-legar di laman-laman web untuk mencari cerita disebalik berita yang diumumkan Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Paduka Abu Bakar menerusi slot berita Radio Televisyen Brunei (RTB).

Dari satu laman ke satu laman yang lain, pada penghujungnya saya gagal menemui jawapannya. Namun begitu, saya menjumpai sesuatu yang jauh lebih “kompleks” dari kes penceraian itu sendiri.

Saya dan mungkin ribuan yang lain membawa persoalan yang sama : kenapa Azrinaz di ceraikan? Bukahkan Azrinaz kelihatan sangat gembira dengan kehidupan di istana dan pastinya menimbulkan cemburu hampir pada sebahagian wanita lain di Malaysia dan Brunei.

Sangat memeranjatkan bila pelbagai andaian tercipta lewat komen-komen pembaca terutamanya di blog-blog hiburan. Pelbagai andaian dibuat hanya berasaskan pandangan peribadi dan  analisis mudah.

Maka terbitlah pelbagai versi andaian mengapa penceraian itu berlaku. Ia sangat mengejutkan. Pelbagai tingkah laku Azrinaz diulas bagaikan Azrinaz saban hari dihadapan mereka. Pada saya, jika benarkan Azrinaz begitu, adalah tidak wajar untuk menguruk, menghina, malah mungkin memfitnah dia sedemikian cara. Mungkin betul apa yang diandaiankan, tetapi dia tetap seorang manusia. Pada nilai manusia itu, tidaklah ada kewajaran untuk kita semua berbicara begitu.

Saya sangat selesa dengan kenyataan bertulis yang diedarkan kepada media sejurus pengumuman penceraian itu. Ia sangat islamik bila dinyatakan “(Ia) dipandu dan ditentukan oleh hukum syarak dalam perkahwinan dan perceraian dan juga menepati maksud ayat suci al Quran surah Al-Baqarah daripada sebahagian ayat 229, iaitu menikahi dengan baik (maaruf) dan melepaskan juga dengan baik (ihsan),”

Lewat komen-komen itu juga tergambar satu senario yang agak jelek pada saya. Pembaca dari Brunei – Malaysia saling kutuk mengutuk antara satu sama lain. Bagaikan satu pesta fitnah dan caci maki di laman maya. Saling merendahkan kewarganegaraan lawan masing-masing.

Tiada pun yang dilaporkan menang lewat kutukan-kutukan itu. Hanya yang jelas, terpalit warna kurang cantik pada hubungan harmoni Malaysia-Brunei.

Cukuplah. Mari berbincang isu yang lebih kompleks!

SIMS : Rindu kampung Ayer…

“Tuhan, ubahlah dia…”

Posted in Buah Fikiran on Jun 7, 2010 by syirfan

Sekadar cerita.

Amin mempunyai masalah dengan isterinya, Maria. Saban hari Amin berdoa, “tuhan, ubahlah dia. Pasti perkahwinan ini akan membahagiakan.” Beberapa bulan kemudian, Amin bercerai dengan Maria.

Amin kemudian berkahwin dengan Salmah. Hubungan mereka tetap bermasalah. Amin terus berdoa, “tuhan, ubahlah dia. Pasti perkahwinan ini membahagiakan. Hasilnya, Amin bercerai dengan Salmah.

Amin bercerita pada Omar tentang masalahnya.

Omar berkata, “Mungkin kerana awak sibuk memohon pada tuhan untuk mengubah orang lain hingga awak lupa untuk mengubah diri sindiri!”

Amin terdiam.

Melaka dibuka pada tahun 1262!

Posted in Buah Fikiran, Sebuah negara bernama "Malaysia", Senyum Tangis 'Aku' on Jun 2, 2010 by syirfan

 

Sejarah telah buat kesilapan!

“Kesultanan Melayu Melaka diasaskan pada tahun 1262 dan bukannya pada tahun 1400 seperti yang diketahui ramai.”

Inilah inti pati kepada penemuan terbaru sekumpulan sembilan penyelidik tempatan yang diumumkan baru-baru ini. Kumpulan ini mengambil keputusan muktamad bahawa tarikh sebenarnya pembukaan Melaka adalah pada tahun 1262 dan bukannya pada tahun 1400 yang termaktub dalam buku sejarah tempatan.

Keputusan sebulat suara ini akan dimaklumkan kepada kerajaan Pusat dalam masa terdekat.

Bayangkan jika kenyataan baru ini adalah hakikat yang sebenarnya. Maksudnya kita bakal menyelesaikan banyak teka-teki sejarah dan sastera. Adakah kita akan memperoleh fakta sebenar pengembangan Islam di tanah Melayu. Adakah Melaka negeri pertama menerima Islam?

Paling jelas kita akan mula menilai semula karya sastera – Sejarah Melayu yang sebelum ini meletakkan Melaka dan kerajaan Majapahit dalam satu garis masa yang sama.

Jika kedua-duanya berada dalam garis masa yang sama, adakah maksudnya apa yang tertulis dalam karya itu betul. Pasti mengetarkan bila dinilai semula siapa Puteri Gunung Ledang yang dikatakan hadir dari Majapahit.  Menggetarkan juga bila memang wujud hubungan diplomatik dan kekeluargaan antara Melaka dan Majapahit. Adakah Hang Tuah benar-benar bertemu dengan Panglima Taming Sari?

Adakah kita juga bakal ketemu jawapan teka teki – siapa Hang Tuah sebenarnya?

Secara peribadi, saya gembira. Penemuan baru ini diharap menjadi asas kepada penemuan-penemuan yang lebih mengejutkan. Adakah kita sudah tiba ketahap kematangan sejarah sama seperti masyarakat Mesir yang berbangga untuk berkata – Sejarah kami ditulis setiap hari!

Piala Thomas dan lagu bangau oh bangau…

Posted in Buah Fikiran, Sebuah negara bernama "Malaysia" on Mei 24, 2010 by syirfan

Versi zaman kanak-kanak

…. Kayu oh kayu mengapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah
hujan timpa aku
hujan timpa aku..

Hujan oh hujan Kenapa kau timpa kayu?
Macam mana tak timpa kayu
katak panggil aku
katak panggil aku…

Katak oh katak mengapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil
ular nak makan aku
ular nak makan aku…

Ular oh ular kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan katak,
memang makanan aku
memang makanan aku…

Versi kini

… Jurulatih oh jurulatih kenapa kalah piala Thomas
macam mana kita tak kalah
pemain kita lemah
pemain kita lemah…

pemain oh pemain kenapa kamu lemah
macam mana kami tak lemah
media tekan kami
media tekan kami…

Media oh media kenapa tekan pemain
macam mana kami tak tekan
memang kerja kami
memang kerja kami…

* sampai bila-bilalah kita tak akan menang…

Gesang Martohartono dan legasinya – “Bengawan Solo”

Posted in Buah Fikiran, Senyum Tangis 'Aku', Uncategorized on Mei 21, 2010 by syirfan

“Bengawan Solo” pernah menjadikan Gesang Martohartono memperoleh Bintang Penghargaan dari  Maharaja Akihito pada 1992 dan Tanda Kehormatan Bintang Budaya Parama Dharma dari Presiden Indonesia. Lagu ini juga pernah diterjemah kepada 13 bahasa dan pernah digunakan di dalam sebuah filem Jepun.

Lagu yang disiapkan pada tahun 1940 selama 6 bulan oleh Gesang Martohartono ini berkisar kepada sungai yang terpanjang di Jawa. Lagu ini juga terasa sangat dekat dengan kita di Malaysia.

Semalam, pencipta lagu Bengawan Solo ini pergi mengadap tuhannya. Bagi peminat lagu Allahyarham seperti saya, Allahyarham bukan meninggalkan  sebuah lagu biasa. Allahyarham meninggalkan sebuah legasi – “Bengawan Solo!”

Al-Fatihah.