Arkib untuk Disember, 2008

Selamat Datang 2009!

Posted in Senyum Tangis 'Aku' on Disember 31, 2008 by syirfan

Buat pengunjung laman blog ini, penulis ingin menyampaikan ucapan terima kasih atas segala sokongan dan galakan sehingga blog ini bernafas sedemikian rupa.

Moga tahun baru ini bawa keindahan dan kebaikan untuk semua.

Selamat tahun baru 2009

Sebagai tanda ingatan, penulis lampirkan sebuah adikarya seorang guru penulis yang telah lama kembali kepada-Nya. Namun nasihatnya pada kali terakhir penulis bertemu dengannya banyak mendewasakan penulis. 

“Syirfan, hidup mesti ada makna!”.

Terima kasih Pak Dharma

Pada waktu waktunya – Dharmawijaya 1981

pada waktu waktunya…

kalaulah gelisah membelah tenteram dada mu
teguh teguhkanlah langkah perkasamu
di jalan terbuka

kalaulah sepi meningkah hayat kudratmu
cekal cekalkanlah lelah relamu
melemparkan risau di angin pulau

kalaulah hampa mencecah pintu sentosamu
tenang tenangkanlah gementar hatimu
bagai musafir mengucup takdir.

Gaza berdarah lagi!

Posted in Buah Fikiran on Disember 30, 2008 by syirfan

Luka lama masih belum terbebat…

Apalah makna tahun baru Hijrah bila kematian seolah-olah jadi tanda sebuah bangsa paling perkasa!

Gaza berdarah lagi… dan kita merintih sendiri…dunia Islam bersuara sepi!

Syamil…

Posted in Kisah sebuah Istana on Disember 30, 2008 by syirfan

Gambar-gambar terbaru putera kecil kami…

img_2060

img_2058

img_2053

Dunia dalam tempoh 40 saat!

Posted in Buah Fikiran, World Documentary on Disember 30, 2008 by syirfan

Setahun telah hampir berlalu. Bagi mereka yang terlibat dengan dunia kreatif, pelbagai idea telah disumbangkan bagi menzahirkan karya yang cukup unik dan memberi kesan besar pada semua.

Disebalik kita mengira berapa jam karya kita terzahir tahun ini, mari sejenak berfikir tentang adikarya mereka yang hanya terhasil untuk 40 saat tetapi mengambil masa satu tahun untuk disiapkan.

Ideanya mudah, menggambarkan dunia dalam tempoh 40 saat!

Sekitar Sidang Media “Alexander Bukan Zulkarnain”

Posted in Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain, Senyum Tangis 'Aku' on Disember 30, 2008 by syirfan

Sebenarnya Sidang Media “Alexander Bukan Zulkarnain” ini sudahpun berlangsung seminggu yang yang lalu.

Baru hari ini aku berpeluang untuk berkongsi beberapa gambar sekitar sidang media yang dilaksanakan di Hilton, Petaling Jaya. Sudi-sudilah menikmatinya…

img_1736-update

Banting Alexander Bukan Zulkarnain. Terima kasih pada team grafik yang merealisasikannya. Terima kasih juga pada grafik-grafik gempak yang akan telah dan sedang tercipta untuk membawa doku ini ke satu standard baru penerbitan FM production.

img_1781-update

 Aku yang konon-kononnya bergaya…

img_1753-update

CEO FM Production aka bos besar aku, Zainal Rashid Ahmad sedang menyampaikan nota pengantar. Ucapannya sekitar pencapaian FM production dan idea disebalik penerbitan dokumentari dan cabaran penerbitan dokumentari masa kini.

Paling aku ingat tentang ucapan ini ialah dia kata bahawa aku dan dia sering bertelingkah idea tentang penerbitan ini. Apa lah.. janganlah cakap gitu. Mesti semua wartawan dan VIP ingat aku ini selalu lawan cakap bos. hehehe

img_1768-update

MoU antara FM Production dengan Astro dan FM Production dengan Celcom. Perkara yang paling pening aku fikirkan ialah kenapa bos besar aku pakai baju melayu merah tu pada masa semua VIP sangatlah formal dengan kot dan tali leher!

img_1806-update

Sesi bersama wartawan. Aku bertindak sebagai moderator. Cuba tengok kasut bos besar aku!

img_1810-update

Aku pulak kena menjawap soalan wartawan. Ingat bos besar aku nak jawap semua… bila bab pengalaman di lokasi, dia serah kat aku jawap. Sempat juga aku menyelitkan beberapa falsafah disebalik penerbitan dokumentari ini.

Disebalik sedikit pra-tonton doku ini, ada wartawan beri komen- “macam National Geographic, tapi versi Malaysia…”

Apa pun, jangan lupa bersama Alexander Bukan Zulkarnain, setiap minggu bermula 9 januari, 10 malam di Astro Oasis. Promo sikit.. hehe

Kembali… untuk mencipta cerita baru…

Posted in Senyum Tangis 'Aku' on Disember 30, 2008 by syirfan

Salam…

Kembali dari cuti yang agak panjang…

Sebenarnya usai sahaja Sidang Media Alexander Bukan Zulkarnain (nanti aku buka entry pasal sidang media ini) aku terus balik kampung. Kepenatan benar-benar terasa pada akal dan nafas. Aku hanya tahu bahawa badan ini telah merintih-rintih untuk berehat.

Atas jasa baik bos aku, dia bagi aku cuti sampai tahun depan. Lama juga tu. Bolehlah aku bercuti dan memulakan kembara akal yang baru.

Berpeluanglah aku mentafsir semula setiap gerak dan mentakrif kembali setiap hasrat. Mohonnya bila kembali bertugas nanti, ada sesuatu yang baru ingin dibawa.

Aku pula mengambil keputusan untuk tidak mengunjungi blog ini sepanjang berada dalam percutian di kampung halaman. Hanya bila kembali ke rumah hari ini, barulah kembali meneroka blog ini. Terima kasih pada semua yang masih sudi mengunjunginya dan menghantar sms bertanyakan khabar bila blog ini tidak di kemaskini lebih seminggu.

Banyak yang berlaku sejak seminggu yang lalu. Insyaalah, akan aku ceritakan satu persatu. Sebelum bercerita lebih panjang, sambutlah salam perubahan sempena Maal-Hijrah…

Untuk itu, cerita baru pun bermula…

Tanya Sama Hati…

Posted in Buah Fikiran on Disember 18, 2008 by syirfan

Sekadar lagu yang tiba-tiba muncul dari kotak fikiran…

Ada sesiapa yang berminat?

Posted in World Documentary on Disember 17, 2008 by syirfan

UTUSAN – Filem dokumentari promosi negara

FILEM adalah medium hiburan yang paling banyak memberi sumbangan bagi memperkenalkan seni, budaya, masyarakat dan nama negara di peringkat antarabangsa.

Menerusi wadah perfileman, elemen tersebut boleh diketengahkan secara meluas dan kreatif, apatah lagi jalan cerita dalam filem mudah disampaikan serta dihayati oleh penonton..

Senario itu dapat dilihat berdasarkan penyertaan filem-filem tempatan di festival filem antarabangsa yang semakin bertambah sejak kebelakangan ini.

Selain itu, jualan hak cipta filem termasuk drama tempatan untuk tayangan di stesen-stesen televisyen di luar negara juga semakin meningkat bilangannya. Bagaimanapun, skop itu akan diperluaskan lagi apabila Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) merangka pelbagai strategi dengan memberi tumpuan pula kepada penerbitan filem dokumentari.

Finas yang berfungsi di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW) telah diberi tanggungjawab untuk melebarkan lagi peranannya itu menerusi medium penerbitan tersebut.

Medium dokumentari dilihat mempunyai prospek yang lebih luas serta mampu memainkan peranan secara terus kerana terlalu banyak elemen seni, sosio dan budaya masyarakat di negara ini yang masih belum dieksploitasi secara meluas.

Justeru, tidak hairanlah Selasa lalu, Menteri KPKKW, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengumumkan peruntukan RM4 juta kepada Finas bagi menghasilkan 26 buah dokumentari pada tahun depan. Dengan moto ‘Ke Persada Dunia’, penerbitan 26 dokumentari dengan tempoh siaran 30 minit dan satu jam itu dilihat mampu melebarkan lagi kreativiti para pembikin filem negara yang lebih tertumpu kepada pembikinan filem-filem cereka.

Menerusi inisiatif itu, Finas akan mengenal pasti kalangan penerbit, pengarah, penulis skrip dan penyelidik tempatan yang berpotensi untuk menerima pembiayaan daripada peruntukan RM4 juta itu bagi menghasilkan filem dokumentari yang mampu berperanan mendidik, menghibur serta bermaklumat untuk ditonton.

Perbadanan di bawah kementerian tersebut akan menyediakan kos pembiayaan sebanyak RM75,000 hingga RM125,000 bagi membiayai sebuah filem dokumentari selama 30 minit kepada mereka yang layak.

Untuk menggunakan filem dokumentari bagi mengangkat nama negara seperti moto program ‘Ke Persada Dunia’, perkara paling utama yang harus diberi perhatian ialah soal penyelidikan dan bahan-bahan yang akan dipaparkan kelak.

Usaha penyelidikan biasanya memerlukan kos yang tinggi untuk memastikan sesebuah dokumentari mampu menarik minat para penonton dengan penceritaan yang berlandaskan fakta, kajian, realiti dan beserta logik tersendiri.

* Ada sesiapa yang berminat?

Perginya Nasir P. Ramlee

Posted in Buah Fikiran on Disember 17, 2008 by syirfan

Sekadar lagu sayu…

Namun yang terasa ialah perginya Nasir P. Ramlee. Al-Fatihah

Terperangkap Dalam Rindu…

Posted in Kisah sebuah Istana, Senyum Tangis 'Aku' on Disember 17, 2008 by syirfan

040920080022

Putera Syahmi dan Puteri Syahmina dah seminggu di kampung. Maklumlah cuti sekolah ni. Mereka selesa duduk kampung dengan atuk dan neneknya. Ada ruang yang luas untuk mereka berlari-lari serta main pondok-pondok atas pokok. Kalau kat sini, main pondok-pondok dalam khemah aje lah. Putera Syamil sahaja yang berada dalam jagaan kami buat masa ini.

031220080031

Namun biasalah, bila mereka ada di depan mata selalu ajer geram dengan segala tindakan dan jerit pekik mereka. Bila mereka tak ada di depan mata, terasa sunyinya..

190220080101

Untuk masa ini, kami berdua terperangkap dalam rindu..